Aien POVAku menekup kedua belah telingaku dengan kedua belah tanganku. Saat Sam melepaskan tembakan pada kereta yang dipandu Asyraff. Aku sangat trauma akan bunyi tembakan pistol. Automatik aku menjadi takut.
Kereta Asyraff hilang kawalan dan memasuki ke lorong bertentangan. Sebuah lori mengheret keretanya ke bahu jalan dan kereta Asyraff jatuh bergolek ke juram. Sam masih menikmati aksi di luar keretanya. Kelihatan dia sangat berpuas hati.
Aku ambil peluang ini untuk melarikan diri. Aku segera berlari menuju ke tempat kejadian. Orang ramai sudah mula berkerumun. Salah seorang sudah menghubungi pihak hospital untuk menghantarkan sebuah ambulan ke sini.
Aku mengalih pandangan pada Sam. Sebuah kereta hitam berhenti di sebelah keretanya lalu Sam menapak masuk ke dalam perut kereta itu lantas berlalu pergi.
"Asyraff! Asyraff!" Usahaku hanya sia sia. Tiada sahutan daripada Asyraff. Air mataku mula mengalir membasahi pipi. Ingin sahaja aku pergi ke bawah sana untuk menyelamatkan Asyraff tapi kalau aku terjun mungkin aku akan membahayakan diriku.
"Cik tumpang lalu. Kami ingin turun ke bawah untuk membawa mangsa ke atas". Aku akur. Beberapa ahli bomba datang bersama dan turun ke bawah.
Aku hanya berdoa supaya Asyraff selamat. Aku dah tak sanggup hilang orang yang aku sayang. Aku lemah. Seorang mak cik datang menenangkan diriku. Dia tidak mengenaliku dan aku tidak mengenalinya.
"Sabar la nak... Insyaallah dia selamat. Banyakkan berdoa kepada Allah". Bahuku digosok perlahan.
Beberapa minit kemudian, pihak bomba membawa naik Asyraff ke atas. Keadaannya amat teruk. Lututku terasa lemah. Darah banyak mengalir keluar di kepala dan kakinya. Terdapat kayu yang terpacak di lengannya. Aku dapat rasakan setiap kesakitan yang dia alami sekarang.
Keretanya turut hancur. Asyraff dibawa masuk ke dalam ambulan. Aku minta untuk ikut bersama. Nasibku baik kerana mereka memberi aku ikut bersama ke hospital.
"Asyraff.... Aku minta maaf...".
Ambulan tiba di hospital. Asyraff dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan. Aku jatuh terduduk di atas lantai. Tangisanku makin kuat.
Sekarang tiada sesiapa yang dapat menenangkanku seperti Asyraff lakukan padaku setiap kali aku menangis. Aku duduk memeluk lutut.
Beberapa jam aku menunggu di luar bilik pembedahan dan doktor menapak keluar dari dalam bilik. Jelas tanda nama di jubah doktornya yang tertera namanya. Doktor Irfan.
"Cik ahli keluarga Encik Asyraff?"soal Doktor Irfan sebaik menapak ke arahku. Aku mengangguk laju.
"Macam mana keadaan dia, doktor?"
"Dia mengalami pembekuan darah di otaknya. Keadaan dia tidak stabil dan disahkan koma. Nadinya turut lemah. Insyaallah pihak hospital akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan dia. Saya minta diri dulu". Doktor Irfan menapak pergi. Empangan air mataku pecah sekali lagi. Aku lemah sangat. Ya aku tak dapat terima semua ni berlaku.
Langkahku diatur masuk ke dalam wad ICU. Hatiku sayu apabila melihat sekujur tubuh terbaring bersama wayar yang banyak di tubuhnya. Perlahan lahan aku menghampirinya.
"Asyraff.... Bangun la....". Aku menggerakkan tubuhnya beberapa kali. Perkara yang aku buat ni hanya membazirkan tenagaku. Asyraff koma. Dia langsung tidak sedarkan dirinya.
"Jangan tinggalkan aku, Asy... Aku sayang kau... Aku tak nak tinggal seorang lagi".
Wajahku disembamkan di atas katil. Air mataku makin deras mengalir. Tangan Asyraff aku rangkul secara drastik. Otakku tidak dapat berfikir dengan baik. Apa yang aku harapkan hanya Asyraff akan kembali seperti sediakala.
"Aku rindu kau bodyguard". Wajah Asy aku tatap. Senyumanku terukir.
Aku terlelap di katil bersama tanganku masih bertaut erat. Aku harap semua ini hanya mimpi semata mata. Esoknya aku akan terjaga dari mimpi ini dan Asyraff masih berdiri dan tersenyum seperti biasa.
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...