Bab 17

7.2K 370 3
                                    


Angin pagi menerpa pada tubuhku. Hoodie di kepala dibetulkan. Hari masih awal. Kabus mengelilingi taman. Penglihatanku agak terhalang disebabkan kabus pagi. Aku keluar terlalu awal. Jam ditilik. 6:45 pagi.

"Asyraff!" Langkahku terhenti. Siapa panggil aku? Segera aku menoleh ke belakang. Joe berlari anak mendapatkanku. Kawan baik dari bangku sekolah hingga sekarang. Senyuman terukir di bibir di sebalik mask.

Joe memeluk tubuhku erat. Aku tidak membalas pelukannya. Joe memang ibarat abang kepadaku. Walaupun umur kami sama tapi dia jaga aku seperti adiknya sendiri. Setiap kali aku hilang, dia pasti risau dan akan mencariku hingga jumpa.

"Aku dengar kau masuk hospital. Aku minta maaf sangat sebab tak dapat nak lawat kau". Joe berasa sangat bersalah terhadapku. Mask ditanggalkan lalu di simpan ke dalam poket baju hoodieku.

"Tak perlu minta maaf. Ada ramai lagi orang yang boleh tengokkan aku dekat hospital tu. Doktor ada nurse ada. Jangan risau sangat lah fasal aku".

"Bila aku dengar kau masuk hospital,aku dah mula fikir bukan bukan. Aku tak tenang gila masa tu. Aku fikir kau...."

Kedua belah bahu Joe aku pegang. Aku tahu ayat seterusnya yang dia hendak katakan padaku.

"Aku okay lah. Kau ni risau sangat. Ni kau buat apa pagi buta dekat sini. Tak kerja ke?" Aku menukar topik perbualan kami.

"Saja joging pagi buta macam ni. Aku cuti hari ni. Demam".

"Demam pun joging juga?" Aku tergelak kecil.

"Apa kau ingat orang demam ni tidur je kerja? Kena lah keluar juga. Baru sihat".

"Ye la". Keadaan kembali sepi. Kami berjalan beriringan keliling taman. Sudah lama kami tidak meluangkan masa bersama. Walaupun kami berkawan baik, aku masih tidak beritahu rahsia besar tentang diriku. Rahsia tentang aku seorang pembunuh upahan.

"Kau ada baca berita fasal kes yang seorang pengarah syarikat hampir ditembak di hotel". Aku tersentak bila mendengarnya tapi aku pura pura tidak tahu.

"Tak. Kenapa?" Maaf Joe. Aku terpaksa tipu kau.

"Suspek tersasar tembak. Kitaorang dah siasat tentang kes tu. Suspek gunakan sniper jarak jauh untuk menembak mangsa. Bahaya betul zaman sekarang. Aku stress sebab tak selesai lagi kes tu. Tuan Fairuz nak juga tahu siapa yang nak tembak dia hari tu".

"Kalau kau nak tahu...pembunuh tu ada depan kau je Joe. Kau kawan dengan seorang pembunuh. Aku minta maaf sebab rahsiakan semua benda ni dari kau. Aku akan serah diri tapi bukan masa ni".

"Kau termenung apa?" Lamunanku terhenti.

"Tak ada apa lah. Aku balik dulu. Ada kerja sikit. Nanti kita lepak lagi". Kami berjabat tangan lalu aku menapak pergi meninggalkan Joe.

Pintu kereta dibuka lantas aku masuk ke dalam perut kereta. Mataku dipejam rapat.

Kenapa semua benda ni berlaku pada aku? Aku tak jaga Aien. Aku tipu Joe. Arghh!!

Handphone di dalam poket dikeluarkan. Aplikasi whatsapp dibuka. Jari jemariku teragak agak hendak menghantar mesej pada Aien. Dia online.

Lupakan. Aku mencampak handphone di sit sebelah. Dia langsung tak tegur aku. Abang Jeff memang kejam. Kenapa dia buat macam ni?

******

Aien POV

"Dia online tapi dia tak tegur aku. Kenapa Uncle Jeff tak beri aku jumpa Asy? Aku rasa serba salah sangat sebab tak lawat dia semasa dia di hospital. Asy...aku rindu kau".

"Jauh termenung. Dah sampai mana?" Aku menoleh. Ayah melabuhkan punggung di sebelahku. Aku mengukir senyuman pahit.

"Mana ada lah". Aku cuba berdalih.

"Jangan nak tipu lah. Ayah kenal anak ayah ni macam mana. Aien ada masalah ye?"

Sejak arwah umi meninggal, ayah saja yang menjadi peneman aku. Pendengar setia masalah aku. Aku hanya membesar dengan kasih sayang seorang ayah.

"Aien tak ada masalah. Aien penat hari ni".

"Ya lah tu. Ke Aien rindu bodyguard kesayangan Aien tu?"usik ayah. Aku memukul perlahan lengan ayah.

"Mana ada lah. Tak ada masa Aien nak rindu dia". Aku memang penipu sejati. Perasaan ni terpaksa aku sorokkan. Tapi sampai bila?

"Ingat ayah tak tahu yang Aien dengan Asy ada hubungan? Ayah tengok si Asyraff tu baik je budaknya. Memang tak sia sia ayah ambil dia jadi bodyguard Aien".

Wait... Aku? Asyraff? Ada hubungan? Ayah memang pandai berlawak.

"Memandai je lah ayah ni. Kitaorang kawan je la. Ya lah kan selama ni Aien mana ada kawan. Duduk dekat rumah ni sorang sorang. Dekat universiti pun Aien tak bergaul dengan orang. Bila Asy ada ni Aien jadi selesa dengan dia. Salah ke Aien nak rapat dengan dia? Tak kan lah dengan bodyguard sendiri pun ayah tak beri juga?"

Ayah tergelak kecil. Eh gelak pula.

"Ayah tak halang pun. Lagipun Asy yang jaga Aien selain ayah. Ayah masuk tidur dulu. Jangan tidur lewat pula".

"Okay ayah". Ayah menapak keluar dari bilikku. Pintu ditutup rapat. Pandanganku dilemparkan ke luar tingkap. Bintang di langit menjadi penemanku sekarang.

"Asy...kau tak rindu aku ke?"

******

Asyraff POV

"Memang tipu lah kalau aku cakap aku tak rindu kau". Bintang di langit menjadi benda terakhir aku lihat sebelum mataku dipejam rapat.

BODYGUARDWhere stories live. Discover now