"Sahak! Ya Allah! Apa yang kau dah buat ni Sahak? Apa salah diorang kat kau? Kenapa kau buat macam ni?" Rintih tok ketua berkali kali. Kesal dalam hatinya akan sikap Pak Sahak.
"A.. aku.. cu.. cuma.."
"Cuma apa Sahak? Cuma apa? Kau sedar tak perbuatan kau ni salah? Hah?"
Tiba tiba beberapa penduduk yang mengeladah rumah tadi terdengar jerkahan tok ketua dan membawa mereka ke pintu kamar dimana Tiah di pengsankan.
Takut. Takut. Takut. Dan takut.
Hanya perasaan itu yang mendampingi Pak Sahak ketika ini."Bagaimana kalau Tiah mati? Apa yang akan terjadi pada diriku? Apa aku akan dipenjarakan? Atau dipaksa menemui tali gantung? Apa? Apa?"
Begitulah perasaan gelisah Pak Sahak ketika itu. Penduduk yang lain juga tidak memeluk tubuh sahaja. Sebaliknya mereka menangkap Pak Sahak dan kemudiannya diikat di tangan.
Pak Sahak hanya berdiri membisu dan menjadi batu. Pelbagai persoalan menyingkap gelora jiwanya menambahkan lagi kegelisahan.
Bukannya pilihan untuk memikirkan azab di sana. Tetapi.. entahlah. Perasaan gugup datang mencurah curah.
Ditambah lagi di saat Mak Kinah cuba mengejutkan Tiah namun gagal. Pak Sahak yang berdiri di situ terkelu.
Tangannya yang diikat di depan dibelek belek oleh Pak Sahak mengenangkan perbuatannya.
Tangisan Mak Kinah yang tiada hentinya berpenghujung pula tatkala Tiah menggerakkan jari dan cuba membuka matanya.
"Alhamdulillah. Ya Allah. Terima kasih Ya Allah. Kau telah menyelamatkan anak hamba mu ini." Mak Kinah mengangkat tangan bersyukur seraya menyujud di situ sebagai tanda kesyukuran dan terima kasihnya.
Beberapa hari di hospital akibat kejadian itu Tiah akhirnya sedang berkemas untuk meninggalkan hospital.
"Emm.. maaf yer puan, tapi puan perlu bayar bil hospital dahulu sebelum boleh check out" beritahu nurse itu kepada Mak Kinah.
Sepi. Dan tinggal sepi. Mak Kinah hanya membisu sambil menggaru garu kepalanya yang tidak gatal sama sekali.
Apa boleh buat. Dah nasib. Cuma hospital mahal bersuasta yang paling dekat. Ditambah lagi dengan keadaan Tiah yang memaksa tok ketua singgah di hospital terdekat.
*pada malam kejadian sebelum ini*
"Mm.. Maak.. To.. Tolong Ti ah mak. Ti ah tak nak mm.. mati lagi mak. Tiah masih nak ke.. kejar cita cita Tiah." Kata Tiah tersekat sekat kerana pernafasannya yang terganggu akibat kekurangan oksigen.
"Kejap ye sayang. Sabar kejap. Tiah kena bertahan tau. Kita dah nak sampai ke hospital ni. Tiah sabar kejap je." Jawab Mak Kinah sambil menjenguk jenguk ke luar tingkap kereta.
"Tok! Tok! Lambat lagi ker tok ketua. Tolong lah tok. Cepat sikit. Saya takut." Tambah Mak Kinah lagi. Kali ini dia hanya menghadapkan pandangan ke suatu arah.
Ya. Arah itu arah di mana kedudukan tok ketua yang duduk disebelah pemandu.
"Haa ni dia tok. Hospital terdekat yang saya boleh carikan." Tiba tiba lelaki lewat pertengahan yang sedang memandu itu bersuara.
"Ish ni kan hospital suasta. Macam mana dengan bil nan.."
"Takpe tok. Saya sanggup asalkan Tiah dibawa menerima rawatan secepatnya. Dialah satu satu nya anak saya yang boleh diharap."
Tok ketua tidak bersuara dan hanya mengangguk ke arah pemandu kereta berjenama volvo lama itu.
Nak diharap kan penduduk lain yang mempunyai kereta mewah? Tidak mungkin pastinya. Nasib baiklah pak cik wahid sanggup meminjamkan keretanya.
Pak cik wahid berhenti di pintu masuk dan memanggil beberapa orang jururawat untuk tiah.
Dengan segera Tiah diusung oleh beberapa orang jururawat jururawat tadi.
*back to the day*
"Mak cik? Mak cik!" Kedengaran suara nurse tadi sedikit meninggi kerana Mak Kinah mengelamun.
"Ya? Maaf lah sa.. saya." Mak Kinah terdiam disitu sambil mengetap bibirnya.
"Emm.. mak cik, anak mak cik perlu keluar hospital hari ni tau. Jadi.. saya harap mak cik faham. Saya hanya menjalankan tugas." Kata jururawat itu sopan.
"Excuse me?"
"Yes sir? Anything?"
"Actually my son nak minta check out awal. Boleh uruskan?"
"Ohh. Baiklah. Encik tolong tunggu sekejap yer." Jawab nurse itu sambil melangkah ke kaunter.
Mak Kinah cuba mencari peluang untuk meloloskan diri sebaik sahaja mendapat peluang.
"Emm.. kak?.. "soal lelaki tadi sebaik sahaja dua langkah Mak Kinah meninggalkan dia dan nurse tadi.
"Ye encik? Ade ape ehh?" Jawab Mak Kinah sebaik memusingkan badan mengahadap lelaki itu.
"Akak okey? Ada apa apa yang boleh saya tolong?"
"Ehh tak ape lah encik. Tak payah susah susah. Saya okey." Ucap Mak Kinah sebelum beredar.
"Nah encik. Encik tinggal sign and you can take you son home now"
"Wait. Can i ask you something?"
"Yes?"
"Who's the lady? And what's wrong with her?"
"Entah lah encik. Dia tak nak bayar bil. Saya rasa dia tak de duit. Tengoklah pakaian dia. Yang saya tak faham, kalau dah tak berduit kenapa datang hospital mahal? Betul tak?"
Lelaki itu tersengih melihat gelagat anak gadis muda berbadan comel itu mengomel sendiri.
"Em.. kalau macam tu boleh saya tolong bayarkan untuk mak cik tu?"
Jururawat itu hanya tersenyum menandakan 'lampu hijau' untuk lelaki itu membayarkan bil Mak Kinah.
Blank dahh idea. Hahahaha. Sorry guys. Jom sambung tunggu update yer.😆😆
YOU ARE READING
Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]
RomantizmBest ke tak? Ntah lah😹 semestinya mengarut dan jln cerita yg akn buat korang jdi gile😂 mcm author ni jugak separuh mereng dah haaa😅 "Hahah.. padan dengan muka kau. Tulah siapa suruh kau sombong sangat dengan aku. Kan dah dapat hadiah katak specia...