Bab 42

56 3 0
                                    

"Abang.. tiah mintak maaf.. tiah langsung tak maksudkan macam apa yang tiah katakan tu abang.. abang.. ampunkan tiah abang.. bangunla.. abang.. bangunla abang.. abang tak kesian ke tengok tiah macam ni? Hah? Dulu abang cakap air mata tiah adalah benda yang paling berharga kan.. abang cakap abang takkan biar walau setitik pun air mata tiah jatuh sekali lagi sebab abang.. abang dah janji abang takkan tinggalkan tiah for the second time.. abang dah janji.. bangunla abang.. jangan buat tiah macam ni.."

Ringg..ringg..

Telefon berjenama samsung note 8 ditatap penuh lemas. Nama si ibu terpapar di skrin membuatkan hati si isteri bertambah lelah. Sejurus itu skrin dislaid untuk menjawab panggilan.

"Mak.. mak.. abang mak.. abang syaf mak.." air mata tiah gugur lagi. Hancur hatinya saat ini Allah sahaja yang tahu.

"Ya Allah tiah.. kenapa ni? Kenapa menangis ni? Hah? Tiah? Kenapa dengan syaf? Tiah.. jawab mak sayang."

"Abang mak.. abang syaf.. dia.. dia.." kata kata tiah terhenti lagi. Sebak hatinya saat ingin mengungkapkan perkara sebenar kepada si ibu. Takut si ibu akan kerisauan sekiranya tahu hal sebenar. Namun jika tidak diluah makin perit rasanya. Keadaan yang bagai ditelan mati anak diluah mati mak. Sungguh menyiksakan si isteri.

"Tiah.. sayang mak.. cuba cakap pelan pelan.. istigfar dulu sayang.. cakap dengan mak. Kenapa ni? Kenapa dengan syaf? Hah? Okay okay.. now tiah kat mana? Mak datang sekarang eh."

"Tiah dekat hospital."

"Hah? Hospital? Apa dah jadi ni ya Allah. Tiah.. tiah dengar cakap mak.. sekarang ni tiah bawak berdoa. Okay. Doa yang baik baik. InsyaAllah. Everything will be fine.."

Gagang telefon diletak pantas sebelum si ibu mendapatkan suaminya.

"Abang! Abang!"

"Yes?"

"Tiah abang. Syaf. Diorang dekat hospital."

"What?"

"Ye bang."

"kenapa dengan diorang? Tiah okay tak?  Kinah dapat tahu dari mana? Hospital yang call ke?"

"Tak.. tiah.. tiah okay.. dia sendiri yang call kinah. Dia cakap syaf excident."

"Astagfirullah.. macam mana boleh jadi macam tu?"

"Entah lah bang. Kita pergi hospital sekarang eh. Kinah tak tahan sangat dengan tiah menangis tadi. Kinah risau sangat bang. Kesian tiah. Mesti dia sorang sorang kat sana."

"Tak. Takpe. Kinah jangan risau eh. InsyaAllah. Everything will be fine."

"Tu lah yang kinah cakapkan dekat tiah tadi. Cuma kinah risau dia tak boleh hadap semua benda ni. Kesian dia bang. Dari kecik lagi macam macam dugaan yang Allah bagi dekat dia. Abah dia. Abang dia. Sahabat baik dia, nita. Semua nya Allah dah ambil dari dia. Kinah takut tiah tak mampu bertahan. Bukan senang tiah jadi kuat balik macam sekarang. Berbulan bulan lamanya masa yang tiah ambik untuk terima kenyataan yang nita dah pergi. Kinah takut abang. Dia akan terkenang kenangkan syaf macam mana dia terkenang kan nita dulu."

"Kinah.."

"Tak abang. Kinah takut sangat. Semua orang cakap dia gila. Bercakap sorang sorang. Kinah tak nak benda tu jadi lagi bang. Kinah.. kinah.."

"Ya Allah kinah. Jangan la macam ni. Huh. Macam mana tiah nak kuat kalau kinah sendiri pun lemah? Hah? Kinah.. dengar cakap abang. Anak kita tu dah tabah sekarang ni. Kita doa ja yang baik baik. Boleh?"

"Kinah.. kinah mintak maaf abang."

"Dah. Sekarang ni. Kinah pergi siap. Okay? Kita pergi tengokkan diorang eh. Ingat. Kinah kena kuat. Baru la tiah pun boleh kuat. Faham?"

"Ye bang."

Sayang mak tiah.. mak mintak maaf. Mak takde dekat sisi tiah masa tiah sangat sangat perlukan mak. Mak mintak maaf sangat sayang. Tiah kena kuat tau. Demi syaf. Demi mak. Tiah kena belajar jadi lebih kuat mulai hari ni. Sampai bila bila. Sebab mak takkan selalu ada dekat tiah. Dan takkan sampai bila bila ada untuk tiah. Mak mintak maaf. Mak mintak maaf tiah. Mak janji. Kalau Allah panjang kan umur mak, mak akan sampai secepat mungkin. Mak akan ada dekat sisi tiah. Tiah kena kuat eh sayang. Sampai bila bila. Ingat tu. Ya Allah, kau lindungilah tiah dan suaminya. Kau perlu kau ambillah nyawa aku sebagai ganti ya Allah.

Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]Where stories live. Discover now