Aku menghantar pesanan ringkas kepada Zim dan Arul untuk meminta bantuan dari mereka berdua. Nasibku baik mereka dalam perjalanan menjejak teksi itu.Zim beritahu padaku yang talian mereka tiba tiba sahaja hilang sebaik aku menelefon mereka bertiga tadi untuk balik bersama. Ternyata mereka sudah merancang perkara ini dari awal lagi. Seakan akan ada seseorang mengintip kami sejak awal lagi.
Siapa?
Aku membuka langkah seribu mengejar teksi itu. Location pada telefonku dibuka bagi memudahkan Zim dan Arul menjejak aku di mana. Teksi tadi membelok ke kanan setelah lampu isyarat hijau. Mana dia nak bawa Aien?
Jarak antara aku dan teksi itu tidak jauh. Nak ikutkan hati aku memang akan tembak tayar kereta itu seperti yang aku buat tempoh hari. Tapi aku risau orang ramai akan kecoh dan lari bertempiaran. Tak pasal pasal penjara jadi rumah aku.
Lelaki di dalam kereta itu melepaskan tembakan padaku. Peluru tersebut dapat dielak namun lengan bajuku terkoyak sedikit. Pedulikan. Baju boleh diganti tapi nyawa? Aku bukan kucing sampai ada sembilan nyawa untuk hidup.
"Asyraff!! Belakang...belakang...!!!" Langkahku terhenti. Arul memberhentikan kereta di bahu jalan. Aku segera masuk ke dalam perut kereta lantas Arul memecutkan keretanya.
"Siapa dalam kereta tu?" Bahu Zim ditepuk.
"Zain. Dia orang suruhan Fong. Orang kuat Fong. Memang dari awal Fong, Roy dapat tahu rancangan mereka dari awal tapi talian asyik terputus saja tiap kali nak call kau. Macam kena hack".
Patut lah ada berpuluh missed call dari Abang Jeff dan Roy. Geng Fong memang pakar dalam bab menggodam.
Kami tiba di lebuh raya. Tidak banyak kenderaan lalu di kawasan ini. Zim memberi isyarat padaku. Pistol ditangan bersedia. Tingkap diturunkan. Pistol dikeluarkan. Tayar kereta itu menjadi sasaranku."Asy jangan. Biar aku". Pistolku dibawa turun. Zim melepaskan beberapa das tembakan pada teksi itu. Teksi tersebut mula hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan. Kereta diberhentikan di bahu jalan. Aku segera keluar dari dalam kereta lantas menapak perlahan ke arah teksi itu. Muncung pistol dihalakan pada teksi itu. Kelihatan Aien tidak sedarkan diri di bahagian belakang kereta.
"Woi! Hahahaha!! Sini la! Tembak aku!" Aku mengangkat wajahku. Zain menghalakan pistolnya padaku. Dia tersenyum sinis.
"Tembak la!" Zain mengacah acah pistolnya ke arahku. Jariku bermain main di picu pistol. Kenapa aku susah sangat nak lepaskan tembakan pada Zain?
"Asyraff selamatkan Aien! Dalam tu ada gas beracun!"arah Zim.
Aku mendapatkan Aien. Zim bertukar tempat denganku. Dia selesaikan Zain bersama Arul. Sesi tembak menembak mula berlaku.
"Aien! Bangun Aien!" Cermin kereta diketuk beberapa kali. Aien tetap tidak sedarkan dirinya. Pintu kereta cuba dibuka beberapa kali. Berkunci dari dalam.
Mask diambil dari dalam poket lalu dipakai. Aku mengambil jarak melepaskan tembakan pada cermin kereta. Tangan dibawa masuk ke dalam lalu kunci dibuka dari dalam lantas aku membuka pintu kereta.
Tubuhku dibawa masuk ke dalam. Aku membuka kedua dua pintu bahagian belakang kereta. Aku mendukung tubuh Aien dan dibawa keluar. Kuat juga bau gas beracun ni.
"Jom lari!" Arul menarik lenganku masuk ke dalam perut kereta. Kelihatan Zain sudah terbaring bermandikan darah di atas tanah. Arul segera memecut meninggalkan Zain mati di situ.
"Macam mana Aien? Dia okay tak?"soal Abang Jeff sebaik kami tiba di rumah. Tubuh Aien dibaringkan di atas katil. Kot ditanggalkan serta tali leher lalu dicampak ke atas katil. Keluhan dihela.
"Dia pengsan sebab terhidu gas beracun".jawab Zim.
"Haah... Nasib baik kitaorang sempat tahan Zain tadi. Punya lah jauh mamat cina tu lari".
"Zain? Budak Fong?" Aku mengangguk.
"Zim dah selesaikan dia. Mampus juga mamat tu". Aku mendengus geram.
"Asyraff!" Pintu dikuak dengan kasar. Roy muncul di muka pintu bersama laptop di tangannya. Mata kami tertumpu pada Roy.
"Kenapa kau ni?"
"Aien.... Dia tak selamat... Nyawa dia dalam bahaya".
Dahiku berkerut seribu memikirkan apa yang Roy sampaikan tadi. Kenapa dengan Aien?
"Apa yang tak kena dengan Aien?"soal Abang Jeff geram. Dia memandang tajam pada Roy.
"Zain dah suntik virus pada tubuh Aien. Virus tu masih lemah tapi boleh membawa maut. Aku dah tahu rancangan Fong. Dia nak bunuh Aien secara senyap dan umpan kau untuk ambil vaksin pada tangan Leo. Senang kerja mereka bertiga untuk bunuh kau Asy sebab kes Tuan Fairuz tempoh hari".
Kami tersentak bila mendengarnya. Virus?
"Berapa lama virus ni bertindak balas dalam badan Aien?"soal Abang Jeff dengan riak tenang.
"Virus ni aktif dalam masa tujuh minggu dan selepas tujuh minggu.... Virus ni akan bunuh Aien dalam senyap tanpa pengetahuan kita. Tapi virus akan bertambah aktif dari hari ke hari".
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...