"Siapa kau sebenarnya... Asyraff Arfan?"Persoalan itu masih bermain dalam fikiranku. Kereta dipandu ke syarikat Tan Sri Roslan. Aku menapak keluar dari dalam perut kereta. Langkah dihayun ke bilik Tan Sri Roslan.
"Maaf encik ni siapa?"sapa Alia, setiausaha Tan Sri Roslan. Cermin mata hitam ditanggalkan dan digantung pada kolar baju.
"Saya Asyraff. Tan Sri ada beritahu nak jumpa saya masa ni".jawabku mesra.
"Ouh sekejap". Alia membelek buku nota merahnya satu per satu.
"Tan Sri ada di dalam. Ikut saya". Alia membawaku ke bilik Tan Sri Roslan. Pintu dikuak perlahan. Kelihatan Tan Sri Roslan agak sibuk. Banyak file kerja di atas mejanya. Pintu diketuk.
"Tan Sri, Encik Asyraff dah sampai. Silakan". Aku menapak masuk ke dalam dan melemparkan senyuman pada Tan Sri Roslan.
"Terima kasih Alia". Alia memberi senyuman lalu beredar.
"Ada apa uncle nak jumpa saya?" Aku melabuhkan punggung di meja Tan Sri Roslan. Filenya ditutup dan ditolak tepi. Lewat malam pula tu. Macam ada benda yang tak kena saja. Aien ada buat report pasal aku ke?
"Tak ada apa pun. Uncle rasa dah lama uncle tak berborak dengan Asy".
Okay sekarang ni pelik. Kenapa dengan Tan Sri Roslan?
"Uncle kenapa uncle pilih Asy jadi bodyguard Aien?" Soalan yang berkurun lamanya tersimpan dalam otakku kini terluah juga. Tan Sri Roslan tergelak kecil.
"Asyraff... Uncle bukan kenal Asy sehari dua... Tapi dah bertahun. Uncle kenal Asy macam mana. Uncle dah usaha cari Asy merata tempat tapi rupanya ada dengan adik uncle sendiri. Kecilnya dunia. Uncle dapat rasa Asy boleh lindungi Aien sebab uncle selalu tengok Asy dengan Aien main... Tiap kali Aien jatuh Asy ada tolong".
Senyuman nipis terukir di bibir. Kalau lah Aien ingat semua benda ni pasti dia gembira sebab aku dah tunaikan janjiku pada dia.
"Lagipun Asy bukan tak kuat... Asy kuat. Pistol tu dah macam makanan Asy".
Aku menunduk. Pistol pada tali pinggang erat aku pegang. Macam mana Tan Sri Roslan tahu?
"Uncle tak takut ke? Ye la mana tahu Asy ni penjahat ke apa".
"Asyraff, uncle kenal luar dalam kamu. Asy baik. Uncle tak kesah sebab uncle tahu semua benda yang Asy buat. Jeff dah beritahu semua benda pada uncle. Uncle tahu kamu cuba sedaya upaya nak lindungi Aien".
"Terima kasih uncle sebab percayakan Asyraff".
Tiba tiba kedengaran bunyi kaca pecah. Kami berdua tersentak. Aku mula rasa tidak sedap hati. Keadaan di dalam pejabat tiba tiba sahaja gelap dan sunyi. Tiada lagi sebarang bunyi.
"Uncle ikut Asy".bisikku. Tan Sri Roslan akur lalu mengikutku dari belakang. Aku memegang erat lengan Tan Sri Roslan. Langkah diatur menuju ke lif. Butang lif ditekan beberapa kali.
"Uncle rasa lif ni rosak lah Asy".
"Tak ada jalan lain ke uncle? Gelap ni? Tangga mana?"
"Tangga ada dekat bahagian belakang". Aku kembali mengatur langkah. Di hujung terdapat pintu yang bertanda 'exit' di atas pintu tersebut.
Telingaku dapat menangkap derapan kaki seseorang di bahagian meja meja pekerja. Mataku liar mencari kelibat seseorang. Tiada langsung bayangan sesiapa.
"Kenapa Asy? Ada yang tak kena ke?" Aku menggeleng lalu tersenyum. Tak tahu lah Tan Sri Roslan nampak ke tidak senyuman fake aku ni.
"Arghh!! Asyraff...." Aku menoleh ke belakang. Tan Sri Roslan sudah terduduk di atas lantai. Aku segera mendapatkannya.
"Uncle? Kenapa ni? Uncle okay tak?" Aku mula gelisah. Mataku tertumpu pada lengannya. Terdapat peluru. Silence pistol.
"Bukan kami berdua saja berada di sini...ada lagi seorang". Mungkin dia memakai baju serba hitam untuk memudahkan pergerakan dia.
"Uncle tahan". Aku meletakkan lengan Tan Sri Roslan di leherku dan membantunya bangun. Kami menapak perlahan menuju ke pintu keluar. Pistol di tanganku erat dipegang. Bersedia jika dia ingin serang lagi.
Satu lagi peluru dilepaskan namun aku sempat menarik Tan Sri Roslan supaya menunduk. Aku menolak sebuah meja untuk menjadi penghadang. Kami bersembunyi di sebalik meja.
Sekali sekala aku mencuri lihat di sebalik meja. Tiada sesiapa. Licik. Bijak. Tapi siapa?
Seseorang berlari keluar dari sebuah bilik. Picu pistol ditarik dan sebutir peluru dilepaskan. Tepat pada sasaran. Dia terjatuh di atas lantai lantas aku segera mendapatkannya.
"Siapa kau?" Kakiku diletakkan di atas dadanya. Topeng muka dibuka. Seorang lelaki berbangsa cina. Dia sempat menembak pada bahuku dan menyepak tepat pada kelemahanku. Dia membuka langkah seribu.
"Asyraff!!" Terdengar jeritan Tan Sri Roslan. Ah Asy... Kenapa kau bodoh sangat pergi tinggal dia? Nasib baik terdapat stor berdekatan denganku. Aku membuka kembali bekalan elektrik yang sengaja diputuskan.
Cahaya kembali menerangi pejabat. Mataku membulat tatkala melihat keadaan sekeliling. Bersepah. Kaca pecah sana sini.
Uncle!
"Asyraff...sayang..."
Aku mengalih pandangan pada tuan suara itu. Dia berpakaian serba hitam. Wajahnya tak dapat aku lihat disebalik topeng yang dipakai. Dia mengacukan pistol dan pantas menembakku.
Seseorang telah melindungiku dari terkena tembakan. Dia rebah dalam pelukanku. Penembak tadi sudah melarikan diri.
"Uncle? Uncle!!"
"Jaga... Aien... Uncle... Sayang... Dia... " Matanya tertutup rapat dan nafas terakhir dihembus di pangkuanku.
"Uncle bangun!! Uncle!!" Air mataku laju mengalir.
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...