Langkahku terhenti. Seorang lelaki berbangsa cina berada di hadapanku sambil berpeluk tubuh. Dia menarik senyuman sinis. Dia mengacukan pistol ke arahku. Secara automatik aku mengangkat kedua belah tanganku ke atas. Dia menembak pistol di tanganku lalu pistol itu jatuh ke atas jalan.Dua orang lelaki bertubuh sasa memegang kedua belah tanganku. Aku meronta ronta minta dilepaskan. Lelaki cina itu menapak menghampiriku. Dia mengeluarkan peluru yang berada dalam pistolku lalu dicampak ke tepi.
"Sia sia saja lu datang sini. Cari vaksin ka?" Fong tergelak kecil. Dadaku ditendang kuat. Nafasku sesak. Aku menunduk. Fong menarik kuat rambutku dan wajahku kini bertentang dengannya.
"Leo sudah bawa lari jauh vaksin tu ma. Lu datang sini buat apa?" Rambutku dilepaskan dengan kasar. Sakitnya tak terkata.
"Sudah la Asy. Buang tenaga lu saja cari vaksin tu. Biar saja la Aien mati". Aku merenung tajam pada Fong. Aku terus menyepak tepat pada tempat kelemahan bagi pihak lelaki. Dia jatuh terduduk menahan sakit. Senak.
Aku menyiku wajah kedua dua orang lelaki bertubuh sasa itu. Mereka terdorong ke dinding. Pistol aku segera diambil lalu aku mengacukan pada mereka bertiga.
"Wow lu main kasar dengan saya. Lu belum kenal siapa Fong!" Fong mengarahkan kedua dua anak buahnya untuk menyerangku. Mereka tiada sebarang senjata melainkan batang besi pada tangan masing masing.
Okay bagus. Dua lawan satu. Pistol aku pula kehabisan peluru. Salah seorang daripada mereka berdua berjaya memukul perutku dengan kuat. Aku terbatuk darah. Aku membuka mask aku.
Tiada langsung sebarang senjata yang boleh digunakan untuk pertahanan. Menyesal aku tinggalkan pistol yang aku ambil dari Naz.
Seorang lelaki menyerangku sambil mengangkat tinggi batang besi pada tangannya. Aku cekap mengelak lalu menendang belakang badan lelaki itu. Dia tersungkur ke atas jalan.
Seorang lagi menyerangku dari belakang lantas aku menunduk dan menarik lengannya lalu menendang kuat perutnya. Dia terdorong ke belakang sambil memegang perutnya.
Sempat aku mengambil batang besi dari lelaki tadi lalu memukul kuat kepalanya hingga dia tidak sedarkan diri. Kepalanya mula mengalirkan darah yang banyak.
Lelaki tadi berlari ke arahku dengan batang besi dihalakan padaku. Aku sempat mengelak dan merejam batang besi ke badannya. Dia rebah ke atas jalan bersama darah pekat yang mengalir.
Wajahku diangkat. Mataku merenung tajam ke arah Fong. Dia menapak ke belakang. Aku mendekatinya bersama batang besi yang berdarah di tangan. Senyuman sinis ditarik.
"Sekarang kau pula". Aku tergelak kecil. Fong sudah tiada jalan untuk dia melarikan diri. Aku memukul tengkuknya dengan batang besi tadi. Dia terjatuh ke atas jalan.
"Mana vaksin tu?! Mana Leo?! Hah mana?!" Wajahnya ditumbuk beberapa kali. Aku tidak kira dia tua atau muda yang penting sekarang vaksin tu. Pasti dia tahu Leo sorokkan di mana.
"Jawab lah mana vaksin tu?!" Tumbukanku dihentikan apabila Fong menepis tanganku kuat.
"Pada Leo...dia di Kuala Lumpur sekarang bersama Fairuz. Dia rancang nak bunuh kawan kamu...Joe". Aku tersentak mendengarnya. Jadi betul lah sangkaan aku. Gambar di bilik komputer Leo tu ialah gambar Joe. Dia memang rancang nak bunuh Joe.
"Tapi kenapa?! Dia tak masuk campur urusan ni!"
"Sebab dia polis. Leo risau kalau lu beritahu dia tentang semua perkara ini".
Aku mendengus geram."Vaksin tu bersama Leo atau Tuan Fairuz sekarang?!"
"Ll... Leo". Aku melepaskan cengkaman pada kolar bajunya. Pistol Fong diambil lalu aku mengacukan ke arah kepalanya.
"Berhenti...kenapa lu nak bunuh saya? Saya dah beri kerjasama". Senyuman nipis ditarik.
"Jadi kenapa kau bunuh papa aku sedangkan dia kerjasama dengan kau untuk beritahu semua maklumat tentang Jeff?"
Fong terdiam.
"Thanks for the information and goodbye". Tembakan dilepaskan.
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...