Bab 14

76 8 0
                                    

"So kau nak beli apa nih? Dari tadi pusing pusing jaa. Naik pusing dah kepala aku ni."

"Alaa.. kejap laa. Baru 3 jam. Kau ni.. nak cepat sangat dah kenapa? Kau nak pergi date ehhhh.."

"Ee kau ni! Aku tumbuk kang baru tahu!"

"Sampai hati kau kann nak tumbuk aku.😟"

"Eh msti laa.. asal aku tak sampai hati pulak!"

"Ooo.. ke kau dah ada tersampai hati dekat sesiapa ni.." Nita sekali lagi cuba menyakat Fat.

"Eh jom lah masuk kedai tu. Aku nak tengok jam baru ah."

"Haa.. elok lah. Jam kau tu pun dah boleh masukkan dalam musium je tuh. Ahahhahah."

"Eh kau baik sikit eaa.. jam aku ni baru lagi okay! Tengok ni cantik lagi apaa." Sengaja Fat menayangkan jam berjenama Omega itu di depan mata Nita.

Seraya tangan Fat ditepis.

"Blah la kau! Kau ingat tangan kau ni wangi sangat ke? Main tayang tayang depan mata hidung aku ni pulak!" Marah Nita manja.

"Wehh cantik do jam tu!"

"Haa aa lah kann." Jawab Fat teruja

"Aaaa.. dik, boleh keluarkan tak jam tu. Saya nak tengok." Tambah Fat lagi.

Selepas menilik hampir kesemua jam tangan wanita di kedai itu, Fat akhirnya membuat pilihan yang mengejutkan Nita.

Apa yang peliknya Fat tidak membeli jam tangan wanita, sebaliknya memilih jam tangan kuli lelaki berjenama Rolex.

Cantik. Walaupun kelihatan simple tetapi pasti dapat menarik perhatian sesiapa sahaja kepada si pemakai.

Namun segala misteri dalam kepala Nita masih belun terungkap.

Apa yang Fat nak buat dengan jam lelaki tu. Kalau beli saja saja tu tak mungkin. Mahal kot! Bukannya barang seratus dua. Eee pelik la kawan aku sorang ni. Kalau nak dikatakan berlaki, belum. Takkan lah kawin tak ajak aku pulak kann. Kalau berboyfie, takkan tak share story dengan aku. Pantang kot minah ni kalau ad hot story jah mesti la aku orang pertama. Haih... Fat.. Fat..

"Weh.. aku rasa kan apa kata kita pergi baskin robbins. Lapar arr."

"Ee kau ni gila ka apa? Yang kau melantak kek sampai 2 pinggan kat kafe hospital aku tadi tu apa? Aduhhh.. ada monster ka apa dalam perut kau ni."

"Alaa kau ni.. macam la tak kenal aku. Alaa jom laaa.. aku belanja."

"Haaa.. tu la ayat yang aku tengah nantikan dari tadi ni.."

"Ummm.. tahu dah kau tu! Lempang kang baru tahu!"

Hahahahahha.

Puas mereka ketawa sehingga ramai orang yang lalu lalang di situ memerhatikan mereka.

Tamat sesi berbelanja Fat dan Nita berjalan ke arah sebuah mini cooper bewarna marron yang kelihatan sungguh elegan dari jauh.

"Wehh.. kau ni jalan cepat sikit boleh tak? Tekedek kedek.. dah macam itik dah aku tengok!"

"Kau ni kan Fat, tunggu lah kejap.. kan aku pegang banyak barang ni. Kau tak pe lah beli dua tiga barang jaa."

"Ehh hello mrs duck, ada aku suruh ke kau shopping sampai penuh tangan tu? Ade? Ade? Tak kannn.. so?"

Nita kemudiannya menarik muka cemberut sebelum menjulingkan mata ke atas. Geram dengan sikap rakannya yang suka memerli.

"Nita!!! Watch out!!!!"

"Aaaaa!!!!!"

Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]Where stories live. Discover now