Dua bulan kemudian....Uncle Jeff dan Zim baru sahaja pulang ke Kuala Lumpur setelah datang menjaga Asyraff selama dua minggu. Aku kembali mengatur langkah ke wad di mana Asyraff ditempatkan. Aku menapak masuk ke dalam lalu duduk di sebelah katil Asyraff.
"Asy... Kau tak penat ke tidur? Dah berapa lama kau tak makan...tak minum". Aku tergelak kecil sendiri. Tidak lama kemudian aku berhenti gelak. Sekali pandang dah macam orang gila pun ada.
"Bila kau nak bangun? Dah lama kau baring dekat sini. Asy... Kau kena lah kuat. Sebab apa? Sebab kalau kau lemah aku pun akan lemah. Kau kan bodyguard aku, so kau kena lah kuat". Air mataku mengalir lagi lantas aku mengelap dengan hujung pergelangan bajuku.
"Aku tak tahu apa yang aku rasa ni. Aku rasa macam aku dah lama kenal kau. Tapi aku tak pasti".
"Orang koma biasanya dengar apa yang kita cakap jadi sekarang aku harap kau dengar apa yang aku cakapkan ni".
"Kau dah banyak berjasa dekat aku. Kau selamatkan aku dari penjahat. Kau sanggup korbankan nyawa kau untuk aku. Aku.... Aku bersyukur sebab ada kau. Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku sebagai bodyguard walaupun aku tahu itu semua untuk sementara waktu".
"Asy aku tak nak hilang kau. Aku sayangkan kau. Kalau kau dah tak ada, nanti siapa yang nak temankan aku keluar. Tak ada siapa yang nak layan perangai aku. Tak ada siapa yang nak gelak dengan aku. Tak ada siapa yang nak pujuk aku. Tak ada siapa yang boleh buat aku happy dah".
"Sebab semua tu hanya kau yang mampu buat pada aku Asy. Asyraff...bangun la. Kau tak penat ke seksa aku macam ni Asy? Aku perlukan kau".
Memang tak ada guna aku buat semua benda ni. Asyraff tetap tidak akan sedarkan dirinya. Keadaan dia masih lagi teruk. Nadinya menunjukkan kesan positif tetapi masih perlahan dan akan mengambil masa untuk Asyraff sedar seperti biasa.
******
Gambar di telefon bimbitku diselak satu per satu. Aku tersenyum sendiri. Sudah lama aku tidak lihat Asyraff senyum seperti dalam gambar ni. Telefonku berdering lantas aku terus menjawab panggilan itu.
"Aien? Macam mana? Okay tak? Ayah minta maaf sangat sebab lama dah tak call Aien". Aku tersenyum tatkala mendengar suara ayah.
"Aien okay. Aien faham kerja ayah. Ayah tak payah risau pasal Aien. Aien tahu jaga diri dekat sini". Ranting kayu berdekatan aku ambil lalu aku melukis sesuatu di pasir.
"Lega ayah dengar bila Aien cakap macam tu. Asyraff macam mana? Dah sedar belum?" Riak wajahku berubah seratus peratus.
"Dia....dia belum sedar lagi. Nadi dia masih lemah tapi dia tunjukkan perkembangan yang positif. Ayah.... Aien rindu dia". Setitis air mata jernih mula keluar.
"Sabar Aien. Ayah tak dapat pergi sana. Kalau ayah boleh dah lama ayah ada dengan Aien sekarang. Aien banyakkan bersabar".
"Okay ayah". Talian dimatikan. Ranting kayu dicampak ke tepi. Ukiran seorang lelaki sedang memeluk seorang perempuan dari belakang aku pandang. Senyuman terukir di bibir. Wajahku diangkat. Seorang lelaki berdiri di sebelahku.
"Aien?"
"Roy...". Roy melabuhkan punggung di sebelahku.
"Buat apa dekat sini? Tak pergi jaga Asy?"soal Roy bertalu talu.
"Aien baru balik dari hospital. Saja lepak dekat sini. Tenang je rasa". Angin bertiup menyejukkan tubuhku.
"Benda dah jadi pun Aien. Kita tak boleh nak ubah. Lagipun, aku tahu Asyraff tu kuat".
"Tapi kenapa...."
"Aien!" Roy menolak tubuhku berlindung di sebalik batu besar. Satu das tembakan dilepaskan dari belakang kami tadi. Jantungku berdegup kencang.
"Apa dah jadi?" Lengan Roy aku goncangkan beberapa kali.
"Aien lari. Pergi tempat yang selamat. Sini bahaya. Lari sekarang!" Roy mengarah lalu aku segera melarikan diri. Nasib baik orang tidak ramai di pantai ketika ini. Kalau tidak, dah boleh jadi perang dekat situ.
"Asyraff....aku harap kau ada dengan aku sekarang".
![](https://img.wattpad.com/cover/97967887-288-k692499.jpg)
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...