Bab 8

8.4K 501 4
                                    


Kepalaku terasa amat berat. Perlahan lahan aku membuka mataku. Cahaya lampu menerangi keadaan di dalam bilik. Aku dekat mana? Aku kena culik ke? Tanganku dapat digerakkan. Aku tak kena ikat. Selalunya main culik culik ni tangan,kaki,mulut habis semua dia nak ikat. Tapi kali ini tak.

Aku cuba bangun dan menapak ke arah pintu. Pintu bilik dikuak sedikit. Terdapat empat orang lelaki di ruang tamu. Aku mencuri dengar perbualan mereka.

"Jeff, duit dah sampai".kata seorang lelaki berbaju biru gelap bersama beg di tangannya.

"Cukup tak?"tanya lelaki yang berkepala botak itu. Aku yakin itu lah bos kepada mereka semua.

"Lebih dari cukup". Lelaki yang bernama Jeff itu menarik senyuman kecil.

"Keluar je lah budak. Aku tahu kau curi dengar apa yang kitaorang cakap. Jangan nak main sorok sorok". Aku tersentak dengan kata katanya. Macam mana dia tahu aku di sebalik pintu ni?

Langkahku diatur perlahan lahan ke arah mereka. Aku mengambil langkah berjaga jaga. Aku takut kalau mereka apa apakan aku. Bukan boleh percaya sangat manusia zaman sekarang.

"Kau baru balik beraya ke? Banyak duit raya dapat?" Mereka tergelak bila mendengar kata kata Jeff.

Ya,aku masih berpakaian seperti semalam. Masih berbaju melayu hitam.
Aku tidak membuka mulut. Lelaki itu merapati tubuhku.

"Siapa korang semua? Kenapa culik aku? Aku dekat mana sekarang?" Bertubi tubi soalan keluar dari mulutku. Jeff memeluk bahuku.

"Asy.... Asy... Besar dah kau. Papa dan mama kau tak cerita sesuatu ke pada kau?"

Cerita sesuatu? Cerita apa? Macam mana dia tahu nama aku dan macam mana dia kenal papa dan mama aku? Siapa dia ni sebenarnya?

"Tak".

"So sekarang bed time story guys. Sebenarnya semasa kau umur sembilan tahun mama dan papa kau setuju nak jualkan kau pada aku. Diorang dah tak tahan ada anak macam kau. Mula mula mama kau nak gugurkan kau je tapi disebabkan nenek kesayangan kau tu tak beri so tak jadi la".

"Aku dan papa kau kawan lama dulu. Dia tahu aku buat kerja jahat ni. Jadi dia nak jual kau pada aku untuk dijadikan anak buah aku. Aku setuju je. Tapi aku letak syarat lah. Lepas umur kau dah naik sekolah menengah baru lah aku ambil kau".

"Gila apa kan nak ambil budak sembilan tahun jadi anak buah aku. Mati saja kau masa tu. Mujur otak aku cerdik masa tu".

Papa dan mama jual aku? Jual anak kandung mereka sendiri? Apa ingat aku ni barang ke apa sesuka hati nak jual sana sini? Harga diri aku dah jatuh.

"So sekarang kau kerja dengan aku. Buat permulaan ni kau buat latihan asas je dulu".

"Kerja apa?"

"Esok kau akan tahu. Ouh lupa nak cakap. Kau boleh panggil aku Abang Jeff".

Aku melihat muka masing masing seperti orang baik. Tapi kenapa diorang buat kerja macam orang jahat?

******

"Bangun! Bangun! Rumah terbakar wey!" Aku terdengar jeritan di luar bilikku lantas aku segera bangun. Tiada asap hitam. Ah kena tipu.

Aku terus bersiap. Abang Jeff sudah bersiap di gelanggang belakang rumah. Aku menjadi jakun bila menapak masuk ke dalam gelanggang.

"Jangan ternganga luas sangat". Aku mengalih pandanganku pada Abang Jeff. Dia menghulurkan sepucuk pistol kepadaku. Mataku membulat.

"Pis...pistol?"

"Ya la. Habis tu kau nampak apa? Anak kambing?" Hah dia buat lawak pula dah.

"Nak buat apa dengan pistol ni?"

"Latihan la". Dahiku berkerut. Aku masih tak dapat tangkap apa yang Abang Jeff cuba sampaikan.

"Tapi kerja apa sebenarnya Abang Jeff nak Asy buat?"

"Pembunuh upahan".

BODYGUARDWhere stories live. Discover now