Pemergian arwah mama seratus peratus mengubah hidup aku. Seorang wanita yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan aku. Aku tak pernah balas jasa mama. Patut aku yang kena bunuh bukannya mama. Mama tak salah apa. Kenapa aku tak ada waktu tu?Langkah berat diatur ke sekolah. Aku menapak masuk ke dalam kawasan sekolah. Semua pelajar memandangku sambil berbisik. Aku hanya pekakkan telinga aku. Aku dah tak sanggup dengar segala berita buruk tentang mama. Aku kenal mama aku macam mana lebih dari mereka kenal mama aku.
"Anak pelacur dah datang!! Beri laluan!" Kedengaran satu jeritan dari belakang. Jimmy memeluk bahuku dan berjalan bersamaku. Aku memandangnya tajam. Tangannya aku tepis kasar lalu berjalan meninggalkan dia.
"Kurang ajar budak! Kau tepis tangan aku! Anak dengan mak sama je! Dua dua tak ada adab!" Ramai pelajar gelakkan aku. Aku menunduk.
Beg aku campak ke bawah. Wajahku diraup. Aku dah tak sanggup hidup macam ni lagi. Bahuku disentuh. Aku menoleh ke belakang. Joe.
"Aku minta maaf la sebab tak dapat datang semalam. Mak aku tak beri aku keluar sebab takut demam melarat". Aku membisu. Aku hanya memandang ke bawah.
"Asy, kau okay ke tak?" Joe menggoncang bahuku. Aku menepis perlahan tangannya.
"Teruk sangat ke keluarga aku ni sampai diorang semua hina keluarga aku?"
"Buat apa kau peduli cakap diorang semua tu. Diri kau, keluarga kau, kau lagi tahu tentang keluarga kau berbanding diorang semua tu. Si Jimmy tu bukan betul sangat pun".
"Kau tak faham Joe. Aku anak pelacur. Buat apa kau kawan dengan aku? Aku ni kotor. Sepatutnya aku yang kena bunuh semalam bukan mama aku!" Suaraku makin meninggi. Joe menenangkanku.
"Asy kau cakap apa ni? Cuba bawa mengucap. Jangan cakap benda merepek boleh tak? Aku tahu fasal keluarga kau dan aku tak kesah pun asalkan kau tak ikut mama papa kau. Kau tahu mana baik mana buruk kan". Joe memegang kedua belah bahuku. Aku tidak memandangnya.
"Aku bersalah sangat pada mama. Aku tak ada waktu mama kena seksa. Sepatutnya aku sebagai lelaki kena lindungi dia...tapi aku hanya mampu mengalirkan air mata je bila mama dah tak ada. Apa gunanya aku ni sebagai anak dia? Aku lemah!" Buku lima aku genggam. Air mata aku dah kering. Tak mampu aku menangis lagi.
"Ni namanya takdir Asy. Kau patut terima. Kau tak boleh salahkan takdir. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Kau belajar kan?" Aku menghela nafas panjang.
"Dah la Joe. Aku nak sendirian. Jangan cari aku". Aku menolak badannya ke tepi. Joe seakan akan memahamiku dan membiarkan aku pergi.
******
Gambar mama aku tatap. Mama selalu marah aku. Pukul aku. Sama macam papa. Aku tak pernah simpan dendam terhadap mama. Walaupun mama dera aku teruk mana sekalipun, dia tetap mama aku. Tiada siapa boleh ganti tempat dia.
Lamunanku terhenti apabila terdengar bunyi loceng pintu. Aku menapak ke pintu rumah lalu membukanya. Terdapat beberapa beg roda besar di hadapan pintu rumah. Sebuah kereta diparkir di hadapan rumahku.
"Siapa pula tu?"
Dahiku berkerut seribu memikirkan siapa yang datang ke sini. Papa turut ada bersama mereka.
"Cantiknya rumah papa!"
"Papa?"
"Eh tengok je? Tolong lah angkat!"
Ah mak cik ni lagi. Kenapa dia menyibuk datang sini? Siap bawa baju dengan anak beranak dia lagi. Apa dia ingat rumah aku ni hotel? Dah tak pandai bezakan mana hotel mana rumah?
"Asy, mulai hari ni Asy dapat mama baru. Mama Sally. Ni semua anak mama Sally".
"Apa?! Pa, Asy dah cakap tak ada siapa boleh ganti tempat arwah mama!"
"Jangan melawan cakap aku". Sekejap saja panggilan 'papa' bertukar pada 'aku'.
Aku memandang seorang demi seorang. Abang tiri aku Daniel atau nama panggilan dia Danny. Kakak tiri aku Yasmin atau Yumi dan adik tiri aku Sherly atau Shameera. Habis nama bertukar jadi nama orang putih.
Sedar tak ni Malaysia?
Hidup aku akan menjadi kucar kacir bila bersama mereka.
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...