Angin malam di pantai menyejukkan tubuhku. Hoodie di kepalaku terjatuh dek kerana angin yang agak kuat. Aku duduk berseorangan di atas batu yang agak besar. Sekali sekala aku melihat pasangan kekasih berpelukan di tepi pantai. Itu menjadi perkara biasa kerana di pantai sahaja mereka dapat berasmara begitu.Pedulikan mereka. Pandanganku dialihkan pada ombak dan bintang di langit. Mataku perlahan lahan ditutup rapat dan nafas dalam dihela.
"Kenapa banyak perkara buruk berlaku pada diri aku? Kenapa aku perlu terlibat dalam pembunuhan ni semua? Tapi bila difkirkan balik....kalau aku tidak setuju untuk tinggal dan bekerja bersama Abang Jeff, aku tidak dapat berjumpa dengan Aien".
Mataku dibuka semula. Wajah Aien di hadapanku. Aku sedikit terkejut kerana tiba tiba saja Aien di hadapanku. Aku tidak bermimpi ke?
Perlahan lahan tangan Aien mengusap perlahan pipiku. Aku seakan akan dibuai mimpi. Saat tanganku ingin menyentuh tangannya, bayangan Aien mula hilang. Nampaknya aku berkhayal lagi.
Badanku dibawa ke apartment. Langkah diatur naik ke tingkat 12. Langkahku terhenti di rumah sebelahku. Hatiku kuat mengatakan rumah ini merupakan kenalan rapat aku tapi siapa. Aku membuka pintu rumah itu tanpa teragak agak.
Terdapat sesusuk tubuh seorang perempuan di balkoni. Langsung tidak bergerak. Aku merapati tubuh itu. Tanganku menyentuh bahunya lalu dia meronta ronta dan menjerit.
"Lepaskan aku! Aku tak nak! Lepas la!" Dia meronta ronta dan menolak kasar tubuhku. Aku memegang kedua belah tangannya dengan kuat. Wajahnya aku pandang. Aku tersentak.
"Aien! Ni aku... Asy!" Aien tetap meronta dan bertindak kasar.
"Lepaskan aku!" Aku terus menarik Aien ke dalam pelukanku. Kalau aku tidak berbuat macam tu, Aien akan jatuh dan terhentak di pasu bunga.
"Shhh.. Ni aku Asy. Kau selamat. Aku ada dengan kau". Aien kelihatan makin tenang. Air matanya deras mengalir. Kami duduk di lantai. Aien masih tidak berhenti menangis.
"Asy... Aku takut....".
"Tak ada apa. Kau selamat". Tidak lama kemudian, Aien terlelap di dadaku. Aku mula tidak sedarkan diri.
Sinaran matahari mula menyinar. Perlahan lahan aku membuka mataku. Cahaya matahari berlumba lumba masuk ke dalam mataku. Aku di mana? Atas lantai? Balkoni?
Oh ya. Baru aku ingat. Semalam aku tertidur di sini sebab pujuk Aien. Dan mana Aien?
Aku bangun dan mencari Aien di sekeliling rumah termasuk di dalam bilik tidurnya. Seluruh rumah kosong dam ditinggalkan tidak berkunci. Aku segera ke rumahku dan bersiap.
Langkah diatur turun ke bawah. Puas aku mencari kelibat Aien namun hampa. Baju dan barangnya masih ada di dalam rumah. Dia masih berada di sekitar ini. Tapi mana aku nak cari dia?
Sebuah kereta berwarna merah berlalu dari tempat parking kereta. Kereta itu macam pernah nampak. Tak lain tak bukan Sam. Apa dia buat di sini? Dia ekori aku ke?
Langkahku disegerakan. Aku menapak ke arah keretaku. Enjin kereta dihidupkan dan aku mengikut Sam. Jarak antara aku dan Sam hanya selang dua buah kereta. Aku pun dah tukar kereta jadi dia tak akan kesan aku.
Kenapa aku ikut dia? Mungkin dia akan pergi ke tempat persembunyian Tuan Fairuz? Maybe.
Sam memandu lebih laju. Dia dah sedar ke aku ikut dia dari belakang? Aku menekan pedal minyak dan memandu dengan fokus. Firasat aku kuat mengatakan bukan dia seorang di dalam kereta itu tetapi dua orang. Ada seseorang di dalam kereta itu selain dia.
Telefon bimbitku berdering lantas aku segera menjawab panggilan tanpa melihat nama si pemanggil.
"Kerja aku makin senang. Dapat dua orang target dalam satu masa. Thanks Asyraff".
Talian terputus. Sam? Macam mana dia dapat nombor aku dan apa maksud dua orang target dalam satu masa? Wait...
Aien! Orang tu ialah Aien. Yes. Dia dah culik Aien dan sekarang dia umpan aku. Aku perlu hentikan kerja dia sebelum tiba di tempat persembunyiannya. Kereta dipandu makin laju. Pistol di tangan sudah bersedia. Kini kereta kami bergerak beriringan.
Cermin kereta di sebelah tempat pemandu aku turunkan lalu melepaskan satu tembakan pada tayar kereta Sam. Tepat. Keretanya hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan.
Sam melepaskan dua tembakan dan tepat pada kedua belah tayar belakang keretaku. Tiba tiba sahaja keretaku hilang kawalan dan brek tidak dapat berfungsi dengan baik. Keretaku mula masuk ke lorong sebelah. Sebuah lori menuju ke arahku.
Tidak sempat aku mengelak, keretaku diseret ke bahu jalan dan keretaku jatuh bergolek di juram hutan tebal. Telingaku sempat mendengar jeritan seseorang memanggil namaku.
"Asyraff! Asyraff!"
"A... Ai... Aien...."
Aku menghembuskan nafas lemah dan dunia menjadi gelap.
![](https://img.wattpad.com/cover/97967887-288-k692499.jpg)
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...