Bab 25

4.8K 291 0
                                    


Sudah hampir enam bulan Asyraff tidak sedarkan dirinya. Dua minggu aku tidak melawatnya dan hari ini aku pergi ke hospital. Doktor telah pindahkan dia ke wad biasa. Aku berasa sedikit lega. Keadaan Asyraff makin menunjukkan perubahan yang positif.

Kejadian dua bulan lepas di pantai itu masih segar dalam ingatanku. Sudah beberapa kali aku menyoal perkara yang sama pada Roy tetapi dia tidak mahu menjawab. Katanya tidak ada kena mengena dengan diri aku. Tetapi aku masih tidak berpuas hati.

Pintu wad dikuak perlahan lalu aku menapak masuk ke dalam. Kosong. Asyraff tiada di katil mahupun bilik air. Aku mula rasa tidak sedap hati. Seorang jururawat melangkah masuk ke dalam wad.

"Nurse, tumpang tanya. Mana pesakit ni pergi?"soalku mesra.

"Ouh.. Encik Asyraff dah daftar keluar". Aku tersentak. Daftar keluar?

"Bila?"

"Sebulan yang lepas".

Dah sebulan dia tiada di hospital. Maknanya dia larikan diri ke? Aku segera mendail nombor Roy. Beberapa saat kemudian panggilanku berjawab.

"Roy... Asyraff tak ada. Nurse cakap dia dah daftar keluar bulan lepas".

"Dah daftar keluar? Bulan lepas?! Ah Asy... Mana budak tu pergi? Haish..."

Perbualan kami terhenti. Aku masih menunggu cadangan dari Roy. Mungkin dia tahu tempat yang Asy selalu pergi.

"Macam ni.... Nanti aku beritahu yang lain. Kita cari dia. Kalau jumpa dia terus call aku or sesiapa je antara kami. Okay?"

"Okay". Panggilan dimatikan. Fikiranku buntu. Mana aku nak cari dia?

Jari jemariku laju menari di atas papan kekunci. Aku menghantar mesej pada Asyraff. Tiada sebarang balasan dari dia lantas aku terus menelefon dia. Tidak berangkat.

"Dia tukar nombor ke?"

Kenapa aku rasakan dia betul betul larikan diri jauh dari sini?

"Aien... Mana Asy?" Joe terus menyapaku. Aku sedikit terkejut dengan kedatangannya.

"Tak tahu. Dia tak ada. Nurse cakap dah sebulan dia keluar".jawabku. Aku meraup wajahku. Joe terdiam.

"Joe kau kan kawan rapat dia. Tak kan lah kau tak tahu mana dia selalu pergi". Aku mengharapkan jawapan yang positif dari Joe. Hanya dia saja yang paling rapat dengan Asyraff.

"Aku pun tak tahu. Dia sekarang macam jauhkan diri dia dari aku. Dia ada sakit apa apa ke? Mana tahu dia cuba sembunyikan penyakit dia ke apa. Tak nak risaukan orang sekeliling dia".

"Mana ada. Dia sihat je la. Sekarang mana nak cari dia?"

******

Asyraff POV

"Assalamualaikum, mama...papa... Anak mama dan papa datang lawat". Kedua batu nisan yang tertera nama papa dan mama aku pegang.

"Asyraff minta maaf sebab baru sekarang Asy datang lawat mama papa. Asy rindu mama papa". Air mata mula menitis. Aku kumpulkan segala kekuatan dalam diriku.

"Ma.... Terima kasih lahirkan anak mama ni. Asy sayang sangat dekat mama. Asy rindu nak peluk mama. Walaupun Asy tak dapat kasih sayang dari mama secukupnya, Asy tetap anggap mama...mama Asy". Mataku beralih pada kubur papa.

"Pa... Terima kasih sara hidup Asy. Asy sayang papa. Papa selalu pukul Asy... Layan Asy macam sampah... Tapi papa tetap...papa Asy". Senyuman terukir di bibir.

"Asy minta maaf sebab tak dapat selamatkan mama dan papa. Asy lemah. Asy takut dekat semua orang masa tu. Tapi sekarang... Asy dah kuat. Asy belajar semua ni dari mama dan papa. Asy akan balas. Asy akan tunaikan janji Asy pada mama dan papa yang Asy akan cari siapa yang bunuh papa dan mama".

"Asy pergi dulu. Ada masa Asy datang lawat lagi. Mama...papa... Tunggu Asy dekat sana. Asy nak jumpa mama papa. Asy akan pergi jauh. Jauh dari sini. Asy hanya akan bahayakan orang lain kalau Asy masih di sini. Asy harap mereka semua faham kehendak Asy".

Langkah berat diatur pergi. Tubuhku masih lemah. Aku berkeras mahu keluar dari hospital itu secepat mungkin.

"Asyraff! Tolong mama.... Mama sakit...!!"

"Asyraff!! Tolong selamatkan papa! Tolong papa... Asyraff..!!"

Genggaman dieratkan. Aku akan cari pembunuh tu.

BODYGUARDWhere stories live. Discover now