Kereta diparkir di dalam garaj. Nafas lemah dihela. Kenapa aku balik sini? Abaikan mereka semua. Langkah dihayun masuk ke dalam rumah."Asy kau dah balik. Aku ingatkan kau tak balik tadi". Abang Jeff memeluk erat tubuhku. Aku tidak membalas pelukannya. Abang Jeff meleraikan pelukan kami lalu dia memandang wajahku.
Bahu Abang Jeff ditolak perlahan lalu aku menapak naik ke atas. Bilik Aien dituju dan pintu biliknya dikuak perlahan. Aien tidak berada di atas katil. Aku menapak ke bilik air.
"Aien? Kau ada dekat dalam ke? Aien?" Pintu diketuk beberapa kali. Tanpa berfikir panjang aku terus menolak pintu bilik air. Tubuh Aien terbaring di atas lantai.
"Aien?! Bangun Aien?!" Kepala Aien diletakkan di atas riba. Pipinya ditampar perlahan. Aku merenjis sedikit air ke muka Aien. Namun dia tidak sedar juga. Tubuh Aien didukung lalu dibaringkan di atas katil.
"Roy! Roy!" Roy menyahut panggilanku lalu mendapatkanku di bilik Aien.
"Kenapa ni?"
"Aien pengsan dekat bilik air tadi. Cuba kau periksa dia". Aku mula risau. Risau kalau perkara buruk akan terjadi pada Aien.
Roy menurut. Aku melabuhkan punggung di kerusi. Wajahku diraup. Aku hampir terlupa pasal virus yang ada dalam badan Aien tu. Beberapa minit kemudian Roy mendekatiku lalu duduk bersamaku.
"Virus dalam badan Aien dah tunjuk tindak balas tapi peringkat lemah".
Kalau peringkat lemah dah pengsan apatah lagi peringkat tinggi. Tak ke mati.
"Hari makin hari selera makan Aien akan berkurangan dan akan buatkan tubuh Aien lemah. Ini akan memudahkan kerja virus tu. Jadi kau kena paksa juga Aien makan tak kira walau dia bantah ke apa".
Roy menapak keluar dari bilik. Seharian aku duduk di dalam bilik semata mata nak tunggu Aien sedar sehingga aku terlelap.
"Asy... Asyraff...??" Lenganku digerakkan beberapa kali hingga aku tersedar dari tidur.
"Apa dah jadi? Kenapa kau tidur sini?"
"Kau dah sedar rupanya. Aku saja teman kau. Roy yang suruh. Kejap aku ambil makanan dekat dapur. Arul cakap seharian kau tak makan".
Baru sahaja aku ingin menapak pergi tanganku dipegang. Aku menoleh ke belakang. Tanganku dilepaskan.
"Aku tak lapar".
"Hari makin hari selera makan Aien akan berkurangan dan akan buatkan tubuh Aien lemah. Ini akan memudahkan kerja virus tu. Jadi kau kena paksa juga Aien makan tak kira walau dia bantah ke apa".
Aku pedulikan jawapan Aien dan terus mengatur langkah turun ke dapur. Kelihatan Zim dan Roy menatap laptop di meja makan.
"Rul tolong buat bubur nasi". Arul meletakkan majalahnya di atas meja lalu pergi menyediakan bubur nasi. Aku berdiri di belakang Zim dan Roy. Terdapat beberapa gambar terpapar di skrin laptop.
"Gambar apa ni?" Dahiku berkerut seribu apabila melihat semua gambar tersebut.
"Tempat Leo. Aku kan ada pergi Singapura hari tu. Sempat lah aku ikut orang dia hingga ke tempat persembunyian besar mereka. Ni rumah Leo".
Gambar sebuah banglo mewah terpapar di skrin laptop. Memang kaya sungguh mamat Singapura ni.
"Dan ini tempat persembunyian mereka. Vaksin tu ada pada tangan Leo. Dia mungkin simpan di salah satu tempat ni. Sama ada di rumah dia atau pun di gudang ni".
"So sekarang Leo ada dekat mana?"soal Zim.
"Sekitar Kuala Lumpur tapi aku dapat makluman yang dia,Fong dan Tuan Fairuz akan berangkat ke China pagi esok". Terang Roy.
"Kau nak suruh aku pergi Singapura ke apa ni?"
"Memang tu rancangan kita tapi kena tunggu keputusan dari Jeff. Mana lah tahu tiba tiba Leo balik Singapura kita tak tahu. Jeff je yang tahu semua jadual terkini. Aku dapat info ni semalam".
Aku mendengus geram. Kenapa perlu minta keputusan dari dia? Dari pembunuh tu?
"Nah Asy". Mangkuk bertukar tangan lantas aku terus membawa naik ke atas. Aien duduk di meja sambil menulis sesuatu dalam sebuah buku. Aku mengetuk pintu biliknya. Aien segera menyimpan bukunya di dalam laci dan tersenyum padaku.
"Arul ada buatkan bubur nasi. Kalau kau makan benda berat nanti kau muntah pula". Aku menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di sebelah Aien.
"Kan aku dah cakap tadi aku tak lapar. Aku tak ada selera nak makan la. Jangan paksa aku. Aku tak suka". Aien merungut geram lalu merebahkan tubuhnya di atas katil dan menarik selimut menutupi tubuhnya. Aku menghela nafas berat.
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...