Bab 1

20.2K 731 24
                                    


"Kenapa kau balik lewat? Kau ingat aku ni apa? Pak guard nak tunggu kau balik malam buta macam ni?" Aku sekadar menunduk ketika papa mula membebel. Sempat aku menilik jan di tanganku. Pukul 8 malam.

Lewat ke? Bagi papa, ya memang lewat tapi bagi aku, tak. Kalau ikutkan hati aku nak lari dari rumah ni terus. Papa hanya beri aku sejam keluar rumah. Mana cukup. Jalan ke padang saja dah ambil masa lima belas minit.

"Jangan tunduk bila aku cakap. Dah pergi naik bilik, mandi. Aku nak keluar". Papa terus menghempas pintu dengan kuat. Mujur tak tercabut.

Papa? Patut ke aku gelarkan dia sebagai seorang ayah. Tapi walau apa pun, dia tetap ayah aku. Papa sudah terbiasa cakap ber'aku kau' dengan aku. Kadang kadang aku keliru juga. Aku ni anak dia or kawan karib dia.

Langkahku terus diatur ke bilik tidur. Bilik tidur mama kelihatan sunyi. Mungkin mama sudah tidur ataupun mama keluar bersama kawan kawannya. Ah apa apa je lah.

Badan dihempas ke atas katil. Fikiranku mula serabut apabila teringatkan semua masalah dalam diri aku. Terutama sekali masalah keluarga aku.

Perlu ke aku fikirkan masalah keluarga aku? Ah stressnya!! Nafas berat dihela. Mataku mula terlelap.

"Arghh!!! Stressnya aku!!"

Aku terjaga selepas terdengar jeritan yang kuat tadi. Pekak telinga aku. Memang saja nak kejutkan semua jiran dekat sini ke apa? Memekak je malam buta macam ni. Siapa la?

Aku membawa diri dengan malas ke luar bilik. Aku menapak turun ke ruang tamu. Hanya papa dengan pakaian yang serabai. Memang jauh beza dari mula papa pakai tadi dengan sekarang.

Aku dapat agak papa ke mana tadi.

Nak turun ke tak? Niat aku cuma nak ke tandas sebab tandas aku kunci dari dalam. Shial punya tandas. Menyusahkan aku betul. Bila la nak repair.

Turun je la. Aku tak tahan dah ni.

"Woi budak! Sini kau!" Aku tersentak. Langkahku terhenti. Bermula lah hari yang malang bagi aku. Aku paksakan diri aku ke arah papa. Apa aku akan kena kali ni?

"Ada apa pa?"soalku tenang walaupun dalam hati takut. Aku tidak memandang wajah papa. Aku menunduk memandang lantai.

"Jangan tunduk bila aku tengah cakap!"tengking papa dengan kuat. Aku masih menunduk. Papa paling pantang bila orang tu tunduk bila tengaj bercakap. Macam kurang ajar. Itu la papa.

"Dengar tak apa yang aku cakap?!!" Aku masih menunduk. Ya aku tahu aku degil dan aku juga menempah maut.

"Kau memang saja kan nak naikkan darah aku!" Papa terus menarik lenganku. Aku terjatuh ke atas lantai. Kepala aku pula terhantuk pada kaki sofa. Sakit tak terkata. Bengong sesaat.

"Kau tunggu situ!" Papa melangkah ke dapur. Entah apa yang papa nak ambil kali ni. Sudah enam tahun aku dijadikan tempat papa melepaskan marah. Aku dah terbiasa. Kalau aku larikan diri sekarang ke bilik, mesti aku dikerjakan cukup cukup.

Papa datang ke arahku bersama batang  paip. Lututku dirapatkan ke dada. Batang paip dihalakan padaku lalu papa terus memukul badanku dengan kuat tanpa belas kasihan.

Dahiku berkerut seribu menahan kesakitan. Kalau aku menjerit nanti ramai pula jiran yang dengar tengah malam ni. Nafas papa tercungap cungap. Batang paip dicampakkan ke atas lantai. Papa merebahkan badannya ke atas sofa. Papa tergelak sendirian sambil menyanyi.

Memang sah. Papa mabuk.

******

Author dah comeback!!! Cerita baru BODYGUARD! Cerita ni lambat update sbb author pt3 tahun ni T_T.. Kalau tk busy author update.. Enjoy la baca cerita ni..

√Vote
√Comment

BODYGUARDWhere stories live. Discover now