Bab 37

4.3K 250 0
                                    


Laptop dibuka lantas laju jari jemariku menaip laman sesawang untuk membeli tiket secara atas talian. Memudahkan kerja aku. Tak payah nak keluar pergi lapangan terbang. Kalau aku keluar pergi sana, tiket tempah maut aku akan dapat nanti.

"Siap".

Lusa aku akan berangkat ke Singapura. Aku malas nak tunggu keputusan dari Abang Jeff. Melengahkan masa aku je nak pergi ambil vaksin tu. Dia tak fikir ke nyawa Aien dalam bahaya sekarang? Pentingkan diri sendiri.

Pintu bilikku dikuak lantas aku memaling ke belakang. Aien menapak masuk ke dalam lalu melabuhkan punggung di birai katilku.

"Kau nak apa?"

"Aku rindu arwah ayah aku la. Boleh tak teman aku pergi lawat ayah. Dah lama aku tak lawat ayah". Suara Aien makin serak. Kenapa aku rasakan virus dalam badan Aien makin aktif?

"Boleh. Pergi la siap. Aku tunggu dekat bawah". Aien menarik senyumannya lalu melangkah keluar dari bilikku.

Kasut disarungkan ke kaki. Enjin kereta dihidupkan. Roy mengetuk tingkap keretaku lantas aku menurunkan tingkap kereta.

"Nak pergi mana?"

"Teman Aien lawat kubur arwah ayah dia".

"Kalau ada apa apa call". Aku mengangguk faham. Aien menapak masuk ke dalam keretaku tapi kali ni dia duduk di belakang bukan di hadapan seperti biasa.

"Kenapa duduk belakang?"soalku sebaik kereta meluncur keluar dari garaj.

"Aku takut dengan kau".

Takut dengan aku? Aien ni betul ke tidak? Sejak bila dia takut dengan aku ni?

"Kenapa pula? Aku tak buat apa apa pun dekat kau".

"Sebab kau ada pistol. Aku takut nanti kau tembak aku ke apa". Muka Aien berubah pucat. Wajahnya seperti tidak cukup tidur. Keadaan dia sekarang memang susah dia nak tidur.

"Kau macam kenal aku semalam je. Aku bukannya gila tembak orang sesuka hati". Aien terdiam. Pandangannya beralih ke luar tingkap. Keluhan dilepaskan.

"Kau tahu Asy virus dalam badan Aien sekarang makin aktif". Gelas diletakkan di atas meja lalu aku menapak menghampiri Roy.

"Macam mana? Ada lagi ke perkara buruk akan jadi pada Aien?"soalku bertalu talu.

"Aien akan jadi sensitif dan tubuh dia makin hari makin lemah. Dia pun tak dapat tidur sangat sekarang ni. Kalau kau beri dia makan walaupun sesuap nasi dia akan muntahkan balik. Dia tak dapat nak hadam semua makanan tu. Aku risau sebab kalau Aien lemah, virus tu akan makin kuat. Kalau Aien kuat maybe virus tu tak aktif sangat".

Kereta diberhentikan. Enjin kereta dimatikan.

"Asy kau duduk sini je. Biar aku pergi sendiri".

"Nanti kalau apa apa jadi dekat kau macam mana?" Aien menarik senyuman kelat.

"Aku jerit lah kalau sesuatu terjadi". Aien menapak keluar dari kereta dan berlalu pergi. Aku menghela nafas panjang.

Aien dah banyak berubah. Ah Asy kau kena faham dia tengah sakit sekarang ni. Wajahku diraup.

"Asy kau tak boleh macam ni. Kau kena kuat".desis hatiku.

"Lama pula Aien ni". Sudah hampir dua puluh minit aku menunggunya di dalam kereta. Nak tak nak aku kena pergi tengok dia juga. Aku menapak keluar dari dalam perut kereta.

"Mana dia?" Mataku meliar mencari kelibat Aien. Kelihatan sekujur tubuh terbaring di atas tanah. Aku segera mendapatkannya.

"Aien?! Aien?!" Pengsan lagi. Tubuh Aien dicempung masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu laju ke hospital. Aku perlu bawa dia ke hospital juga sekarang. Roy tidak dapat bantu apa apa. Dia cuma mampu tahu perkembangan virus dalam badan Aien sahaja.

Aien ditahan di wad untuk sementara waktu kerana badannya kekurangan air. Telefon dibelek. Tiada pula mesej dari Joe. Mungkin sibuk bekerja sekarang. Keluhan berat dilepaskan.

"Erm....dekat mana ni?" Aien mula tersedar.

"Kau dekat hospital. Tadi kau pengsan. Doktor cakap badan kau kurang air. Maybe lusa kau boleh keluar".

"Asy kenapa aku selalu muntah, pengsan semua benda ni? Aku sakit apa?" Aku terdiam. Kalau aku beritahu dia perkara sebenar mesti dia tak dapat terima semua benda ni.

"Sebab kau tak makan. So mulai hari ni aku akan paksa kau makan".

"Tapi aku tak lapar. Aku tak ada selera. Tiap kali kau suap makanan mesti aku muntahkan balik. Aku tak nak muntah setiap kali makan. Aku sakit".

Maafkan aku Aien. Aku terpaksa tipu kau. Dah banyak perkara aku sembunyikan daripada pengetahuan kau. Memang patut pun kau bencikan aku.

BODYGUARDWhere stories live. Discover now