Joe berlari anak mendapatkanku. Aku menghabiskan roti yang dibeli di kedai tadi. Nafas Joe termengah mengah. Dia mengambil tempat di sebelahku. Botol air dicapainya lantas dia meneguk air itu dengan rakus."Aku nak minta maaf fasal semalam. Aku ikutkan emosi sangat sampai termarah kau. Aku degil. Aku tak dengar cakap kau". Joe memeluk bahuku.
"Aku tak kesah pun. Lagi pun kau stress sangat semalam. Aku faham kau. Ya la kan siapa je yang tak sedih bila kehilangan orang yang kita sayang". Aku menarik senyuman kelat. Aku memeluk Joe erat.
"Thanks Joe sebab sudi jadi kawan aku. Kau banyak tolong aku". Aku meleraikan pelukan.
"Benda biasa lah. Huh...penat ah. Kau ni aku ajak joging kau boleh pula duduk makan dekat sini".
"Aku tak breakfast tadi". Mama Sally dah ambil alih orang gaji dekat rumah aku sebagai orang gaji khas untuk keluarga dia sahaja. Aku bukan keluarga dia.
"Kalau kau nak bibik, pergi cari sendiri ya! Semua makanan yang bibik aku masak, aku haramkan kau makan walaupun sebutir nasi!"
Dekat rumah tu hanya satu tempat je yang aku pergi. Iaitu bilik tidur aku. Dah tiada tempat lain. Kalau aku ke ruang tamu aku kena halau dengan Mama Sally. Kalau aku ke dapur, nanti kena tuduh aku makan makanan yang bibik masak.
Rumah aku dah jadi rumah dia. Kalau aku melawan nanti kena halau dengan Mama Sally. Tapi aku tahu papa tak akan halau aku tapi lagi teruk daripada tu.
"Asy, kau termenung apa lagi? Ada masalah ke?" Joe menghentikan lamunanku. Aku melepaskan keluhan.
"Aku rasa nak keluar dari rumah tu cepat. Aku dah penat hidup dalam keluarga macam tu".
"Jangan la buat keputusan macam tu Asy. Benda ni boleh bawa bincang. Kalau kau lari, kau nak tinggal mana? Bawah jambatan?"
"Aku tak cakap pun aku nak lari rumah. Aku nak cepat dewasa. Boleh hidup sendiri". Joe menghela nafas lega. Dia tergelak sendiri. Kadang kadang dia selalu berfikir di luar jangkaan orang.
"Dah jom joging. Rajin sikit". Joe menarik lenganku. Aku menarik senyuman nipis.
******
Kasut sukan disimpan rapi di dalam rak. Pintu rumah dibuka. Danny merenungku tajam. Aku tidak melayannya. Dia tak wujud dalam rumah ni. Langkahku terus diatur ke bilikku.
"Kau buat apa dalam bilik aku?!" Aku tersentak apabila melihat Yumi memegang sekeping gambar. Aku menapak masuk ke dalam lantas merampas gambar itu dari tangannya.
"Jangan kau berani sentuh barang aku". Yumi tersenyum jahat. Dia menjelingku sekilas.
"Siapa perempuan dalam gambar tu?"soal Yumi seakan akan cemburu. Aku tak tahu apa masalah dia sekarang ni.
"Tak perlu tahu". Aku menyimpan semula gambar itu ke dalam album lalu menyimpannya ke dalam laci meja belajar.
"Dah keluar dari bilik aku".
"Kalau tak nak?" Yumi mendekatiku. Tangannya meliar di bahuku. Aku tersentak dengan perbuatannya.
"Aku kata keluar!" Tubuh Yumi aku tolak kasar ke luar bilik. Pinti bilik dihempas dengan kuat.
"Hey Asyraff! Kau jangan main kasar! Tak boleh cakap elok elok ke dengan adik aku?!" Suara Danny di luar bilikku. Aku memekakkan telingaku.
*****
Aku melangkah keluar dari bilik guru disiplin. Disebabkan fitnah Jimmy, aku kena rotan lima kali dengan cikgu disiplin. Tapak tangan masih terasa pedih. Jelas terdapat kesan rotan di tapak tanganku. Aku melabuhkan punggung di bangku.
"Best kena rotan? Sakit tak? Sini aku tolong rawat". Jimmy memegang tapak tanganku lalu menghentaknya ke atas meja. Berkerut dahiku menahan sakit.
"Lain kali jangan cari fasal dengan Jimmy. Okay?" Jimmy meninggalkanku. Aku menghela nafas panjang.
Kenapa lah nasib aku macam ni? Setiap hari pasti ada saja yang tak kena.
"Ada nampak Asy tak?" Aku terdengar suara Joe. Aku memaling ke belakang. Joe memandangku lantas berlari mendapatkan aku.
"Asy,huh....ayah kau".
"Papa?"
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...