Bab 7

8.4K 484 22
                                    


Aku melangkah keluar dari dalam perut kereta. Aku berlari anak masuk ke dalam hospital. Kelihatan Mama Sally bersama yang lain duduk di hadapan wad. Aku menghampiri mereka. Wajah masing masing kelihatan tenang saja seperti tiada apa yang berlaku.

"Mana papa?"soalku pada Mama Sally tapi dia tidak melayanku. Dia sibuk menatap Iphone6 pemberian papa.

"Mana papa?" Aku merampas Iphone6 dari tangan Mama Sally. Dia merengus geram lalu mengambil semula Iphone6nya dariku.

"Kau jangan kurang ajar la budak! Bapak kau dah mati! Tunggu je la dia masuk kubur nanti!" Badanku ditolak kasar ke dinding.

Kenapa dengan Mama Sally tu? Bukan ke dia sayangkan papa? Kenapa dia cakap macam tu? Dia berkahwin dengan papa hanya mahukan harta papa ke?

Ah semua perempuan sama. Mata duitan.

Pintu wad dikuak. Doktor menapak keluar dari dalam. Dari reaksi wajah doktor itu aku dapat rasakan ada berita buruk yang akan disampaikan. Mama Sally mendapatkan doktor itu.

"Macam mana keadaan suami saya doktor?" Wajah Mama Sally kelihatan risau. Acah lebih. Padahal dalam hati dah tak sabar nak kaut harta papa.

"Saya harap puan bersabar. Takdir dah menentukan segalanya. Pihak hospital tak dapat nak selamatkan suami puan".

Berderai air mata Mama Sally dan anaknya. Aku hanya melihat lakonan mereka semua. Sangat hebat. Air mata aku dah kering. Setitik air mata pun tak keluar. Aku dan papa tak rapat mana. Aku lebih pada arwah mama.

Papa meninggal sebab kemalangan jalan raya. Aku tak rasa kemalangan ni kebetulan. Ianya dirancang oleh seseorang yang berdendam dengan papa. Seolah olah dia berdendam dengan keluarga aku. Mungkin selepas ini aku akan jadi mangsanya.

Persoalannya sekarang siapa yang rancang semua benda ni?

******

Aku berdiri di bawah sebatang pokok sambil berpeluk tubuh. Orang ramai sibuk menguruskan jenazah papa. Arwah papa dikebumikan di sebelah kubur arwah mama. Mataku meliar memerhati kelibat keluarga Mama Sally.
Kelihatan mereka semua sibuk membazirkan air mata mereka. Air mata palsu. Tak sangka busuk sungguh hati diorang semua. Mama Sally beruntung dapat berkahwin dengan papa walaupun sekejap. Papa ada segalanya.
Mataku tertangkap pada sesusuk tubuh seorang perempuan. Dia memakai baju hoodie dan menutup kepalanya dengan hoodie. Aku tak dapat nak tahu siapa dia. Aku dapat rasakan ada sesuatu pada dia. Tak pernah pula aku nampak dia sebelum ni.

"Kenapa aku rasakan perempuan tu macam dah lama aku kenal?"

Aien? Tak mungkin dia datang ke sini semula. Dia dah lupa aku. Perempuan itu bersandar di sebatang pokok. Dia merenung jenazah papaku dikebumikan. Kenapa dengan dia?

"Asy?" Bahuku disentuh. Aku tersentak. Joe rupanya. Aku menarik senyuman pahit.

"Aku harap kau tabah Asy. Setiap perkara yang berlaku ada hikmah. Aku tahu kau kuat". Joe memberi kata kata semangat padaku. Aku menghela nafas panjang.

"Aku harap kau maafkan la semua kesalahan arwah mama dan papa kau sebelum ni. Jangan berdendam".

"Aku tak pernah berdendam dengan mama papa aku Joe. Aku dah maafkan diorang".

"Bagus la. Ni ada surat dari siapa entah". Sekeping sampul dihulurkan padaku. Sampul bertukar tangan. Aku memandang perempuan tadi tapi dia dah hilang.

"Aku balik dulu". Joe menapak meninggalkanku.

Aku membelek belek sampul surat itu. Tiada nama pengantar. Sampul itu dibuka. Isi surat itu aku baca.

SUATU HARI NANTI KAU AKAN TAHU SIAPA AKU.

Dahiku berkerut seribu. Pelbagaj persoalan yang timbul di fikiranku. Perempuan tadi ke yang hantar surat ni pada aku? Tak. Aku tak kenal dia dan dia tak kenal aku. Tak mungkin dia.

Aku menyimpan surat ke dalam poket seluarku. Langkah diatur pulang ke rumah.

"Asyraff Arfan?" Langkahku terhenti.

"Siapa kau?" Aku tidak memandangnya. Dia merapati tubuhku. Aku tidak bergerak.

"Ikut aku".

"Wait...aku tak kenal kau. Siapa kau?!"

Dia mendengus geram. Sapu tangan ditekup ke hidungku. Pandanganku kabur lalu dunia menjadi gelap.

BODYGUARDWhere stories live. Discover now