Bab 34

4.4K 280 6
                                    


Kereta diberhentikan di hadapan sebuah rumah banglo setingkat. Aku menapak keluar dari dalam perut kereta. Langkah dihayun masuk ke dalam rumah itu. Sudah lama aku tidak pulang ke rumah.

"Hah baru tahu nak balik sini? Ingatkan dah lupa jalan ke sini. Tak pun aku fikir kau dah mati ikut mak bapak kau tu". Kata kata pedas Mama Sally menusuk ke hatiku. Amarahku segera diredakan. Kalau aku berbalah dengan dia sampai bila bila pun tak akan habis.

Kasut ditanggalkan lalu aku menapak masuk ke dalam rumah. Kelihatan Danny sedang melepak di ruang tamu. Masih bujang lagi ke dia ni? Aku fikir lekat lah seorang pada dia.

"Eh eh... Lama tak nampak bayang kau. Kau menghilang ke mana selama ni?" Aku hiraukan si Danny. Tujuan aku datang sini hanya nak pergi ke bilik lama aku. Aku harap mereka tidak ceroboh bilik aku tu.

"Aku cakap dengan kau la gila!"

"Heh...kau yang gila sekarang".cebikku. Kunci dimasukkan lalu pintu bilik dibuka perlahan. Susun atur bilikku masih sama seperti dulu. Aku menarik senyuman dan melangkah masuk ke dalam.

Kerusi ditarik lalu aku melabuhkan punggung di meja. Gambar di atas meja sudah berhabuk. Sudah berapa tahun aku tinggalkan semua benda ni. Gambarku ketika kecil ditenung lama.

"Kalau Aien dapat ingat muka si 'dia' masa kecil pasti dia tak akan tahu itu aku. Wajah aku dan dalam gambar ni jauh beza".

Laci meja ditarik. Aku menggeledah barang di dalam laci dan tanganku mencapai sebentuk kunci.

"Kunci apa ni?" Tak pernah pula aku ada simpan mana mana kunci sebelum ni.

"Ouh ya bilik tu". Baruku teringat tentang sebuah bilik bersebelahan dengan perpustakaan. Bilik tu selalu berkunci. Mungkin ni kunci bilik tu.

Langkah dihayun menuju ke bilik itu. Kunci dimasukkan dan sangkaan aku tepat. Memang betul kunci ni milik bilik tersebut. Pintu dikuak perlahan lalu aku menapak masuk ke dalam dan menutup kembali pintu itu. Tanganku meraba raba pada dinding untuk mencari suis. Jariku menekan punat pada suis dan cahaya lampu menerangi bilik itu.

Bilik ini seperti pejabat kecil. Terdapat tiga buah almari besar yang berisi banyak file. Aku menapak menghampiri almari itu dan membelek file di situ. Terdapat satu file yang menarik perhatianku. Mungkin faktor warna yang terang.

File ditarik keluar. Punggung dilabuhkan di atas sofa. Berhabuk habis file. Aku membersihkan file itu dari habuk. Sudah berapa lama bilik ni tak terbuka? Tertera nama seseorang pada file ini.

HANAFI BIN FUAD

"Papa?" Rasa ingin tahu isi file ini makin membuak. Aku segera membuka file itu dan membelek setiap helaian. Bilik ni mungkin papa punya. Tanganku berhenti membelek. Terdapat beberapa keping gambar yang terselit di setiap helaian dalam file itu.

Tuan Fairuz.

Fong.

Leo.

Abang Jeff.

"Kenapa gambar mereka berempat ada dalam file ni? Apa kaitan mereka dengan papa?"

Aku mengambil keempat empat keping gambar tersebut. Gambar dibelek dan terdapat tulisan di belakang gambar.

"Fairuz. Orang berpengaruh dalam kalangan penjahat. Ketua kepada semua kumpulan. Bijak mengatur strategi. Licik. Ramai orang kuat di bawahnya".

"Fong. Orang kanan Fairuz. Berpengaruh di China. Kawan baik Fairuz. Penjual senjata secara haram".

"Leo. Pembantu Fairuz. Berpengaruh di Singapura. Terdapat ramai konco konco kuat yang bekerjasama dengannya. Bijak dalam hal komputer".

"Jeff. Musuh ketat aku. Dia bersama Roy, Zim dan Arul. Lakukan aktiviti jenayah dan menjadi ancaman Fairuz serta yang lain. Pembunuh bersiri".

Apa tujuan papa buat semua benda ni? Macam mana papa kenal mereka semua ni? Abang Jeff? Musuh ketat papa? Tapi kenapa dia cakap dia kawan baik papa? Atau aku ditipu.

Helaian seterusnya diselak. Aku mengambil sekeping gambar yang agak kabur. Diambil dari cctv. Ouh lupa yang rumah aku ni ada cctv. Gambar diteliti. Mayat mama terbaring di lantai. Mungkin cctv sempat merakam cara mama dibunuh.

"Kenapa aku ni bodoh sangat?" Langkah diatur ke loteng. Terdapat beberapa skrin yang memaparkan perkara yang berlaku melalui cctv. Semasa polis siasat kematian arwah mama mereka tidak tahu ada cctv. Sebab apa? Sebab aku tidak beritahu mereka. Halah...halah korang pun.

Terdapat sebuah komputer di sudut loteng. Aku menekan punat on. Terdapat beberapa file yang di'save' dalam komputer ini lantas aku membuka setiap file tersebut. Terdapat video yang berdurasi dua minit. Aku menekan video lalu dimainkan.

Mama dibunuh dengan cara kejam. Mataku membulat tatkala melihat pembunuh itu. Aku menekan 'stop'. Gambar di'zoom'kan.

"Tak.... Tak mungkin dia..."

BODYGUARDWhere stories live. Discover now