Bab 20

5.7K 312 0
                                    


Tubuhku direbahkan ke atas sofa. Mataku cuba dipejamkan. Nafas panjang dihela. Pergaduhan aku dan Aien masih terngiang ngiang dalam ingatanku. Kenapa aku boleh bergaduh dengan dia sampai macam tu sekali? Baru berjumpa dah renggang semula.

"Asyraff.... Asyrafff... Asyraffff!!..." Berkali kali namaku dipanggil dari atas. Aku tidak menyahut panggilan itu. Bukan tak dengar tapi aku tengah serabut sekarang.

"Woi! Boleh pula awak baring dekat sini. Penat saya panggil dari atas. Terjerit jerit macam orang gila".bebel Arul sebaik tiba di sofa di mana tempat aku sedang baring. Mataku dibuka sebelah. Keningku diangkat.

"Fikir comel lah buat muka macam tu? Dah Jeff panggil. Ada meeting tergempar dekat atas". Aku mengeluh berat. Kenapa masa macam ni juga dia nak buat meeting bagai?

"Dukung?" Kedua belah tanganku diangkat. Arul menjelir lidahnya padaku. Eh anjing ni.

Langkahku diatur ke bilik mesyuarat. Semua sudah duduk di meja. Arul mengambil tempat di sebelah Zim manakala aku duduk bersebelahan dengan Roy. Baruku sedar dia dah pulang ke Malaysia.

Aku dan Roy tidak bertegur. Malah dia langsung tak pandang wajah aku! Teruk sangat marah dia pada aku. Salah aku juga sebab melawan cakap dia. Ini lah padahnya!

"Abang Jeff sorry...."

"Tak apa Asy. Aku tahu target kita terlepas....bukan terlepas sebenarnya tapi kau yang lepaskan dia. Tapi tak apa lah. Yang penting kau dan Aien selamat". Aku menghela nafas lega.

Wait.... Dia tahu yang aku larikan diri? Dia ada pasang cctv ke apa dekat badan aku? Semua gerak geri aku dia tahu. Maknanya dia tahu lah yang aku bertengkar dengan Aien dalam kereta?

"Dah jangan nak berangan jauh sangat". Lamunanku terhenti. Aku kembali fokus pada Abang Jeff.

"Hari ni aku ajak korang berkumpul sebab aku nak korang selesaikan Tuan Fairuz. Roy beri keterangan". Roy memaling menghadap kami semua. Saat matanya memandangku aku menarik senyuman nipis. Dia tidak membalas.

"Bulan lepas aku dah siasat kenalan Tuan Fairuz di Singapura. Nama dia Leo. Sudah lama dia dan Tuan Fairuz bekerjasama. Leo ada pengaruh besar di Singapura. Dia abang besar di situ. Aku dapat tahu yang Leo akan datang ke Malaysia lagi dua bulan untuk buat mesyuarat besar bersama Tuan Fairuz dan yang lain".

"Berita yang lebih buruk, pasal Tuan Fairuz hampir kena tembak tu....Leo dah dapat tahu siapa penembaknya. Asy kau dalam bahaya sekarang". Dia memandang tepat ke arahku dengan berwajah serius.

"Macam mana dia tahu?"sampuk Arul.

"Tuan Fairuz yang minta Leo tolong selidik pasal benda tu. Polis tak dapat bantu apa jadi Tuan Fairuz fed up dan terus minta bantuan Leo. Leo pakar dalam bab komputer jadi dia dapat kesan penembak tu".

Aku tergamam. Sekarang apa yang patut aku buat? Lari? Serah diri? Serang mereka? Bunuh diri? Ah serabutnya.

"Thanks Roy. Jadi sekarang kita perlu berhati hati. Zim aku nak kau kawal di lapangan terbang. Beri maklumat kalau Leo dah tiba di Malaysia. Roy selidik pasal Leo dan konco konco dia. Arul aku nak kau siapkan senjata dan plan untuk misi ni".

Mana nama aku? Apa tugas aku? Jadi tunggul sepenuh masa?

"Asy? Apa patut dia buat Jeff?" Soal Roy pada Abang Jeff.

"Memandangkan kau jadi sasaran mereka...aku nak buat masa ni kau cari tempat yang sesuai untuk kau bersembunyi".

"Bersembunyi?! Kenapa tak beri Asy peluang untuk jalankan misi?! Nampak sangat Asy lemah! Kenapa Asy perlu lari?! Cukup lah mama papa Asy pergi sebab kena bunuh! Asy tak nak jadi Asy yang dulu!" Sejak bila aku tak pandai nak kawal emosi ni? Hormon tak stabil ke apa?

"Asy dengar dulu". Roy menenangkanku.

"Aku bukan tak nak kau turut serta dalam misi ni. Dalam plan asal, kau memang turut serta tapi bila aku dapat tahu kau target utama diorang, aku batalkan plan yang tu. Jadi Asy, tolong patuh. Aku tak nak kau jadi korban".

Aku menghela nafas panjang. Langkahku diatur ke luar dari bilik lalu aku menuju ke bilikku. Pintu bilik dihempas dengan kuat.

Asy sejak bila kau jadi macam ni? Aku lepaskan marah aku dekat semua orang termasuk Aien. Aku tak patut buat macam tu.

BODYGUARDWhere stories live. Discover now