Bab 19

5.5K 324 0
                                    


Aku berlari sepantas kilat ke arah keretaku. Enjin kereta dihidupkan lalu meluncur laju meninggalkan taman. Kereta merah tadi menjadi sasaranku. Handphoneku berdering lantas aku segera menjawab panggilan.

"Dah jumpa belum?"soal Jeff. Dengan tak ada salamnya terus terjah soalan pada aku. Ah pedulikan dia.

"Asy dah kesan dia. Sekarang Asy tengah kejar dia".

"Good. Pergi airport sekarang. Aku dapat tahu dia akan ke sana sebab target dia sekarang nak culik Aien sebagai umpan untuk kau kejar dia".

"Okay". Panggilan ditamatkan. Aku segera memecut ke lapangan terbang. Tuan Fairuz memang bijak merancang perjalanannya. Kenapa dia nak umpan aku? Atau dia dah tahu yang aku hampir bunuh dia tempoh hari? Kalau dia dapat tahu makin teruk aku nanti. Joe akan tahu segala galanya tentang aku.

Kereta diparkir. Aku berlari anak ke arah lapangan terbang. Mataku melilau mencari Sam. Dia berjalan dengan pantas ke balai pelepasan. Aku segera mengekorinya. Aien baru saja mendapatkan bagasinya.

Sam semakin hampir mendapatkan Aien. Aku berlari terus ke arah Aien dan menarik lengannya. Aien tersentak dengan kelakuan aku.

"Woi siapa kau?! Lepaskan aku la!" Aien terjerit di belakangku. Aku abaikan dia. Sekarang aku perlu bawa Aien jauh dari sini. Sam masih berada di kawasan ni. Kalau dia dapat aku mampus lah.

Aien menggunakan tenaganya untuk menarik lenganku. Langkah kami terhenti.

"Siapa kau? Kau nak bawa aku pergi mana hah?" Aku membisu.

"Jawab la sebelum aku call bodyguard aku". Aien mengeluarkan handphone dari poket seluarnya. Sebelah tangannya masih dalam genggamanku. Aku tidak memberi sebarang reaksi pada Aien.

Handphone di dalam poketku berdering. Aien menarik lenganku dan serta merta badanku berpusing menghadapnya. Mataku memandang tepat ke dalam anak matanya.

"Asy....?"

Aien menanggalkan mask yang aku pakai. Perasaannya bercampur baur bila melihatku di depan matanya. Aku tidak tahu sama ada dia gembira, marah, sedih bila aku tiba tiba muncul di hadapannya.

"Ya Aien. Ni aku. Asyraff, bodyguard kau". Aien memukul dadaku dengan kuat. Dia melepaskan geram yang terpendam dalam dirinya.

"Kau pergi mana?! Aku benci kau Asy! Kau tinggalkan aku!" Air matanya mengalir deras.

"Aku bukan saja nak tinggalkan kau tapi...."

Sam mengacukan pistolnya di sebalik dinding. Aku segera menarik tangan Aien dan terus berlari ke arah keretaku.

"Asy apa dah jadi? Kenapa kau nampak kelam kabut sangat ni?" Aien kelihatan cemas.

Aku segera memecut meninggalkan lapangan terbang. Aku berharap sangat Sam tak dapat nak kesan aku.

"Asy bawa lah kereta slow sikit. Kau ingat ni jalan bapak kau ke apa? Nanti accident!" Lenganku digoncang dengan kuat. Nasib baik pegangan tanganku pada stereng kuat. Nanti tak pasal accident.

"Duduk diam la. Tangan kau tu turunkan. Aku tahu la kerja aku". Tegurku tegas. Perlahan lahan Aien turunkan tangannya dari lenganku.

"Kau nak bawa aku pergi mana? Kelam kabut je. Asy...jawab lah soalan aku!"

Banyak soal pula dah minah sorang ni. Ada juga aku sumbat stereng kereta ni dalam mulut baru nak senyap.

"Asy berhenti sekarang!"

Arahan Aien aku tidak patuh. Aku hanya teruskan memandu sejauh yang boleh. Kalau boleh aku nak pergi hujung dunia. Lari dari semua benda ni.

"Asy lebih baik kau berhenti sekarang". Suara Aien makin mendatar.

"Asyraff Arfan! Aku cakap berhenti!" Jeritan Aien menyebabkan aku terkejut lalu menekan brek kereta. Kereta diberhentikan di bahu jalan. Aku mengalih pandanganku pada Aien.

"Kau dah kenapa?! Terjerit macam orang gila!" Perasaan marahku tidak dapat dikawal. Api lawan api. Dua dua tidak mahu mengalah.

"Sepatutnya aku yang tanya soalan tu pada kau. Bawa kereta laju tanpa hala tuju. Entah ke mana kau nak bawa aku. Ni dah kes culik tahu tak? Nasib kau ni bodyguard aku kalau tidak....."

"Kalau tidak apa? Kau nak report polis? Biar aku kena tangkap? Masuk penjara bagai?" Aku memotong kata kata Aien. Dia terdiam seribu bahasa.

"Kalau kau tak percayakan aku sangat..nah! Kita tukar tempat. Kau pandu aku duduk sebelah". Badanku dibawa keluar dari dalam perut kereta.

Kenapa sampai macam ni sekali? Ya Allah kenapa aku tak dapat kawal perasaan marah aku? Desis hati Aien.

Aien akur dengan arahanku. Dia mengambil tempat pemandu. Kereta kembali meluncur di atas jalan raya. Aku hanya mengunci mulutku.

Aku cuba selamatkan dia tapi ini yang aku dapat?

Kami tiba di hadapan rumah Aien. Dia masih tidak keluar dari dalam perut kereta. Aien seperti ingin berkatakan sesuatu padaku.

"Apa lagi kau nak?" Tanpa teragak agak Aien terus menapak keluar dari dalam kereta lalu masuk ke dalam rumahnya. Aku kembali mengambil tempat pemandu dan terus beredar.

BODYGUARDWhere stories live. Discover now