Bab 12

7.8K 399 7
                                    


Kereta diparkir di hadapan halaman rumah. Enjin dimatikan. Nafas panjang dihela. Aku mula rasa tak sedap hati. Risau kalau Abang Jeff mengamuk tak tentu fasal sebab aku bawa Aien sekali.

"Kau termenung apa lagi?" Lamunanku terhenti.

"Tak ada apa. Jom". Serentak kami keluar dari dalam perut kereta. Aien terus meluru masuk ke dalam.

"Eh dia ni. Tinggal je aku dekat sini". Aku segera mendapatkannya. Nanti mereka nampak tak fasal fasal aku yang kena maki. Suka hati bawa orang luar ke sini. Aku memang cari nahas.

"Uncle!!! Assalamualaikum!! Uncle!!" Mulut Aien ditekup kasar. Aien menepis kuat tanganku.

"Kau nak culik aku ke apa?!"tengking Aien. Bila masa aku nak culik kau sia?

"Boleh tak diam. Jiran dengar tahu tak. Dah ikut aku". Aku mendahului Aien. Dia mengikutku dari belakang. Pintu rumah dikuak lalu aku menapak masuk ke dalam. Senyap.

"Arul! Arul!" Panggilku beberapa kali. Arul berlari anak dari dapur mendapatkanku. Aien memandang Arul pelik.

Pakaian Arul. Serba pink. Dari rambut hingga ke selipar arnab yang dipakainya. Aku memandangnya dari atas ke bawah. Apa kena dengan mamat ni?

"Asy cari apa?" Aku mengalihkan pandanganku ke wajah Arul.

"Mana yang lain?"soalku.

"Ada dekat atas. Bilik mesyuarat. Pergi la. Dah lama diorang tunggu Asy". Arul menarik senyuman manis. Aku tidak membalas senyumannya.

Baru saja aku membuka langkah ke bilik atas, lengan bajuku ditarik perlahan. Aku memaling ke belakang.

"Asy...aku?"

"Pergi duduk dengan Arul. Arul! Jaga dia ni!" Arul berpatah balik ke ruang tamu.

"Aku ada kerja kejap". Langkahku kembali diatur ke bilik atas. Pintu dibuka. Mereka sudah bersedia untuk berbincang.

"Lambatnya kau. Pergi mana? Ni kau demam ke apa pakai baju lengan panjang? Tak panas ke? Tadi dekat bawah bising tu kenapa?"soal Abang Jeff bertalu talu.

"Asy pergi ambil Aien bawa dia sini. Tan Sri tak ada. Pergi UK".

"Okay la. Aku ingatkan kau bawa orang lain. Kalau Aien tu aku tak kesah sebab dia anak saudara aku. Asalkan dia selamat".

Aku menghela nafas lega. Nasib baik Abang Jeff tak marah.

"Ada kerja apa malam ni?"soalku. Kerusk ditarik lalu punggung dilabuhkan.

Hanya kami berempat. Aku, Abang Jeff, Roy dan Zim akan menyertai misi kali ni. Arul? Dia memang jarang ke misi. Abang Jeff suruh dia duduk di rumah saja. Faham faham je lah Arul macam mana. Dia kalau dengar bunyi peluru pistol dilepaskan pun dah terjerit.

"Macam biasa. Malam ni Asy...kau buat betul betul. Mangsa hari ni Tuan Fairuz. Dia merupakan salah seorang yang berpengaruh besar dalam kalangan penjahat. Seorang ahli perniagaan yang berjaya. Di China, dia bersama kawannya melakukan aktiviti mengedar senjata dan barang terlarang".

"Misi mereka berdua untuk membunuh ancaman mereka. Sejak kebelakangan ni, ramai yang ingin membunuh Tuan Fairuz sebabkan harta dia yang tak terkira tu. Jadi dia berpakat dengan kawannya untuk melindungi dirinya".

Aku masih terpinga pinga.

"So, kenapa nak bunuh dia? Kita ancaman dia ke?"

"Semua penjahat di sini nak bunuh dia. Kan aku dah cakap. Tuan Fairuz akan target mana mana kumpulan penjahat supaya dia saja yang berkuasa. Dah tiga kumpulan penjahat menjadi mangsa dia. Jadi sebelum kita yang jadi mangsa lebih baik kita bunuh dia siap siap dulu".

Aku menangguk faham.

"Roy, ambil barang". Roy menapak ke almari belakang. Dia mengeluarkan sniper dan dihulurkan padaku.

"Guna tu. Boleh tembak dari jarak jauh dan tak hasilkan bunyi apabila peluru dilepaskan".

******

Tepat pukul 8:30 malam kami tiba di lokasi yang ditetapkan AbangJeff. Roy dan Zim sedia keluar dari kereta dan menjaga di kawasan mereka. Sniper disimpan di dalam beg khas.

Aku menapak keluar dari dalam perut kereta. Langkah diatur masuk ke dalam hotel. Ramai orang yang berpangkat hadir ke majlis ni. Mataku melilau mencari tempat yang sesuai.

Aku mendongak. Tingkat ketiga. Pen khas yang terdapat mikrofon aku keluarkan. Aku segera memberitahu Roy dan Zim.

"Roy...Zim..aku dah jumpa tempat sesuai".

"Okay bagus....ingat rancangan kita".

Aku menyimpan semula pen itu dan segera ke tingkat tiga. Laluan itu gelap. Tiada siapa yang lalu di situ termasuklah pengawal keselamatan. Sebab aku tahu Roy dan Zim dan tidurkan pengawal itu.

"Mengikur atur majlis tu, tepat pukul 9 malam Tuan Fairuz akan berucap. Jadi masa tu aku nak kau jalankan tugas kau".

Jam ditilik. Pukul 8:55 malam. Sniper dibawa keluar dari dalam beg. Peluru sudah siap dimasukkan. Sniper diangkat paras bahu. Aku halakan di pentas tempat yang Tuan Fairuz akan berucap.

Para jemputan bertepuk tangan dan Tuan Fairuz membuka langkah ke pentas.

"Pastikan tepat..dan dia mati".

Tuan Fairuz sudah bersedia di atas pentas. Jariku bermain main di picu sniper.

"Asyraff!! Tolong mama!!"

Picu ditarik dengan sengaja. Sasaran terlepas. Peluru terkena pada cermin. Suasana majlis menjadi kecoh. Aku terpandang ke bawah. Seseorang mendongak kepalanya dan memandangku. Dia tersentak. Aku terus bersiap dan melarikan diri.

Aien. Dia pandang aku.


BODYGUARDWhere stories live. Discover now