"Sedap kau masak. Ingatkan pandai menembak je". Aien tergelak kecil. Dia terus menghabiskan makanan yang aku masak. Aku sekadar tersenyum."Kau tahu tak.... Dah lama sangat kau hilang. Tiga bulan... Sekejap bagi kau tapi lama bagi aku". Riak wajah Aien berubah. Rasa serba salah mula datang dalam diriku. Aku tinggalkan Aien selama tiga bulan tanpa sebab.
"Okay Aien... Aku minta maaf sebab buat benda bodoh tu. Aku tak tahu kenapa aku buat macam tu. Aku tak fikir. Tapi lepas tiga bulan aku lari, aku rasa macam.... Kau faham kan?" Aku menarik senyuman nipis.
"Sejak kau lari tu, banyak benda dah jadi. Aku selalu rasa macam kena ikut sejak kebelakangan ni. Aku rasa mana mana aku pergi aku tak selamat. Rasa macam diperhati".
"Perasaan kau je tu. Sekarang aku dah ada. Mulai hari ni mana mana kau nak pergi kau beritahu aku. Aku teman kau. And lagi satu enam bulan aku cuti tu tanpa gaji ke apa?" Aien tergelak.
"Tak....".
"Aien! Keluar sekarang!" Satu suara yang garau menerjah masuk ke dalam rumah.
"Asy..." Aien memegang erat lenganku. Aku menarik lengan Aien dan berlari naik ke tingkat atas. Pintu sebuah bilik dikuak lalu dikunci dari dalam.
"Asy aku takut....". Wajah Aien sudah mula pucat. Aku menenangkan dirinya.
"Aien keluar sekarang! Hutang kau belum selesai lagi!" Kedengaran setiap pintu bilik dibuka satu per satu dengan kuat.
"Sini". Kami menyorok di bawah katil. Aku menekup mulut Aien dengan tapak tanganku. Jarak antara aku dan Aien tidakku peduli. Perkara penting sekarang ni ialah nyawa.
"Buka pintu ni! Aku tahu kau ada dekat dalam!" Kini bilik ini menjadi mangsa. Pintu diketuk beberapa kali dengan kasar.
"Bos dia ada dekat dalam". Nampaknya bukan dia seorang saja sekarang. Dia cuma anak buah sahaja.
"Sabar... Aien sayang... Buka pintu ni. Abang ada surprise untuk sayang. Dah lama kan kita tak jumpa. Kan abang dah janji dengan sayang yang kita akan jumpa. Sekarang abang dah datang, buka pintu ni sayang... Ke nak abang masuk?"
Terasa titisan air mata di tanganku. Aku memandang wajah Aien yang sudah dibasahi dengan air mata. Walaupun aku tidak tahu apa yang jadi sekarang, lelaki di luar tu membawa aura negatif yang kuat pada Aien. Mungkin ini trauma dia?
"Shhh... Jangan nangis". Otakku buntu. Mataku melilau mencari jalan keluar. Tingkap! Yeah tingkap!
Lebih baik cepat sebelum pintu ini dapat dibuka. Aku segera menarik Aien ke dalam pelukanku dan berlari ke arah tingkap. Tingkap itu dibuka seluas alam.
"Aien pejam mata".
"Kau nak terjun ke Asy?! Gila ke apa?!"
"Pejam je la!" Aien menurut.
"Tahan nafas".arahku. Kalau kami terjun, tubuh kami akan betul betul jatuh ke dalam kolam renang.
Tanpa berfikir lebih panjang kami terus melompat ke bawah. Air di dalam kolam merecik kuat.
"Bos dia terjun!" Aku membuka mataku lantas berenang ke tepi. Aien didukung secara piggy bag lalu aku membuka langkah seribu keluar dari kawasan ni. Kereta dibiarkan. Kalau aku pandu, lebih bahaya. Kemungkinan besar mereka mempunyai senjata.
Aien terbatuk batuk di belakangku. Aku berlari masuk ke lorong kecil yang diterangi cahaya lampu jalan.
"Asy berhenti... Berhenti...". Bahuku ditepuk beberapa kali tapi aku tidak pedulikan arahan Aien.
"Aku tak boleh berhenti... Diorang boleh kejar kita". Aku teruskan berlari ke rumahku. Tempat itu sahaja yang aku fikir sekarang tapi... Aku dah lari terlalu jauh dari jalan ke rumahku.
"Asy berhenti sekarang... Aku... Aku cakap berhenti". Rambutku ditarik dengan kuat. Aku tahan kesakitan yang aku alami sekarang. Gila tak sakit bila rambut kena tarik? Lama kelamaan rambutku dilepaskan.
Tangan Aien jatuh ke bawah. Aku cuba menyedarkan Aien beberapa kali. Dia tidak menyahut.
"Aien? Aien? Pengsan ke?" Langkahku terhenti. Darah pekat mengalir keluar dari hidungnya. Sekarang baru aku tahu kenapa dia suruh aku berhenti berlari tadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/97967887-288-k692499.jpg)
YOU ARE READING
BODYGUARD
Misterio / SuspensoAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...