Bab 4

9.6K 538 16
                                    


Tin minuman aku campak masuk ke dalam tong sampah. Hari ini Joe tidak hadir ke sekolah sebab demam. Jadi aku hanya berjalan kaki sendirian. Kedengaran bunyi siren ambulans dari belakangku. Ambulans menuju ke sebuah rumah. Rumah aku. 

Aku segera membuka langkah menuju ke rumahku. Kelihatan orang ramai berkerumun di hadapan rumahku. Beberapa orang polis menghalang orang ramai dari melepasi kawasan larangan. Aku terpaksa mencelah dan melepasi di kawasan larangan. Seorang anggota polis menahanku.

"Maaf adik tidak dibenarkan masuk ke dalam. Ini urusan polis".ujarnya.

"Tapi ni rumah saya. Saya nak tahu apa yang terjadi". Aku mempamerkan riak wajah gelisah. Aku risau jika ada apa apa yang berlaku pada mama.

"Adik bawa bersabar". Dia membawaku ke tepi. Mataku meliar melihat keadaan di dalam rumahku. Cermin kereta mama habis pecah. Kaca berselerak di atas lantai.

Kalau boleh aku nak masuk dalam sekarang juga. Aku ternampak empat orang anggota polis membawa sekujur tubuh yang ditutup dengan plastik hitam. Langkahku dihayun ke arah mereka. Aku menyelak sedikit plastik hitam itu. Mama.

"Mama.....".

Serta merta air mata mula membasahi pipi. Enam belas tahun aku hidup bersama mama dan mama pergi secara tiba tiba. Aku memegang pipi mama. Terdapat kesan lebam di mata mama, bibir mama terdapat kesan darah. Siapa yang kejam sangat dera mama hingga mama mati?

"Adik, kami perlu membawanya ke hospital untuk dibedah siasat".

Perlahan lahan aku mengundurkan diri. Orang ramai mula beredar dari kawasan rumahku. Mereka datang semata mata datang nak tengok apa yang terjadi saja dan pergi. Langsung tiada perasaan simpati dalam diri mereka. Aku terduduk di atas lantai.

"Ibu, kesian la abang tu. Airin nak jumpa dia".

"Eh jangan mengada. Mak budak tu kotor jadi anak dia mesti la kotor macam mak dia. Dah jom balik".

Budak perempuan itu melambai tangan ke arahku. Aku menarik senyuman kelat. Semua jiran memandang serong terhadap keluargaku. Semua orang nak cari salah keluarga aku.

"Ma... Asy minta maaf....".

Air mata tak dapat ubah apa yang sudah berlaku. Beg sekolah aku letak di bangku. Aku mengesat air mataku. Aku menahan teksi dan terus ke syarikat papa.

"Terima kasih pak cik". Duit aku hulurkan. Aku keluar dari perut kereta dan berlari anak masuk ke dalam syarikat papa. Tanpa aku sedar aku telah terlanggar seseorang.

"Akh.."

Itu la Asy lain kali lari pandang depan bukan pandang bawah.

"Eh Asy ke. Cari papa eh?"soal Encik Luqman,  P.A. papa merangkap kawan baik papa. 

"Aah...papa ada tak?"

"Ada tapi...".

Belum sempat Encik Luqman menghabiskan ayatnya aku terus meluru ke bilik papa. Papa baru saja masuk ke dalam. Aku membuka pintu bilik. Kelihatan papa sibuk.

"Pa.... Asy nak beritahu something". Papa tidak melayan aku. Dia menatap kertas kerjanya. Aku menghela nafas berat.

"Pa... Mama dah tak ada.... Mama kena bunuh pa....".

"So? Bagus la dia mati. Tak ada la menyusahkan aku dah lepas ni". Aku tersentak dengan jawapan papa. Aku tersalah dengar ke apa?

"Papa tak nak lawat mama ke? Uruskan jenazah mama?"

Papa menghentak mejanya dengan kuat. Matanya merenung tajam ke dalam anak mataku.

"Nak kata buta, tapi mata tu celik lagi. Kau tak nampak ke aku sibuk ni?! Kalau kau nak uruskan mayat perempuan tu, pergi la! Tak payah ajak aku! Dah keluar!"

Aku menapak keluar dari bilik papa. Kenapa papa jadi macam tu? Papa dah banyak berubah.

******

Orang ramai mula beredar meninggalkan tapak perkuburan. Hujan renyai membasahi bumi. Hanya tinggal aku seorang saja di sisi kubur mama. Mama mati diluar jangkaan aku. Mati sebab dibunuh dan diseksa.

Tapi siapa? Mama tak pernah ada musuh sebelum ni. Hutang? Mama tak pernah berhutang dengan sesiapa. Papa bunuh mama? Tak mungkin. Papa memang benci mama tapi papa tak segila tu sampai nak bunuh mama.

Aku memegang batu nisan yang tertera nama mama.

"Mama... Asy janji dengan mama. Asy akan cari pembunuh tu. Itu janji Asy pada mama. Semoga mama tenang di sana".

BODYGUARDWhere stories live. Discover now