Lapan tahun kemudianMask dicampak ke atas meja. Tubuhku direbahkan ke atas sofa. Keluhan dilepaskan. Penat berlari disebabkan anjing sawan mana entah kejar aku. Menyesal aku lalu di lorong tu.
Sniper di atas meja aku pandang. Lapan tahun aku bekerja dengan Abang Jeff dan hampir tiga orang aku bunuh termasuk hari ni punya. Upah yang diberi berganda ganda.
"Tapi kenapa Abang Jeff pilih Asy jadi pembunuh upahan? Kenapa tak orang lain?"
"Kau nak balas dendam kan pada siapa yang bunuh mama papa kau? Jadi ini la peluang kau".
Aku memejam rapat mataku. Abang Jeff mengambil tempat di sebelahku. Aku memandangnya.
"Bagus kerja kau malam ni. Aku suka. Tak salah pilihan aku untuk abang aku". Aku terpinga pinga.
"Pilihan apa?"
"Abang aku carikan bodyguard untuk anak dia. Aku rasa kau sesuai. Kau boleh lindungi anak dia".
"Entah la. Asy malas nak fikir. Asy nak masuk bilik". Aku menapak ke bilikku. Badan dihempas ke atas tilam. Tanganku meraba raba di atas meja. Terdapat sekeping sampul surat.
SUATU HARI NANTI KAU AKAN TAHU SIAPA AKU.
"Bila dia nak munculkan diri dia? Siapa dia sebenarnya?"
Aku melepaskan keluhan berat. Mataku dipejam rapat.
"Asy, aku ada berita tak baik". Wajah Aien kelihatan muram. Aku mendekatinya.
"Kenapa?"
"Aku kena pindah. Nanti aku dah tak boleh jumpa kau". Aien menunduk. Kenapa dengan tiba tiba?
"Kau kena pindah dekat mana?"soalku.
"Kuala Lumpur".
"Ermm...okay macam ni. Aku janji dengan kau. Suatu hari nanti aku akan cari kau. Kita akan berjumpa semula. Okay?" Aku cuba memujuk Aien dan ternyata ianya berjaya.
"Betul ke? Janji?"
"Janji". Aku mengangguk. Aien menarik senyuman simpul.
Memori aku dan Aien menerjah masuk ke dalam fikiranku. Aku memang rindu dia. Aku dah janji yang aku akan cari dia. Merata Kuala Lumpur aku dah tawaf masih belum jumpa. Hidup lagi ke?
Ah, Asy fikir positif.
"Asy, kawan kau datang!"jerit Abang Jeff dari luar bilik. Aku mengalih pandangan ke luar tingkap. Senyuman terukir di bibir.
Seseorang yang dah lama aku tak jumpa dan aku rindu dia. Kawan baik yang aku ada ketika di sekolah.
Selipar disarung lalu aku menapak ke arah Joe. Joe mendepakan tangannya lantas aku memeluknya erat. Aku bersyukur sangat Joe masih bernafas di muka bumi ni. Aku fikir aku akan hilang orang yang aku sayang lagi.
"Lama tak jumpa kau. Aku ingat kau betul betul hilang sebab merata tempat kitaorang cari kau. Nasib baik kau selamat".
"Jangan risau, aku okay. Macam mana kau tahu aku tinggal dekat sini?" Hairan juga aku dengan Joe ni. Tak kan la ikut gerak hati lagi?
"Ada la aku dapat maklumat dari merata tempat. Kau tinggal dengan siapa? Kau kerja apa?"
Aku terkelu. Teragak agak hendak menjawab soalan Joe.
"Err..."
"Asyraff! Asyraff!" Terdengar suara Abang Jeff terpekik pekik menjerit namaku.
"Aku masuk dulu. Kalau ada masa kita borak lagi". Aku memeluk Joe lalu meluru masuk ke dalam rumah.
"Kau ada beritahu ke fasal diri kau?"soal Abang Jeff tiba tiba.
"Tak".
"Bagus lah. Jaga identiti kau. Jangan beritahu orang lain. Dia tu polis. Selalu aku nampak dia". Polis? Joe? Okay ni bahaya kalau dia dapat tahu yang semua kejadian pembunuhan itu aku yang lakukan.
"Asy tahu la".
"Dah pergi siap. Abang aku nak jumpa kau. Nanti Arul temankan kau pergi sana".
Arul? Mamat sotong tu? Kenapa dia? Nanti bukan Arul yang jaga aku tapi aku yang jaga dia.
"Asy cepat la. Dah lama saya tunggu ni".
Sabar la. Aduh kasut ni ketat pula. Aku menanggalkan kasut itu.
"Patut la ketat. Kasut orang lain". Aku mencampak ke tepi. Kasutku diambil lalu aku menapak masuk ke dalam kereta. Pakai dalam kereta la senang.
"Macam mana kerja semalam? Line clear?"soal Arul.
"Okay je". Aku malas nak berborak sekarang ni. Sepatutnya masa macam ni aku dating dengan katil je.
Kereta diparkir di hadapan sebuah rumah agam. Kami menapak masuk ke dalam.
"Encik berdua cari siapa?"tegur seorang mak cik. Mungkin pembantu rumah.
"Cari Tan Sri Roslan".jawabku.
"Kejap mak cik panggil. Jom masuk dulu". Kami dipelawa duduk di sofa. Tan Sri melabuhkan punggung di hadapan kami.
"Jadi, mana satu yang Jeff hantarkan tu?" Arul mengacukan jari telunjuknya padaku. Tan Sri mengangguk.
"Macam mana? Setuju dengan pekerjaan yang uncle tawarkan?"
Kenapa wajah Tan Sri ni macam aku pernah nampak?
"Asy!" Arul menepuk pehaku.
"Aaaa setuju".
"Bagus la. Lega hati uncle. Bukan senang nak cari bodyguard sekarang. Anak uncle tu bukan boleh jaga diri sangat. Haa panjang umur".
Aku bangun lalu menoleh ke belakang. Dia memandangku.
"Ni lah bodyguard Aien". Aien menarik senyuman.
"Aku,Aien".
"Asy".
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...