"Hai girl!"
"Wehh.. asal kau lambat doh! Aku ingat kau tak datang dah!"
"Alaa kau ni. Chill arr. Aku lewat sikit je kot. Bising arr kau."
"Hah mana dia minah senget tu! Tak sampai sampai lagi?"
"Ntah nye.. lambat gile. Naik kematu punggung aku ni ha. Kata nya flight tunda sejam tapi dah 2 jam setengah aku tunggu. Eee.. kawan siapa lah ntah. Erghh menyusahkan betul!" Mata segera dijulingkan ke atas.
"Alaaa relax.. benda boleh bincang pe. Hahahahah"
"Ha! Gelak lah kau! Gelak sampai mati! Senang lah kau kan. Baru sampai je. Yang aku ni. Berjam jam dah aku duduk kat kafe ni. Tu kau tengok tu! Cashier tu pun dah tengok aku lain macam."
"Okay okay.. sorry okay. Jangan la marah. Alaa kau ni pun. Aku nak gurau je. Lagi pun bukan salah dia kan. Tu salah flight la."
"Hey!!! Guysss!!"
Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan di meja yang diduduki oleh Mija dan Timmy.
"Hah! Muncul pun! Aku ingat dah kena culik dah perempuan tak guna ni!"
"Amboii kau.. marah betul dengan aku kan. Eyy mija suruh Tim ni cilek sikit boleh tak?"
"Aku dah suruh dari tadi dah haa.. just kau tahu la kan perangai dia ni."
"Ahahahaha" mija dan eiin ketawa serentak dan diperhatikan sahaja oleh Timmy geram.
"So, How are you? Macam mana kat sana? Best? Present kitorang mana?" Beg eiin ditolak tolak mija. Sengaja ingin menyakat kawannya itu.
"Wehh!! Lammak!! Sorry arr beb. Aku lupa arr!"
"Hakelleh!! Nyesal doh aku tunggu sikit punya lama kat sini. Eee kalau aku tahu..
"Kalau kau tahu? Apa? kau taknak datang jemput aku la kan? Betul tak? Dasar! Materialistik!" Eiin berpeluk tubuh. Wajah dipalingkan ke arah lain.
"Ellehhhh.. minah ni sentap doh! Eh minah koyak! Kau ingat kau comel ke buat muka cam tu!"
"Well aku memang comel pun! Kau jealous cakap lah!"
"Haaa.. dah dah. Korang ni kann.. kalau jumpa je gaduh. Asal gaduh je jumpa. Sekali aku humban dalam tong sampah besar tu.. nampak tu.. humban kang korang berdua dalam tu baru tahu!" Seera mija menghentikan perbalahan itu.
"Wehh eiin.. dia nak humban kita lakk.."
"Haa aa lah. Dia tak tahu ke dia sorang kita dua. Aku rasa kang nanti dia yang kena humban."
"Kann.."
"Ehh eh.. laa tadi gaduh. Ni komplot nak kena kan aku lak! Gila!"
"Ahahahhahahah"
Ketawa. Perbualan makin rancak. Perjumpaan bersama setelah beberapa bulan eiin terbang ke turki demi menjalan kan misinya sebagai pelatih pramugari.
"Weh.. abang kau apa cita? Rindu dohh.. hahahahha."
"Ee sempat lagi kau kan!" Marah mija manja.
"Alaa adik ipar jangan la marah. Tak baik." Eiin ketawa gembira.
"Ellehhh.. siapa ntah nak berkakak ipar kan kau ni. Dah la senget! Dengan muka hypertension kau tu!"
"Elehhh kau jeles la tu kann.. muka aku putih merah. Kau tu memang keturunan putih kuning! Redo dah la! Nak jeles jeles pe ntah!"
"Hey hey! Korang ingat aku ni tunggul ke kat sini! Kakak ipar lah adik ipar lah! Hishh!! Menyampah aku!" Marah Timmy yang suka dirinya digelar Tim.
"Dia jeles weh dia jeles."
"Tu lah kann. Eyy.. tak tak.. aku bukan geng kau! Arghh lantak aa korang! By the way my sweety sister in law, for your information abang aku punya kekasih lama dah kembali! So kau kena kerja keras sikit kalau kau nak kan dia."
"What? Umm.. dah dah im hungry. Apa apa pun kita makan dulu. Nanti kita story. Eh?"
"Okay!!"
YOU ARE READING
Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]
RomansaBest ke tak? Ntah lah😹 semestinya mengarut dan jln cerita yg akn buat korang jdi gile😂 mcm author ni jugak separuh mereng dah haaa😅 "Hahah.. padan dengan muka kau. Tulah siapa suruh kau sombong sangat dengan aku. Kan dah dapat hadiah katak specia...