Pintu bilik Aien dikuak lalu aku menapak masuk ke dalam. Kerusi ditarik lantas aku melabuhkan punggung di meja. Telefon Aien diambil lalu aplikasi whatsapp dibuka. Aku tertarik pada satu mesej yang Aien hantar pada ayahnya. Aku segera membuka mesejnya.Ayah♥
Aien
Assalamualaikum ayah √ 3:00p.m.Ayah ooo ayah √3:00p.m.
Kan best kalau dpt bluetick dri ayh √3:01p.m.
Bila ayh nk blas? √3:01p.m.
Ya Allah rindunya pd ayh √3:01p.m.
Telefon Aien diletakkan di atas meja semula. Mesej yang Aien hantar baru sahaja dua hari lepas sedangkan ayahnya sudah meninggal sebulan yang lepas. Aku rasa serba salah sangat pada Aien. Kalau aku lindungi ayah dia pasti semua benda ni tak akan jadi.
Seseorang melangkah masuk ke dalam bilik lalu duduk di birai katil. Perasaan marahku mula membuak. Aku tidak memaling ke belakang.
"Aku tahu kau rasa serba salah lagi sebab ayah Aien meninggal. Perkara dah lepas Asy. Jangan difikirkan sangat. Lagipun ada perkara lebih penting sekarang. Nyawa Aien".
Aku sekadar mendengar kata katanya. Tidak memberi sebarang respon walaupun satu patah perkataan. Dia melepaskan keluhan berat.
"Aku tahu kau marahkan aku lagi. Tak apa. Memang patut pun. Aku yang salah sebab bunuh mak bapak kau. Tapi itu saja cara untuk aku tunaikan permintaan Aien".
"Aku buat semua benda tu sebab nak selamatkan kau dan temukan kau dengan Aien. Aku fikir aku salah orang tapi bila kau beritahu kau Asyraff Arfan yang dulu...memang aku gembira masa tu".
"Walaupun Aien amnesia tapi sekurang kurangnya orang yang dia sayang ada dengan dia setiap masa. Sebab itu abang aku ambil kau jadi bodyguard Aien. Dia dah kenal kau".
Dia mengehela nafas berat lalu menapak keluar dari bilik. Pintu ditutup rapat. Dia memang baik dengan aku walaupun aku tengking dia. Tapi kenapa aku benci dia sangat sekarang? Perkara tu dah lama berlaku. Mungkin aku tak boleh terima yang dia ialah pembunuh itu.
******
"Singapore?! Kenapa?! Uncle Jeff tahu tak pasal ni?! Kenapa aku kena ikut kau?! Aku baru keluar dari wad!" Aku segera menekup mulut Aien. Suara dia kalau menjerit satu Kuala Lumpur ni boleh dengar.
"Ikut je la. Barang kau semua aku dah tolong kemaskan".
Tolong kemaskan? Kejap. Maksudnya dia selongkar semua baju aku? Dan....korang faham sendiri lah. Desis hati Aien.
"Kau selongkar baju aku?!" Aien memeluk bagasinya erat lalu merenung tajam ke arahku.
"Tak payah nak malu la. Macam la aku tak biasa". Dulu aku selalu datang ke rumah Aien dan main dengannya. Bilik budak budak dah memang confirm bersepah macam tong pecah. Baju sana sini. Benda yang tak sepatutnya aku tengok pun ada. Jadi tak pelik lah kalau aku kemaskan baju Aien.
"Apa maksud kau dah biasa? Selama ni kau buat apa belakang aku hah?!"
"Jangan nak fikir ke laut". Kepala Aien ditunjal lalu aku menarik bagasiku dan menapak ke balai pelepasan.
******
Singapore Changi Airport
"Kita tidur mana ni? Aku penat la seharian duduk dalam kapal terbang tadi". Wajahnya kelihatan lesu. Macam penat sangat je minah ni. Lagipun bukan dia yang bawa kapal terbang tadi.
"Hotel dekat dekat sini je. Dah jom". Tangan Aien aku pegang risau kalau dia pengsan ke apa. Dah la ramai orang lalu lalang dekat sini. Nanti tak pasal pasal Aien yang kena pijak dek orang ramai kalau dia terbaring atas jalan ni.
"Kenapa kau selalu pakai sarung tangan hitam ni? Setiap hari kau pakai. Tak peluh ke tangan kau?"
"Aku dah biasa". Kami mengatur langkah ke hotel berhampiran dengan lapangan terbang. Setelah selesai daftar masuk kami ke bilik masing masing. Bilik kami hanya berhadapan. Jadi senang kalau apa apa berlaku boleh jerit je terus.
Bagasi diletakkan di sebelah katil. Punggung dilabuhkan di atas birai katil. Telefonku dibawa keluar. Sim card dibawa keluar dan diletakkan dengan yang baru. Aku tak nak sesiapa cari aku dekat sini. Ya. Aku keluar rumah tanpa pengetahuan sesiapa.
Biarlah mereka bertiga saja yang tunggu keputusan dari Abang Jeff. Aku rela pergi sendiri. Senjata? Jangan risau. Abang Jeff ada anak buah dia dekat sini. Nama dia Naz, pembekal senjata untuk kami.
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...