"Asy?" Aku memandang wajah Aien. Dia mengalih pandangan pada lif yang aku pandang dari tadi."Kau pandang apa dekat sana?"
"Tak ada apa. Jom balik".
Aku tak boleh berada di luar ni lama sangat. Keadaan makin bahaya dan bila bila masa sahaja perkara buruk akan terjadi pada aku dan Aien.
Kereta meluncur laju menuju ke rumah. Hanya bebelan dj di radio sahaja memecah kesunyian di dalam kereta. Fikiranku hanya fikir fasal perkara tadi. Lelaki tadi. Aku yakin dia memburu aku.
"Kau senyap je. Ada masalah ke? Uncle call ke tadi?" Aien mula risau. Ah Asy. Kenapa kau gelabah sangat?"Aku penat".jawabku ringkas. Terpaksa aku sembunyikan perkara yang sebenar.
Pandanganku beralih pada cermin sisi keretaku. Terdapat sebuah kereta mengekoriku dari tadi. Ah sudah. Lelaki tadi ke? Kereta tadi memecut dan berada di sebelah keretaku sahaja. Cermin kereta itu gelap dan menyebabkan aku tak dapat nak lihat siapa yang memandu.
Cermin tingkap kereta itu terbuka dan satu tembakan dilepaskan tepat pada tayar belakang keretaku.
"Asyraff!!" Aku memandang ke hadapan. Sebuah kereta di hadapanku dan aku terus segera mengelak. Kereta diberhentikan di bahu jalan. Aku menapak keluar dari kereta lalu mengeluarkan sepucuk pistol lantas terus menembak kereta tadi beberapa kali.
"Asyraff!"
"Aien keluar! Lari!"jeritku. Tanpa teragak agak Aien terus melarikan diri. Kereta tadi berhenti berdekatan denganku. Seorang lelaki keluar dari kereta lalu melepaskan satu tembakan. Aku segera menunduk di belakang keretaku.
Nafasku tidak tentu. Aien sudah menghilang. Aku tahu dia mesti sedang dalam ketakutan sekarang. Satu lagi tembakan dilepaskan dan terkena pada cermin keretaku. Habis pecah.Senang mak bapak dia je pecahkam cermin kereta aku. Lama aku simpan duit semata mata nak beli kereta ni tapi dia pergi tembak. Dia fikir aku beli kereta ni dengan pasir? Okay stop.
Aku melepaskan satu tembakan pada lelaki tadi. Tepat. Lelaki itu mengerang kesakitan. Aku melihat dia yang sudah terbaring di atas tanah. Langkah diatur ke arahnya. Pistol masih diacukan padanya. Dua jariku diletakkan pada nadinya.
Acah polis padahal pembunuh.
"Mampus". Arwah dah rupanya. Peluru aku tadi terkena pada dadanya. Aku meninggalkan mayat lelaki itu begitu saja. Biar lah orang lain tolong ambil dia. Sekarang aku perlu cari Aien.
"Mana pula dia hilang ni?" Hoodieku dibuka dari kepala. Rimas. Serabut. Kenapa nasib aku jadi macam ni?
"Arghh!!" Aku menjerit sekuat hati. Stress. Semua aku lepaskan. Aku duduk melutut di atas tanah.
Satu tembakan dari belakangku dilepaskan. Peluru tepat pada bahuku. Dahiku berkerut seribu menahan kesakitan. Darah mula mengalir. Sebuah kereta meluncur laju pergi. Mayat lelaki tadi sudah tiada.
Handphone di dalam poket aku ambil lantas jari jemariku mendail nombor Zim lalu menelefonnya.
"Asy. Kenapa? Ada apa apa berlaku ke?"
"Zim...datang sekarang....urgent..."
Panggilan dimatikan. Aku cuba menggagahkan diriku untuk bangun. Kaki kananku terasa sakit. Baru aku perasan aku terkena tembakan di kaki. Badanku rebah di atas tanah.
Aku tak larat. Darah terlalu banyak keluar. Pandanganku mula samar samar. Aku kena lawan sakit aku. Aien lagi penting sekarang. Aku risau kalau apa apa yang terjadi pada Aien.
Badan aku makin lemah. Mataku makin ligat nak terpejam. Pandanganku beralih pada langit. Mungkin ini benda terakhir yang aku dapat lihat. Duniaku menjadi gelap.
******
"Terima kasih doktor".
Aku cuba membuka mataku perlahan lahan. Cahaya lampu menyebabkan aku sukar untuk membuka mata. Kepalaku terasa berat.
"Baru sedar. Aku ingatkan dah mampus tadi". Akhirnya aku dapat buka mataku dan melihat keadaan sekeliling. Semuanya berwarna putih. Aku berada di hospital.
"Doktor cakap kau banyak hilang darah. Mujur aku sama darah dengan kau kalau tak arwah dah kau. Ni kau kena tahan dulu buat sementara waktu. Badan kau lemah lagi".
Keluhan dilepaskan. Dalam garang Abang Jeff ada juga kebaikan dalam diri dia. Baru aku tahu dia sama darah dengan aku. Okay aku tahu itu semua tak penting sekarang.
Aku cuba bangun dari katil. Kakiku mula menjejak lantai.
"Ehh kau nak pergi mana tu? Duduk!" Kakiku dinaikkan semula di atas katil.
"Mana Aien?"
"Jangan risau. Dia ada dengan Tan Sri. Aku dah suruh dia cerita semua benda dekat aku tapi dia tak nak. Satu lagi minggu depan dia akan berangkat ke London. Jadi kerja kau lepas ni fokus pada misi aku. Kerja bodyguard tertangguh dulu sementara waktu".
Badanku disandarkan pada bantal. Handphone di atas meja aku capai. Aplikasi whatsapp dibuka.
Asy
Aien sorry sebab semalam √4:55 p.m.Mataku dipejam rapat.
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...