Bab 14

7.1K 390 1
                                    


Baju lengan panjang disarung ke badanku. Aku menapak keluar dari bilik tidur. Kedengaran suara Abang Jeff bersama Zim di bilik mesyuarat. Aku menekup telingaku ke pintu bilik.

"Fong akan sampai dekat KL malam ni. Dia lah kawan import Tuan Fairuz".

"Fong? Jadi dia lah yang tolong Tuan Fairuz".

"Hari ni hanya perlu berjaga jaga. Jangan tampil sesuka hati depan mereka. Maut menanti".

Aku menjarakkan telingaku dari pintu bilik. Aku mula memikirkan perkara tadi. Apa yang akan terjadi nanti? Kenapa aku rasa tak sedap hati? Maknanya keadaan sekarang tak selamat.

Jam ditangan ditilik. Mataku membulat. Dah terlewat. Aku lupa yang aku janji dengan Aien nak teman dia keluar ke bandar hari ni. Aku harap tak ada perkara buruk yang terjadi.

Aku berjalan menuruni tangga. Aku perlu kosongkan fikiranku fasal Fong. Kalau aku terus fikir fasal benda tu Aien akan tanya macam macam. Aku tak nak dia takut.

"Asyraff". Langkahku terhenti. Suara tu. Dah lama tak tegur aku dan baru hari ni dia panggil aku. Segera aku memaling ke belakang. Abang Jeff menapak ke arahku. Bahuku dipegang. Wajah Abang Jeff aku pandang. Dia menghela nafas panjang.

"Kenapa?" Lamunan Abang Jeff terhenti. Dia menarik senyuman. Dah kenapa dengan dia ni? Sakit ke apa?

"Aku minta maaf sebab tengking kau hari tu".

"Tak apa. Lagipun Asy yang salah. Abang memang patut marah Asy masa tu". Abang Jeff tergelak kecil. Dia menepuk perlahan bahuku.

"Kau nak pergi mana ni?"

"Teman Aien keluar. Kenapa? Ada kerja ke hari ni?"

Wajah Abang Jeff berubah. Senyumannya pudar. Aku dapat rasakan dia akan suruh aku tinggal di rumah sahaja untuk hari ni. Atau mungkin untuk jangka masa yang agak lama sementara Fong berada di sini.

"Hati-hati dekat luar. Kalau ada apa apa call terus". Aku mengangguk faham.

Enjin kereta terus dihidupkan. Abang Jeff memerhatikanku hingga bayang kereta hilang dari pandangannya. Kenapa wajah Abang Jeff risau? Dia tak percayakan aku ke?

Aku sendiri pun tak yakin aku selamat di luar ni. Fong dan Tuan Fairuz boleh berada di mana mana sahaja dan akan membunuh mana mana penjahat. Mereka memang bahaya dan berkuasa.

"Kau termenung apa tu?" Lamunanku terhenti. Bila masa pula dia masuk dalam kereta aku ni?

"Haa ni mesti teringat dekat buah hati kan? Kan?" Aien mengacukan jari telunjuknya ke arahku. Aku menepis jarinya ke tepi.

"Mana ada. Aku....ah lupakan. Kau nak pergi mana?"

"Aku nak jumpa kawan dekat bandar. Nak beri barang. Semalam birthday dia tapi aku tak sempat nak jumpa dia sebab tak ada masa".

"Dah. Aku bukan nak dengar cerita kau". Enjin kereta dihidupkan. Keretaku meluncur laju ke bandar.

"Nanti mula ah tanya macam macam". Aien mencebik. Dia mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.

"Aku dengar lah apa yang kau cakap tadi. Fikir aku pekak?"

Kami berjalan beriringan. Aien melilau mencari kawan baiknya. Langkah Aien mula laju dan meninggalkanku di belakang. Sekali lagi. Dia ajak aku teman dia tapi dia tinggal aku. Apakah ini?

Ah, dah kenapa aku rasa macam ada yang tak kena. Macam akan ada sesuatu buruk yang berlaku.

Badanku disandarkan pada dinding. Aku berpeluk tubuh sementara menunggu urusan Aien selesai. Dia sedang berbual dengan rakannya di kafe. Jam tangan ditilik.

"Macam lama lagi je ni". Aku melepaskan keluhan. Ini la perempuan. Banyak gosip nak dibualkan. Apa dia tak fikir tentang aku ke? Aku bukan tiang lampu dekat sini.

Handphoneku berbunyi menandakan mesej masuk. Aku segera membuka aplikasi whatsapp lalu membaca mesej.

Zim
Tengok sekeliling kau. Jaga diri. Kalau ada apa apa yang jadi call. Jangan bertindak sendiri dan jangan buat kerja gila lagi. Aku tak nak identiti kau terdedah. √√ 9:00p.m.

Handphone disimpan kembali ke dalam poket. Mataku melilau melihat keadaan sekeliling. Tiada apa apa yang mencurigakan. Mungkin aku berada di dalam zon selamat. Mungkin. Aku tak yakin.

Mataku dapat menangkap sesusuk tubuh seorang lelaki berjaket kulit di pintu lif. Dia menapak masuk ke dalam. Matanya merenung tepat padaku. Pintu lif tertutup rapat.

"Aku dalam bahaya".

BODYGUARDWhere stories live. Discover now