7 years ago
"Akak akak.. alaaa boleh laa.. Mija bukannya selalu dapat peluang keluar dengan akak. Boleh laaaa. Abang takkan marah punya. Abang kan sayang gile kat akak. Boleh laaa."
"Mija.. kan akak dah cakap. Banyak kali dah. Faham la situasi akak ni. Akak bukannya apa. Kalau abang dah cakap no. Means no je la. Nanti kalau dia marah akak takpe. Takut nanti dia marah Mija canne? Kesiann Mija." Tiah cuba memujuk kanak kanak periang itu."
"Tapi kak Tiah.. Mija teringin sangat nak main ice skate tu. Boleh laa kak. plisssss...."
"Tapi Mija kan tak biasa. Kalau jatuh nanti canne? Siapa nak jawab? Dengan mommy,daddy, abang lagi. Abang Mija tu dah la tegas kalau bab bab kesihatan ni semua. Mija tahu kan akak tersepit."
"Ee akak ni! Mija tak kira. Kalau akak tak bagi pun Mija still nak main jugak! Mija tak kira!"
Tanpa berlengah Mija berlari ke dalam lif dan seterusnya ke kaunter untuk membeli tiket dan meninggal kan Tiah di situ.
Malangnya Tiah gagal mengejar kerana lif tertutup sebelum sempat Tiah masuk. Tiah ditinggalkan di tingkat satu manakala gadis berusia 12 tahun itu berjalan sendiri bagi meneruskan hasratnya.
"ehh.. tu bukan adik kau ke Syaf?"
"Hah? Mana?"
"Tu haa.. yang tengah lari tu. Eh dia nak ke mana tu? Tu bukan.."
"We adik aku laa."
"Wee tengok siapa yang tengah kejar adik kau tu."
"Tiah?" Mereka berkata serentak.
Apa yang tiah buat tu. Takkan main kejar kejar. And.. asal masuk tempat tu. kan aku dah larang tiah bawak mija pergi situ. Mija tu dah la berpenyakit. Dia tak boleh main lasak lasak. Nanti dia penat susah mula la penyakit dia menyerang. Tak.. takkan lah tiah nak benarkan mija main ice skating. Tiah dah janji dengan aku takkan bawak mija pergi situ tak kira apa.
"Weh.. kau pikir apa tu? Canna ni? Kau nak biarkan je ke adik kau tu?"
"Ish.. tak boleh biar la we. tak pelah. Kau tunggu je sini. Aku pergi sendiri."
"Oke."
"Tiah! Tiah!" Nama si gadis dialaung berkali.
"Ya?" Sepantas Tiah menoleh sebergitu juga si nakal, mija.
"Apa awak buat kat sini? Bukan ke saya dah larang awak bawak mija datang sini? Hah! Awak ni dah kenapa! Kalau apa apa jadi kat Mija macam mana? Siapa nak bertanggungjawab!"
Tiah tersentak. Terkejut dengan jerkahan sang jejaka di hadapan nya.
"Kenapa awak diam?! Cakap la! Saya tanya ni kan!"
Sekali lagi Tiah dijerkah. Dan yaa. Di hadapan umum.
"Awak ni boleh cakap perlahan sikit tak. Malu lah orang dengar. Ya saya...
"Dah la awak! Saya nak mulai hari ni awak jangan keluar lagi dengan mija. Awak tahu kan dia sakit. Apa masalah awak ni!"
Tangan mija ditarik kasar oleh si abang meninggal kan Tiah.
"Awak! Awak! Syaf!"
Sampai sahaja di tempat parking mija ditolak masuk ke dalam kereta. Mija yang bimbang serta takut dengan amarah si abang hanya mampu mengunci mulut.
Tiah yang mengejar dari belakang masih kekal mengejar tanpa putus asa. Hasrat di hati ingin menjelaskan perkara sebenar.
"Awak!!" Tiah menjerit kesekian kali nya sekali lagi namun Syaf tidak memperdulikan panggilan itu dan berjalan ke arah pintu kereta tempat pemandu.
Pintu dibuka dan..
Bammn!
Syaf menoleh serentak mencari arah bunyi.
Darah mengalir laju. Pekat. Dipercik ibarat air. Dan tudung mangsa yang dilanggar lencun di basahi darah.
"Tiah!!!" Syaf menjerit dan menerpa ke arah gadis itu.
Mija yang berada di dalan kereta juga pantas keluar dan mendapatkan kakak kesayangannya.
Sayang seribu kali sayang. Tiah tidak sedarkan diri. Tidak mampu melihat bagaimana tangisan sesal Syaf. Beribu kali ungkapan maaf disebut. Diulang. Kepala si gadis di angkat dan diletakkan di ribanya. Tiah dipeluk lembut. Di saat itu hanya sesal dan maaf yang menghantui minda Syed Syafiq.
ANDA SEDANG MEMBACA
Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]
RomanceBest ke tak? Ntah lah😹 semestinya mengarut dan jln cerita yg akn buat korang jdi gile😂 mcm author ni jugak separuh mereng dah haaa😅 "Hahah.. padan dengan muka kau. Tulah siapa suruh kau sombong sangat dengan aku. Kan dah dapat hadiah katak specia...
![Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]](https://img.wattpad.com/cover/97947054-64-k661625.jpg)