Tolongg!!

101 14 0
                                    

"Lepas! Lepas! Lepas lah!"

"Ish kau ni bising lah. Boleh diam tak?!" Bentak lelaki separa usia itu sambil mengacukan sebilah pisau tajam ke arah Tiah.

Nangis. Nangis. Dan masih nangis.

Air mata Tiah mencurah curah bagai air hujan yang sedang turun dengan lebatnya membasahi bumi.

Yang membezakan hanya lah air hujan merupakan nikmat yang sangat ternilai daripada-Nya.

Bayangkan. Tanpa hujan. Tumbuhan akan mati. Oksigen akan berkurang. Sekaligus karbon dioksida yang dikumuh oleh manusia sentiasa bertambah kerana kurang tumbuhan untuk menyerap karbon dioksida itu.

Karbon dioksida yang banyak akan termendap di bahagian bawah atmosfera. Lalu menyebabkan kesan rumah hijau. Ya proses ini dinamakan kesan rumah hijau.

Sesetengah pihak menyalah anggap bahawa kesan rumah hijau itu ialah kesan dari rumah penanaman tumbuhan hijau.

Fakta itu salah sama sekali.

Kesan rumah hijau ialah proses dimana karbon dioksida yang terlalu banyak termendap di lapisan bawah atmosfera seperti yang diceritakan tadi.

Dan air mata Tiah ialah air mata kepedihan. Terseksa. Kesedihan. Penderitaan.

Hanya perasaan itu yang menyingkap ke arah Tiah. Anak remaja yang baru belajar mengenal dunia.

Pak Sahak semakin geram dengan Tiah yang hanya menangis dari tadi. Baginya yang sedang meratapi itu bukan anaknya tetapi orang asing.

Busuk. Lampu yang malap. Kayu dan papan dijadikan kampung oleh sang anai anai.

Usang. Tersangat usang.

Takut. Cemas. Merasakan seperti ingin menangis sekuatnya. Menjerit segagah gagah badang.

Badang yang menjerit sehinggakan gemanya mampu didengari pelusuk kampung indra sakti. Malah awang kenit juga tidak terkecuali dari terdengar jeritan si badang.

Ya. Itu hanya cerita dongeng kartun sahaja.

Tapi pendek cerita begitu lah Tiah ingin menjerit. Sehingga semua orang kampung dengar. Lalu menyelamatkannya dari sangkar sang raja rimba. Singa.

Dia takut sesuatu yang buruk akan menimpa dirinya. Tiah masih ingin berjaya. Inginkan kebahagiaan. Seperti cerita cerita dongeng yang berakhir dengan kebahagiaan yang selalu diperdengarkan kepada Tiah semasa masih kecil.

Seperti cerita cerita karangan manusia yang bergelar penulis. Arahan tuan hebat bergelar pengarah bagi sesuatu filem.

Filem filem yang menarik seperti kisah cinta akasia di tv3 setiap hari isnin hingga khamis jam 7 petang.

Begitu lah harapan Tiah semoga hidupnya akan ada suatu penamat yang disebut ramai iaitu happy ending.

"Ehh kau main tipu! Kau.."

"Kau cakap baik baik sikit. Mana ada aku main tipu..aku"

Pertelingkahan. Pergaduhan.

Kebuk. Kebish. Kebush. Kedebuk.

Bermacam macam bunyi yang didengari Tiah dari dalam kamar itu.

Berbagai bagai perasaan muncul menghantui Tiah.

Sekali lagi Tiah teresak esak menangis. Cuma kali ini lebih perlahan kerana bimbang bunyi yang didengarinya tadi akan dirasainya pula.

Takut akan tumbukan yang bertubi tubi di luar akan menghinggap muka dan badannya pula. Perasaan itu. Perasaan yang sukar digambarkan.

Jangan Ambil Dia~[ON EDITING]Where stories live. Discover now