Bab 28

4.9K 289 1
                                    


Sekotak tisu kosong dicampak ke dalam bakul sampah. Mata Aien perlahan lahan dibuka. Dia memandangku sayu.

"Kau okay tak?" Aien mengangguk lemah.

"Aien? Uncle risau sangat tadi. Nasib baik Aien tak apa apa". Abang Jeff memeluk erat tubuh Aien. Aien masih terpinga pinga. Arul mengambil bakul sampah itu lalu membuang semua tisu yang digunakan tadi.

"Buat masa ni Aien tinggal dengan uncle dulu. Ayah Aien akan balik minggu depan". Abang Jeff mengalih pandangan padaku.

"Aien rehat dulu. Asy ikut aku kejap". Arul datang menemani Aien. Aku , Abang Jeff ,Roy dan Zim menapak ke bilik mesyuarat di tingkat atas. Pintu bilik ditutup rapat.

"Sekarang cerita dari alif ke ya..dari A ke Z". Mereka bertiga menumpukan perhatian padaku.

"Ada tiga orang lelaki datang serang rumah Aien tiba tiba. Nasib baik Asy ada masa tu. Asy bawa Aien lari. Itu je".

"Tahu tak siapa lelaki tu?"soal Abang Jeff lagi. Masih tidak puas hati dengan peneranganku tadi.

"Tak tapi Asy rasa dia ada kena mengena dengan Aien sebab dia asyik sebut nama Aien and pasal hutang bagai. Asy tak faham". Riak wajah Abang Jeff bertukar serta merta. Kenapa ni? Aku tersalah cakap ke?

"Kenapa? Abang kenal ke dengan diorang semua tu?"soalku meluru. Abang Jeff menghela nafas dalam.

"Alang alang dia tanya tu lebih baik kau cakap je Jeff". Zim menyiku lengan Abang Jeff dan berbisik sesuatu. Aku masih menunggu jawapan daripada Abang Jeff.

"Lelaki yang ceroboh rumah Aien tu lah kisah silam Aien....kisah gelap dia dan sebab lelaki tu lah Aien trauma. Disebabkan dia... Aien jadi takut dengan semua orang... Dia tak percaya pada semua orang terutama lelaki. Hanya ayah dia saja menjadi pelindung dia selepas arwah umi dia pergi".

Aku terdiam. Betul lah tekaan aku selama ni. Lelaki itu memang membawa kisah silam yang teruk pada Aien.

"Apa yang dia buat pada Aien? Teruk sangat ke sampai boleh trauma?"

"Selebihnya lebih baik kau tanya pada Aien sebab aku tak tahu cerita penuh". Keluhan dilepaskan. Aku fikir dia tahu semua benda tadi.

Pintu bilik dikuak lalu aku menapak keluar dari bilik mesyuarat. Tubuhku dibawa turun ke ruang tamu. Arul duduk melepak di sofa sambil layan drama korea di televisyen.

"Rul mana Aien?" Bahu Arul ditepuk kasar. Arul mengacukan jari telunjuknya ke luar rumah.

"Kau ni biar je dia dekat luar". Aku mengatur langkah di pondok halaman rumah. Aien duduk memeluk lututnya sambil termenung jauh. Punggung dilabuhkan bersebelahan dengannya.

"Kenapa hidup aku macam ni Asy? Aku penat lari dari semua benda ni. Aku rasa lebih baik aku mati dari seksa macam ni". Aku tersentak dengan kata kata Aien. Dia tak ubah seperti orang baru lepas putus cinta.

"Tak elok lah kau cakap macam tu". Suaraku mendatar. Otakku ligat berfikir cara nak suruh Aien bercerita pasal lelaki tu.

"Kau tak tahu Asy. Lelaki tak guna tu dah seksa hidup aku dari kecil sampai sekarang. Dia dah bunuh orang yang aku sayang. Dia bunuh umi aku depan mata aku".

Aku hanya membisu. Biarkan Aien bercerita semua perkara padaku.

"Lelaki tu pecah masuk rumah aku sebab ayah aku berhutang dengan dia. Tapi malam tu ayah aku tak ada. Dia pergi luar negeri. Hanya umi dan aku. Tiba tiba saja suara lelaki dari luar rumah jerit nama ayah aku".

"Aku takut. Umi peluk aku. Lelaki tu terjah masuk ke dalam. Dia tarik lengan umi aku. Aku tak tahu nak buat apa masa tu. Aku diam... Aku takut sangat..."

"Dia buat umi aku nangis... Dia buat umi aku sakit... Dia rogol umi aku..Aku tak sanggup nak tengok... Aku lari.. Gigit lengan lelaki tu.. Aku tak perasan dia pegang pistol... Dia tembak... Aku jadi makin takut... Dia tolak aku jatuh... Aku pengsan..."

"Bila aku dah sedar aku tanya ayah... Mana umi? Mana umi? Ayah tak jawab.. Ayah bawa aku pergi kubur.. Ayah cakap nak bawa aku pergi jumpa umi. Aku happy.. Tapi sekejap saja. Ayah cakap umi dalam kubur... Umi dah tak ada".

Aien sudah menangis teresak esak. Aku menahan air mata yang hampir mengalir. Wajahku diraup.

"Sebab tu aku takut dengan semua orang. Ayah tak beri aku keluar rumah. Bibik jaga aku. Sekarang, ayah cari seseorang yang boleh jaga aku. Ayah percayakan dia sebab dia dah lama lindungi aku... Dari dulu hingga sekarang..." Aien mengalih pandangannya padaku.

"Kenapa ayah cakap macam tu? Ayah dah lama ke kenal kau?"

Lidahku kelu. Otakku tak dapat berfungsi. Apa aku nak cakap ni?

"Siapa kau sebenarnya... Asyraff Arfan?"

BODYGUARDWhere stories live. Discover now