Bab 2

12.2K 559 20
                                    


Semalaman aku tidak dapat nak lelapkan mata. Kesan lebam dan luka masih terasa sakit. Dari kecil sampai ke besar aku selalu jadi mangsa papa. Disebabkan aku tak dapat tidur malam tadi, aku tertidur di dalam kelas.

Sudah beratus kali Joe memukul lengan aku semata mata nak kejutkan aku dari tidur. Tambah pula dia pukul di kesan luka semalam. Makin sakit aku rasa.

Cikgu mula mengatur langkah ke luar dari kelas. Kelas kembali bising. Joe menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di sebelahku.

"Kenapa dengan kau ni? Muka macam tak cukup tidur". Joe membelek muka aku.

"A...aku...haa aku tidur lewat malam tadi sebab...sebab kau la ajak main futsal malam buta. Aku terpaksa balik jalan kaki". Aku harap jawapan palsu aku ni dapat yakinkan Joe. Aku tak nak cerita yang aku kena pukul dengan papa malam tadi.

Tapi memang betul pun aku balik jalan kaki semalam. Mama dan papa langsung tak ambil kesah fasal aku. Bila lah aku boleh tamat alam persekolahan? Aku dah tak sanggup tinggal dalam rumah tu lagi. Kalau aku lari rumah sekarang, pasti papa akan bunuh aku.

"Kau tak payah nak reka cerita la. Aku tahu sebab papa kau lagi kan? Aku bukan baru kenal kau semalam bro". Joe memegang bahuku.

Kalau dah tahu, buat apa kau tanya aku lagi? Ada juga makan kasut budak ni.

"Tak apa lah Joe. Aku okay. Aku dah biasa kena dengan papa. Sikit je ni". Aku menarik senyuman kelat. Joe mengeluh berat.

"Aku tak tahu la nak cakap apa dah kalau kau macam ni. Penat layan kau. Lagi satu semalam kau jalan kaki? Kenapa tak beritahu aku? Aku boleh tumpangkan kau balik". Joe meninggikan sedikit suaranya.

Aku tahu dia tengah marah sekarang. Joe, dia lah satu satunya kawan baik aku dekat sekolah ni. Dia banyak tolong aku.

"Aku tak nampak kau semalam. Habis je game kau terus lesap macam pelesit".

"Kau nak cakap aku pelesit?" Aku tersengih.

"Lagi pun aku tak nak menyusahkan kau. Kau banyak tolong aku. Aku ni apa je? Tolong kau pun tak pernah". Joe menutup buku latihan matematiknya. Dia mengalihkan pandangan ke arah aku.

"Ni aku tak suka bila kau cakap macam tu. Aku dah anggap kau macam adik aku walaupun kita cuma beza sehari. Nanti bila senang kau tolong aku pula".

Terima kasih Joe.

******

Semua pelajar sudah mengemas beg masing masing dan beredar keluar kelas. Aku masih duduk di meja. Fikiranku serabut. Kalau boleh aku memang tak nak balik rumah.

"Termenung apa lagi? Jom la balik". Aku menggalas begku. Langkah diatur ke luar kelas. Aku dan Joe memang dah biasa balik jalan kaki.

"Kejap ah aku nak pergi tandas. Kau tunggu dekat pagar sekolah". Joe berlari anak ke tandas. Aku hanya menurut kata kata Joe.

"Sini kau!" Tanganku ditarik dengan kasar. Badanku ditolak ke dinding dengan kuat. Beg sekolahku ditarik dari bahuku. Habis jatuh berselerak buku ke atas tanah.

"Bila kau nak ganti kasut aku yang basah hari tu?"soal Jimmy kasar. Dia mencengkam kolar bajuku.

Kasut? Oh ya. Minggu lepas aku tersepak kasut dia hingga masuk ke dalam longkang. Tapi sebelah saja. Yang basah hanya tapak kasut tu je. Boleh jemur. Apa masalah budak ni?

"Jimmy, kau ambil je duit dia. Budak ni kan kaya. Anak dato' kan".cadang Mirul. Jimmy menarik senyuman jahat.

"Bijak juga otak kau. Aku ingatkan kau otak udang. Mirul, Riz cari duit dalam beg dan seluar dia. Cepat!"

"Apa ni? Jangan la! Kasut kau tu bukan basah mana pun". Aku memberanikan  diriku untuk mengeluarkan suara. Jimmy tak pedulikan kata kataku. Dia mengambil dompet di dalam poket seluarku.

"Banyak ni. Bukan setakat sepasang kasut boleh beli, kilang kasut pun boleh beli ni. Thank you". Jimmy menampar lembut pipiku. Mereka bertiga beredar.

BODYGUARDWhere stories live. Discover now