"Asy siap". Aku mengangguk faham. Mask ditarik menutup separuh daripada wajahku. Aku dan Zim menapak keluar dari dalam perut kereta. Rumah agam milik Tuan Fairuz menjadi sasaran kami.Roy ada beritahu yang Leo dan Tuan Fairuz tidak pergi ke China kerana penerbangan mereka ditunda. Nasib menyebelahi kami. Tak payah nak pergi ikut mereka hingga ke China.
Roy hanya tunggu di dalam kereta untuk memberi arahan pada aku dan Zim. Abang Jeff tidak turut serta sebab nak jaga Aien di rumah. Keadaan Aien makin terus. Lagi tujuh puluh dua jam nyawa Aien akan melayang.
"Okay Asy ada dua orang pengawal ronda kawasan depan dan belakang rumah. Mereka berdua bersenjata. Selesaikan mereka dulu". Arahan diterima. Zim mendahului dan bersedia di sebalik pondok. Pistol di tangan sudah bersedia.
"Zim aku pergi belakang. Kau cover dekat bahagian depan".
"Okay roger". Aku mengatur langkah perlahan ke bahagian belakang rumah. Seorang pengawal memegang senapang di tangannya. Dia meronda di bahagian semak dan pasu bunga yang tersusun berupa taman.
"Asy bahagian depan dah clear". Cepat betul Zim lakukan kerja dia. Batang penyapu berhampiranku dicapai dan aku menapak perlahan lahan mendekati pengawal itu. Penyapu dihayun dan kena pada tengkuk pengawal itu. Aku mengeluarkan pistol lalu menembak kepala pengawal itu.
"Okay Zim bahagian belakang clear". Zim menerima mesej dariku melalui mikrofon kecil. Dia mengatur langkah mendapatkanku.
"Kita masuk ikut belakang. Pintu dapur tak berkunci. Roy dah periksa cctv tadi". Aku menurut. Pintu dikuak perlahan. Keadaan di dapur gelap gelita. Kami melangkah masuk ke dalam.
"Rumah ni ada dua tingkat. Leo dan Tuan Fairuz berada di tingkat kedua. Orang kuatnya berada di tingkat satu dan persekitaran ruang tamu". Roy melapor masuk.
"Aku gerak dulu". Zim mengatur langkah ke bahagian ruang ramu. Mataku meliar melihat keadaan di sekelilingku. Terdapat seseorang berada di dalam tandas.
Aku menapak perlahan lahan ke arah tandas itu. Lelaki itu melangkah keluar dari dalam tandas lantas aku menolak tubuhnya ke dinding dalam tandas. Dia meronta ronta. Mulutnya ditekup.
Terdapat sebaldi yang penuh dengan air. Aku mendapat akal lalu menarik rambut lelaki itu dan masukkan ke dalam baldi yang penuh dengan air itu. Aku menekan kuat kepalanya ke dalam baldi itu. Beberapa minit kemudian badannya terkulai.
"Mana kau? Line bawah dah clear". Zim tercari cari kelibatku di ruang tamu. Aku segera mendapatkannya.
"Tuan Fairuz turun ke tingkat satu bersama seorang bodyguardnya. Dia ke bilik tidurnya". Lapor Roy. Kami berdua menaiki tangga ke tingkat satu. Terdapat beberapa bilik di tingkat itu.
"Woi siapa tu?!" Tanpa teragak agak Zim terus melepaskan tembakan tepat pada dada lelaki itu. Dia rebah ke atas lantai. Bodyguard Tuan Fairuz telah mati. Bunyi tembakan dari pistol Zim tadi telah mendatangkan kekecohan di dalam rumah. Tuan Fairuz keluar dari biliknya dan mengacu pistol pada kami berdua.
"Oh korang. Baru datang?" Tuan Fairuz menarik senyuman sinisnya. Beberapa orang lelaki mula muncul dan mengepung aku dan Zim.
"Nak lari mana?" Tuan Fairuz tergelak kecil.
Tiba tiba seorang lelaki rebah ke atas lantai lantas kami menoleh ke belakang. Roy mengangkat keningnya sebelah. Aku dan Zim menarik senyuman. Lega Roy datang menjadi penyelamat.
Peperangan antara kami bermula. Aku terus menyerang Tuan Fairuz atas arahan Zim. Pergelutan antara kami amat sengit. Walaupun dia sudah berusia tetapi kemahiran seni pertahankan dirinya amat kuat.
Tuan Fairuz sempat mencapi pisau berhampirannya. Tumbukan demi tumbukan diberikan. Mata pisau yang tajam itj tertoreh pada lenganku. Aku menahan pedih.
Tuan Fairuz melihatku semakin lemah lantas dia terus menendang perutku. Aku terdorong ke belakang dan terkena pada almari. Tendengan Tuan Fairuz yang kuat membuatkan aku terbatuk darah. Dia merapatiku. Pandanganku mula kabur.
Roy sempat melepaskan tembakan tepat pada kepala Tuan Fairuz. Tuan Fairuz rebah ke atas lantai bersama lumuran darah. Kedengaran tembakan di luar bilik. Aku menapak ke luar bilik dan tersentak bila melihat tubuh Zim dan Roy terbaring di atas lantai bersama darah pekat yang mengalir.
Tiba tiba tubuhku dihentak sesuatu yang keras lalu aku rebah. Pandanganku mula gelap.
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...