Aien POVKepalaku terasa berat. Mataku cuba dibuka perlahan lahan. Kenapa aku rasa badan aku lemah sangat? Aku ada sakit apa apa ke? Tapi Asy cakap aku tak ada apa apa atau dia nak sedapkan hati aku je?
Sebuah buku nota hitamku dibuka. Helaian demi helaian dibelek. Sekeping gambar yang terselit aku ambil lalu ditelti. Gambar aku dan dia semasa umur enam tahun. Aku rindu dia. Kenapa dia hilang? Dia hidup lagi ke sekarang?
"Kenapa aku rasakan dia tu Asy? Tapi tak mungkin lah. Kalau dia tu Asy mesti Asy dah beritahu awal awal. Dia tak akan tipu aku".
Gambar dibelek. Terdapat tulisan di belakang gambar tersebut. Tertulis nama seseorang pada gambar itu.
Asy.
Ah tak Aien. Bukan Asyraff bodyguard kau tu. Tak mungkin dia. Aku tak akan ada perasaan pada bodyguard aku sendiri sebab aku akan tunggu 'dia' datang cari aku.
"Ayah...umi... Dia tak datang. Dah lama Aien tunggu dia. Mana dia? Dia dah tak sayangkan Aien ke? Dia dah lupakan Aien ke? Aien rindu dia. Aien nak jumpa dia... Aien nak dia jaga Aien. Aien sakit". Cecaie jernih mula membasih pipiku. Aku memeluk erat buku nota hitamku.
Uncle Jeff menapak masuk ke dalam bilikku bersama dulang yang berisi makanan. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di sebelah katilku.
"Eh la... Aien kenapa nangis ni? Aien sakit ke?"soal Uncle Jeff yang mula risau tatkala lihat aku menangis. Wajahku diraup.
"Tak....takk..." Aku menggelengkan kepalaku. Uncle Jeff menarik tanganku supaya dibawa turun.
"Cerita dengan uncle".
Aku dan Uncle Jeff memang rapat sejak kecil lagi. Kalau ayah pergi ke luar negara, uncle akan datang teman aku. Aku dah biasa dengannya. Kalau aku ada masalah, aku akan terus bercerita dengannya.
"Aien rindu dia uncle". Gambar dihulurkan kepada uncle. Riak wajah uncle berubah bila melihat gambar tersebut lalu dia memandang wajahku.
"Lupakan je lah dia ni. Aien kan ada Asyraff, Roy, Zim...uncle".
"Mana boleh Aien lupa dia. Aien nak jumpa dia. Dia hidup lagi ke uncle? Kenapa dia tak datang cari Aien?"
"Nanti dia datang cari Aien. Uncle kenal macam mana budak ni. Uncle percaya dia akan cari Aien. Mungkin bukan hari ni. Mungkin esok or lusa".
"Uncle tak faham". Aku menarik selimut menutup tubuhku lalu membelakangkan Uncle Jeff. Uncle melepaskan keluhan berat. Dia melangkah keluar dari bilikku. Tangisanku mula pecah dalam selimut.
Asyraff POV
"Mereka bertiga langsung tidak percayakan aku. Aku tak nak diorang jadi macam Arul". Kolam ditenung lama. Aku tak tahu apa yang aku nak lakukan sekarang. Aku memang tak boleh duduk diam macam ni saja. Nyawa Aien lebih penting.
"Asyraff...aku nak cakap sikit dengan kau". Abang Jeff melabuhkan punggung di meja. Aku mengalihkan pandangan pada wajahnya.
"Sampai bila kau nak jadi macam ni?" Terus saja Abang Jeff bertanyakan soalan padaku. Aku terpinga pinga.
"Huh? Apa maksud abang?" Perasaan marahku pada dia sudah reda. Perkara dah pun lepas. Aku patut lupakan.
"Pasal Aien. Sampai bila kau nak tipu dia? Kau tak kesian ke dekat dia? Dia tengah sakit macam tu lagi. Dia memang nak sangat jumpa kau yang dulu. Sampai bila kau tak nak mengaku hah?"
Aku terdiam. Sudah hampir lima bulan aku bekerja dengan Aien tapi aku langsung tak beritahu hal yang sebenar padanya.
"Asy tak akan beritahu dia. Asy akan cari vaksin tu dan pulihkan Aien. Lepas saja pada tu Asy akan pergi. Anggaplah Asy dulu dah mati. Dah tak ada dalam dunia ni".
Aku terus menapak meninggalkan Abang Jeff di luar sendirian.
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...