Bab 41

68 3 0
                                    

"Sayang please lah.. percayakan abang. Kenapa sayang tak nak percayakan abang macam mana abang percaya dekat sayang."

"Apa pulak? Bila masa tiah buat perangai terkutuk macam abang ni?!"

"Tiah!"

Mulut tiah dipekup menggunakan kedua dua tapak tangan. Terkejut dengan ayat yang baru dia katakan kepada si suami.

Ya Allah.. apa aku cakap ni? Aku.. aku tak sengaja ya Allah.. ampunkan aku.. tak.. aku.. aku kena mintak maaf dengan abang."

"A..abang.. ti.. tiah.."

"Dah la."

Si suami melangkah pergi pantas sambil meragut kunci keretanya yang berada di atas rak bersebelahan pintu.

"Abang! Tiah.."

Kedegammn

Terhentak tiah dengan tindakan syed syafiq. Selama ini si suami tidak pernah berkasar bukan denggannya sahaja bahkan dekan barang barang lain juga. Tetapi hentakan pintu sebentar tadi benar benar tanda bahawa syed syafiq benar benar terluka.

"Abang.. tiah mintak ampun abang.. tiah salah.." air matanya pantas mencurahi pipi. Rasa bersalah menyelubungi diri.

"Tak.. aku tak boleh biarkan ja.. walaupun memang dah jadi tabiat abang kalau dia narah dia akan memandu tapi pemanduannya masih dalam kawalan. Maksudnya abang mesti tak jauh dari sini. Aku.. aku perlu kejar dan mintak maaf daripadanya."

Air mata dihapus dan dia bersedia untuk memandu.

Selepas keluar dari perkarangan banglo mereka, tiah melihat si suami rupanya hanya berada di pondok pengawal. Malangnya selepas syaf menyedari kehadiran kereta tiah di situ dia segera memecut pantas sekali lagi meninggalkan tiah.

Abang..

Tanpa disedari tiah juga melakukan hal yang sama. Dengan pantas dia menekan minyak untuk sekali lagi mengejar si suami.

Nasib baiklah kereta yang dipandu tiah hari ini kereta sport hadiah dari si suami. Jika dia memandu kereta mini cooper favouritenya itu pasti dia tidak dapat mengejar si suami.

"Argh! Buat apa kau ikut aku ni hah!" Syaf membentak sendiri sambil menumbuk stereng kerete. Tanpa dia sedari kereta itu telah hilang kawalan kerana dia melepaskan stereng kereta dalam keadaan kereta sedang memecut laju. Kereta yang dinaiki syaf bergerak semakin hampir ke tengah jalan dan tiba tiba kereta tiah datang ke tengah untuk memotong kereta syaf.

"Abang! Kenapa ni?"

Kereta syaf masih tidak berada dalam kawalan. Lebih parah lagi si suami enggan menekan brek kereta malah menekan minyak dengan lebih lagi. Si isteri turut dengan tingkah si suami.

"Arrrr!" Kereta syaf yang semakin ketengah dan hampir melanggar tiah yang berada di sebelah. Mujurlah syaf segera memutarkan stereng ke arah bertentangan jadi tiah selamat. Namun, perbuatan syaf tadi menyebabkan dia merempuh palang besi di hujung jalan sebelah lagi dan tercampak ke dalam gaung.

"Abang!!!!" Air mata tiah lebih pantas mengalir kali ini. Dia segera meninggalkan kereta dan berlari ke arah gaung untuk mencari si suami.

Tiba tiba kereta syaf bergerak dan bergerak ke arah gaung.

Boom!

Satu ledakan besar menyebabkan tiah kembali terpelanting ke tengah jalan.

"A..abang.. abang!!!!!!!" Tiah menangis lagi.

Mujurlah ada sebuah kereta yang lalu disitu dan berhenti menanyakan keadaan apa yang sedang berlaku.

"Kak.. kenapa ni? Kenapa duduk kat sini?"

"Suami.. suami saya.. kat bawah tu.." gaung ditunjuk menggunakan jari telunjuknya.

"What?" Okay okay relax.. you sit here.. i will ask for help.

Telefonnya di ambil pantas dari dalam kereta dan berlari mendapatkan tiah semula.

"Akak bangun dulu.. ni kereta siapa? Kereta akak eh?"

Tiah hanya mengangguk perlahan.

"Okay kak macam ni.. saya dah call police and ambulance tau. Kejap lagi diorang datang. Diorang akan tolong akak cari you punya husband okay?"

Tiah tidak menjawab sebaliknya menggugurkan air mata sataua persatu sambil tersedu sedan.

Abang..ampunkan tiah abang.. tiah merayu..

Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]Where stories live. Discover now