Someone POV
Mask ditarik ke atas sedikit. Earphone dimasukkan ke telinga. Butang 'play' ditekan lantas lagu dimainkan bagi menghilangkan rasa bosan. Jam tangan ditilik. Jarum jam menunjukkan pukul 10:05 malam. Peluru dimasukkan ke dalam pistol.
Silence pistol.
Peluru sudah sedia. Jari jemariku bermain main di picu pistol. Seorang lelaki berbadan tegap keluar dari dalam perut keretanya yang berwarna merah. Keadaan di sekeliling sunyi. Tiada sesiapa yang lalu lalang di sekitar kawasan ni.
"Pandai pilih kawasan persembunyian".
Cebisan roti yang terakhir aku masukkan ke dalam mulut. Lelaki berbadan tegap itu sedang berbual dengan seorang perempuan.
"Perempuan itu pasti orang atasan dia".
Aku peduli apa. Perempuan ke lelaki ke aku akan pastikan dia mati juga. Jariku sudah bersedia di picu pistol. Kepala lelaki berbadan tegap itu menjadi sasaran utamaku sekarang.
Ada dua kemungkinan akan berlaku. Kalau tembakan dilepaskan, lelaki itu akan mati dan perempuan itu melarikan diri lalu memanggil konco konconya yang lain. Kedua, kalau aku tembak lelaki itu mati dan perempuan itu mungkin akan balas serangan.
Belum cuba belum tahu.
Sebutir peluru dilepaskan dan tekaan aku tepat sekali. Lelaki itu sudah rebah ke tanah. Perempuan itu mula gelisah. Timbunan kotak menjadi tempat perlindunganku. Tambahan dengan aku memakai baju berwarna hitam dari atas hingga bawah. Jadi dia tak akan dapat kesan aku.
Aku memandang perempuan tadi. Dia mengacukan pistol di merata tempat sambil menelefon seseorang. Aku dah agak. Confirm dia akan panggil konco konco dia. Senyuman terukir di sebalik mask.
Aku mengalih pandangan ke hadapan. Secara automatik tubuhku menjadi kaku. Seekor anjing yang agak besar merenung tajam ke arahku.
"Damn!"
Perlahan lahan aku cuba melarikan diri daripada anjing besar itu. Anjing itu memandangku yang sedang tergerak gerak. Anjing itu menghampiriku. Antara banyak haiwan kenapa anjing juga ada dekat sini? Ya, aku penakut akan anjing. Aku tak pernah cuba jadi berani bila berhadapan dengan anjing.
Sekali sekala aku memandang perempuan tadi. Dia masih berkeliaran di situ. Aku perlu lari ke keretaku dengan senyap. Dengan kiraan...
1......2.....3.....
Aku membuka langkah seribu. Anjing itu berlari mengejarku sambil menyalak dengan kuat. Aku mendengus geram.
"Kalau ya pun nak kejar jangan la menyalak!"
Gila punya anjing. Boleh senyap tak? Cukup la buat publisiti murahan dekat sini. Tiada siapa pun yang nak tengok kau.
Aku segera memanjat atas atap sebuah kereta buruk. Anjing tadi berhenti berlari. Pistol dikeluarkan lalu aku menembak pada jalan. Anjing itu mula lari berkeliaran.
"Settle".
Aku melompat turun ke bawah. Kalau bukan pasal anjing tadi, perempuan tu dah mampus sepatutnya. Arghhh... Rancangan aku gagal. Tapi lelaki tu dah mati.
"Sekarang kita dah maju setapak".
******
Aku menapak keluar dari dalam perut kereta. Langkahku diatur perlahan masuk ke dalam sebuah rumah banglo. Sepi. Tiada sesiapa ke?
Aku kembali mengatur langkah ke bilikku. Tubuhku dihempaskan ke atas katil. Segala otot diregangkan. Mask ditanggalkan dan dicampak ke atas meja.
Baju ditubuhku ditanggalkan lalu dicampak masuk ke dalam bakul. Mana manusia dalam rumah ni?
"Harap dia basuh baju tu". Dah dua hari aku pakai baju tu. Kesan darah, peluh, lumpur, air...semua ada pada baju tu. Aku terus bersihkan diri.
Langkah diatur turun ke bawah. Sunyi je. Di bilik mereka langsung tiada sesiapa. Dapur. Ruang tamu. Bilik mesyuarat. Bilik senjata. Bilik air. Kolam renang. Belakang rumah. Stor. Gym. Kosong.
Enjin kereta dihidupkan. Kereta meluncur laju keluar dari halaman rumah. Beberapa minit kemudian aku tiba di sebuah rumah agam. Kereta diberhentikan di hadapan rumah itu. Aku menapak keluar dari dalam perut kereta dan masuk ke dalam rumah itu.
Tiada sesiapa. Seriously mana semua orang pergi?! Aku menapak ke dapur. Entah kenapa aku buang tabiat masuk dapur rumah orang.
"Papa! Aien dah balik! Sedapnya bau...papa masak apa tu?" Kedengaran suara di ruang tamu.
"Papa....." Aku memaling ke belakang lalu mengukir senyuman di bibir.
"Aku dah balik".
"Asyraff....". Aien membalas senyumanku.
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...