"Woi bangun la! Kau nak suruh aku tunggu kau sampai tahun depan baru kau nak sedar?!!" Pipiku ditampar dengan kuat. Mataku cuba dibuka perlahan lahan. Cahaya matahari berlumba lumba masuk ke dalam anak mataku."Haa pandai pun bangun. Aku ingatkan kau dah mampus tadi". Suara Leo memecah gegendang telingaku. Dia menunjal kepalaku dengan kasar. Aku mendengus geram.
"Lepaskan aku lah! Beri vaksin tu pada aku!" Aku meronta ronta seperti orang gila. Ikatan Leo terlalu kuat. Lebih kurang lagi empat puluh lapan jam lagi Aien boleh hidup. Aku perlukan vaksin tu.
"Vaksin? Hahahah...!!! Ingat senang senang kau je boleh ambil vaksin ni dari aku? Tunggu je la. Lagi empat puluh lapan jam rancangan aku berhasil. Lepas saja Aien mati dan seterusnya kau akan jadi mangsa aku". Leo berlegar legar di dalam bilik. Dia berdiri memandang ke luar tingkap.
"Kenapa kau libatkan Aien dalam hal macam ni?! Dia tak ada kena mengena langsung!" Leo menapak ke arahku lalu menyepak kuat perutku. Sekali lagi aku terbatuk darah. Senak. Aku menunduk. Rambutku ditarik dengan kuat. Wajahku diangkat dan bertentang mata dengan Leo.
"Kau fikir aku kesah ke?! Semua ni salah bapak kau! Bapak kau Asyraff! Dia yang buat hidup aku merana!" Rambutku dilepaskan dengan kasar. Dia melepaskan nafas panjang.
"Kenapa? Kenapa?! Apa salah papa aku? Apa yang dia dah buat?! Cakap!" Aku paling pantang apabila seseorang itu mula menyalahkan mama dan papa aku.
"Dia....."
"Kau jangan percaya cakap dia!" Abang Jeff muncul bersama pistol yang diacukan pada Leo. Leo mengangkat kedua belah tangannya dan menarik senyuman sinis. Aien berlari ke arahku dan membuka ikatan.
"Hero besar dah sampai".
"Beri vaksin tu Leo!" Leo tergelak kecil. Dia memetik jarinya lalu dua orang lelaki muncul di belakang Abang Jeff dan mengheretnya keluar. Kedengaran jeritan Abang Jeff di bilik sebelah.
"Uncle!" Aku menarik lengan Aien supaya berdiri di belakangku.
"Leo...tolong la...beri vaksin tu cepat". Aku menapak perlahan lahan menghampiri Leo. Aien ditinggalkan di belakang. Aku terpandang sebotol cecair yang berada di atas almari. Pasti itu vaksinnya.
Kolar baju Leo dicengkam kuat. Aku melepaskan tumbukan pada wajahnya. Dia terdorong ke belakang dan merenung tajam ke arahku. Tumbukan demi tumbukan aku berikan hingga dia terjatuh ke atas lantai. Aku berada di atas tubuhnya dan terus menumbuknya beberapa kali.
"Kau nak main dengan aku kan budak!!" Pisau dibenamkan ke perutku. Darah pekat mula mengalir. Tubuhku rebah.
"Asyraff!!" Leo menyepak tubuhku merapati dinding. Dia menapak menghampiri Aien.
Aku menggunakan tenaga yang masih berbaki untuk mengambil vaksin itu. Tanganku cuba mencapai vaksin itu lalu ditendang oleh seseorang. Aku rebah ke atas lantai lagi.
Pandanganku mula kabur. Kedengaran bunyi tembakan dilepaskan. Aku tak pasti siapa yang tembak dan siapa yang terkena tembakan itu. Dunia menjadi gelap.
******
Aien POV
Roy dan Uncle Jeff dah jelaskan semua benda padaku. Asyraff sanggup rahsiakan semua perkara ni daripada aku. Virus dalam badanku telah dibunuh dengan vaksin tersebut. Zim terkorban dalam pergaduhan semalam. Leo sudah ditangkap polis semasa dia melarikan diri ke lapangan terbang.
Pintu wad dikuak perlahan. Asyraff masih tida sedarkan dirinya. Dia kehilangan banyak darah akibat tikaman Leo. Aku melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan katil.
"Asy....terima kasih untuk semua benda ni. Kau memang bodyguard yang baik. Kau sanggup korbankan nyawa kau sebab nak selamatkan aku. Aku sayang sangat dekat kau Asy. Cepat la sedar. Aku nak kau bangun". Air mata mengalir membasahi pipiku. Tak guna aku menangis macam ni sebab Asy tak akan sedar. Air mata tak akan mengubah apa apa.
"Aien? Jom balik. Aku ada kerja lepas ni". Roy memanggilku di muka pintu.
"Aku balik dulu. Cepat sedar". Aku mengatur langkah keluar dari wad. Roy menghantarku pulang ke rumah. Buat sementara waktu ni, Roy akan menjagaku. Uncle Jeff ada urusan di Johor untuk beberapa hari.
"Thanks Roy". Roy memberi senyuman padaku. Aku melangkah keluar dari dalam perut kereta dan berjalan masuk ke dalam rumah. Keluhan dilepaskan. Sejak Asy masuk hospital, aku rasa sunyi. Kalau dia ada sekurang kurangnya ada kawan untuk aku bergurau dan berbual.
******
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...