Bab 39

4.3K 246 0
                                    


Aku membaca alamat yang tertera di skrin telefonku lagi. Memang betul. Ini lah rumah Naz. Rumahnya sederhana besar. Dia tinggal sendirian je ke? Loceng rumah ditekan beberapa kali. Pintu pagar rumah terbuka menggunakan remote. Aku menapak masuk ke dalam rumah.

"Kau rupanya Asyraff. Aku ingatkan siapa lah tadi".sapa Naz mesra. Sudah lama aku tidak berjumpa dengannya. Kali terakhir aku berjumpa dengan Naz ketika aku berumur 18 tahun. Masa tu aku dan Zim diarahkan ke Singapore untuk siasat tempat kediaman Dian,seorang usahawan berjaya.

Okay stop throwback.

"Kau seorang je? Mana yang lain? Selalunya kau dengan Roy kan?" Bertalu talu soalan keluar dari mulut Naz. Aku hanya tersengih.

"Aku je Naz. Diorang semua ada dekat Kuala Lumpur. Ada tugas katanya". Aku melabuhkan punggung di sofa.

"Kau datang ni mesti nak senjata lagi kan?"teka Naz. Aku tersenyum lalu mengangguk. Naz menapak ke sebuah bilik lalu memanggilku. Aku segera mendapatkannya. Bilik senjata. Terdapat pelbagai jenis senjata tergantung di dinding dan disimpan rapi di dalam almari.

"Pilih la yang mana kau nak". Naz menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di meja. Dia menilik senjata di atas meja itu. Aku menapak melihat satu per satu senjata di dalam bilik ini.

"Mana lah dia dapat semua senjata ni?"

"Naz kenapa kau tinggal dekat Singapore? Kenapa tak tinggal dekat Malaysia je? Senang sikit kitaorang nak order senjata dari kau". Aku membuka perbualan antara kami. Naz tergelak kecil.

"Aku dah lama tak balik Malaysia. Kau tahu aku membesar dekat sini dengan mak ayah aku. Sejak sekolah rendah hingga sekarang. Tapi sejak mak ayah aku meninggal ni, aku tinggal sini je la sebab rumah ni mak ayah aku belikan untuk aku. Aku akan balik Malaysia bila raya je. Ziarah kubur diorang".

Aku terangguk angguk mendengar cerita dari Naz.

"Aku nak tanya kau apa cerita Jeff sekarang? Ada tugas baru ke sampai dia hantar kau datang sini sebab nak ambil senjata dari aku?"

"Pasal Tuan Fairuz. Ada la beberapa bulan lepas aku kena bunuh Tuan Fairuz tu tapi tersasar. Dia arahkan Fong dan Leo jejak aku. Sekarang aku jadi buruan diorang. Jadi aku ingatkan nak bunuh diorang senyap senyap. Abang Jeff dah upah aku bunuh mereka bertiga".

Aku tidak berani cerita yang selanjutnya pada Naz. Pasal Aien. Virus. Vaksin. Itu lah tujuan aku ke Singapore. Cari vaksin untuk bunuh virus dalam badan Aien.

******

Baju hoodie disarungkan ke tubuhku. Mask dipakai menutup separuh daripada wajahku. Beg disandang di atas bahu. Alamat ditangan dibaca sekali imbas. Nasib baik aku sempat menyalin alamat rumah Leo daripada Roy.

Aku menapak keluar dari dalam bilik. Aien? Mungkin dia sudah tidur. Hari pun dah lewat.

Langkah diatur ke rumah Leo. Sekali sekala mataku meliar melihat orang di sekelilingku. Mana lah tahu Leo balik sini secara mengejut.

"Aien aku akan selamatkan kau".

Rumah agam milik Leo tersergam di hadapanku. Tiada sesiapa yang berjalan di sekitar kawasan ini. Aku memanjat tembok dan terjun ke bawah.
Pecah masuk kawasan. Done.

Langkah diatur perlahan lahan mendekati pintu utama rumah. Kelihatan seorang pengawal meronda kawasan rumah. Aku segera bersembunyi di sebalik tiang. Pistol sedia di tangan dan tembakan dilepaskan tepat pada kepala pengawal itu. Dia rebah ke atas tanah.

Aku segera mendapatkan mayatnya. Tubuhnya diseret dan disorokkan ke dalam tong sampah. Pintu ditendang dengan kasar. Hampir tercabut dibuatnya. Aku peduli apa. Bukan rumah aku.

Tubuhku dibawa ke tempat sasaran. Sebuah bilik di tingkat dua. Keadaan sunyi dan gelap gelita. Aku lagi selasa macam ni. Hanya lampu di sudut dinding sahaja yang menerangi ruang. Bilik yang menyimpan vaksin telah dijumpai. Aku membuka pintu bilik. Kosong. Tiada apa apa.

Di sebelah bilik ini terdapat sebuah bilik yang penuh dengan komputer.

Aku lebih tertarik pada bilik komputer ini. Pintu dikuak lalu aku menapak masuk ke dalam. Nasib baik tidak berkunci dari dalam. Suis lampu ditekan. Bilik ini terdapat tiga buah komputer dan dua buah pencetak. Terdapat berpuluh helai kertas bersepah di atas lantai.

Semuanya gambar beberapa orang yang mungkin menjadi sasaran dia. Terdapat juga beberapa keping gambar dilekatkan pada sebuah papan di dinding. Aku teliti semua gambar itu satu per satu. Gambar aku, Roy, Abang Jeff, Zim, Arul, Aien, Tan Sri Roslan dan......

"Tt...tak kan lah". Semua gambar itu sasaran Leo. Aku segera berlari keluar dari bilik itu. Vaksin? Aku yakin vaksin tu ada pada tangan Leo sekarang.

BODYGUARDWhere stories live. Discover now