Bab 35

4.1K 267 0
                                    


Pintu rumah dihempas dengan kuat. Arul terlompat dek kerana terkejut. Mataku meliar mencari seseorang di dalam rumah. Zim menapak menghampiri aku.

"Kau ni kena sampuk dengan setan mana? Balik je hempas pintu macam orang gila". Zim mencekak pinganggnya dan menunggu jawapan dariku.

"Jeff mana?! Mana dia?!" Kolar baju Zim aku tarik dengan kuat. Zim mengangkat kedua dua belah tangannya ke atas sambil menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

"Apa kecoh ni? Asy kau dah kenapa? Nak jadi pembuli pula dalam rumah ni?" Abang Jeff menuruni tangga lalu mendapatkanku.

Segera aku mengeluarkan sepucuk pistol dan dihalakan pada Abang Jeff. Abang Jeff tersentak lalu mengangkat kedua dua belah tangannya. Zim menghalakan muncung pistolnya padaku begitu juga dengan Arul.

Abang Jeff memberi isyarat tangan pada Zim dan Arul. Serentak mereka berdua menurunkan pistol. Tanganku masih memegang erat pistol.

"Tenang Asy. Cuba cerita apa dah jadi?" Abang Jeff mendekatiku.

"Stay there! Jangan dekat dengan aku! Kau memang pembunuh! Kejam!" Abang Jeff menarik senyuman nipis. Dia tergelak kecil.

"Kau dah tahu ke pasal tu? Siapa beritahu kau? Sally? Ke Danny?"

Aku tersentak. Dia kenal Mama Sally dan Danny? Tapi macam mana dia kena mereka berdua? Apa kaitan mereka berdua dan Abang Jeff?

"Kau penipu Jeff! Kau bunuh mak ayah aku!!" Satu tumbukan dihayun pada perut Abang Jeff. Dia terdorong ke dinding.

"Asy sabar. Aku boleh terangkan". Dia memegang perutnya. Senak. Marahku masih membuak buak. Zim dan Arul segera memegang kedua belah tanganku. Abang Jeff merapatiku.

"Aku bukan sengaja buat macam tu. Fairuz...kalau aku tak bunuh mak ayah kau dia sendiri akan bunuh lagi kejam dari tu dan termasuk kau. Aku cuma nak selamatkan kau. Itu saja".

"Perlu ke kau bunuh mereka berdua?! Kau tahu betapa sengsara aku hidup tanpa mereka berdua?! Ya memang mak ayah aku dera aku, pukul aku! Tapi diorang mak ayah aku! Mak ayah aku Jeff! Kau sedar tak?!! Kau dah buat aku jadi anak yatim piatu. Kau tak kasihan dekat aku ke Jeff? Hah?"

Air mataku menitis. Abang Jeff merangkul tubuhku erat lantas aku menolak tubuhnya menjauhiku.

"Jangan dekat dengan aku! Selama ni cari pembunuh tu dan tak sangka dia ada depan mata aku je. Heh...aku memang bodoh. Aku buta. Kena tipu hidup hidup".

"Aku menyesal kenal kau Jeff. Menyesal sangat".

Langkah dihayun keluar dari rumah. Aien menjerit namaku dari atas. Aku pekakkan telingaku. Enjin kereta dihidupkan lalu meluncur laju keluar dari halaman rumah.

Tasik dipandang kosong. Hari makin senja. Tidak ramai orang pada masa ini. Semua telah pulang ke rumah setelah seharian bekerja. Wajahku diraup. Fikiranku serabut.

Pembunuh yang tak disangka ada di depan mata aku saja selama ni. Lapan tahun aku jejak. Rupanya dia orang yang aku rapat. Kalau aku pulang sekarang aku hanya menyakitkan hati aku saja. Tapi sekarang Aien.

Bahuku disentuh lantas aku mengangkat wajahku. Senyuman terukir di bibir. Joe melabuhkan punggung di sebelahku.

"Kau sorang je ke? Buat apa dekat sini? Dah senja pun".soal Joe membuka perbualan kami.

"Saja tenangkan diri. Aku stress fikir masalah yang bertimbun dalam otak ni".

"Haihh... Aku dah cakap pada kau kan kalau ada masalah cerita terus dengan aku. Jangan la simpan. Kau simpan buat apa? Buat koleksi masalah kau?" Sempat dia berlawak hambar denganku.

"Aku bukan tak nak cerita tapi aku tak bersedia nak cerita".

Banyak perkara yang aku nak kongsikan dengan Joe. Kalau aku cerita pada dia nanti identiti aku terbongkar. Semua kerja jahat yang aku buat Joe akan tahu.

Joe merangkul bahuku. Lamunanku terhenti lalu memandang wajah Joe.

"Tak apa. Aku dah masak dengan perangai kau macam ni. Kau ambil lah banyak mana pun masa tapi jangan tak cerita pula dekat aku". Aku menarik senyuman kelat.

"Aku memang tak akan cerita. Nanti kau sendiri akan tahu Joe".

BODYGUARDWhere stories live. Discover now