Bab 16

6.7K 348 0
                                    


Sudah hampir seminggu aku ditahan di wad. Keadaanku semakin stabil dan aku dibenarkan pulang ke rumah petang nanti. Doktor Haikal menapak keluar dari dalam wad bersama seorang jururawat. Bantal ditegakkan di katil dan badanku disandarkan pada bantal itu.

Fikiranku jauh melayang. Macam mana keadaan Aien sekarang? Dia dah makan belum? Sihat ke tak? Dia masih trauma fasal kejadian lepas lagi ke? Fikiranku serabut dengan pelbagai soalan yang timbul.

Pintu diketuk dari luar. Lamunanku terhenti. Roy melangkah masuk ke dalam lalu menarik kerusi dan melabuhkan punggung di sebelah katilku. Bekal makanan diletakkan di atas meja.

Aku memang tak suka makan makanan di hospital. Pernah sekali aku makan dan aku muntah balik. Semua makanan itu berbau seperti ubat. Itu lah salah satu sebab kenapa aku tak makan makanan hospital.

"Kau macam mana?"soal Roy membuka perbualan antara kami. Aku duduk bersila menghadapnya.

"Doktor Haikal cakap aku dah boleh balik petang nanti. Keadaan aku dah stabil. Cuma perlu rehat. Itu je". Roy terangguk angguk mendengar jawapanku.

"Roy...macam mana dengan Aien? Dia dah balik sini belum?"

"Buat sementara waktu ni, Jeff tak beri kau dan Aien berjumpa. Sebab...."

Aku tersentak. Biar betul Abang Jeff tak beri aku jumpa dengan Aien langsung? Dia dah gila ke apa? Apa guna aku bodyguard dia kalau aku terpaksa berjauhan dengan dia?

"Kenapa pula?! Asy bodyguard dia. Asy perlu ada bersama dia. Dah jadi tanggungjawab Asy. Tak akan lah Asy nak lepas macam tu aje?!" Suaraku meninggi. Roy menenangkan diriku.

"Asy dengar dulu apa yang aku nak cakap ni. Ada sebab kenapa Jeff buat macam tu. Tak akan lah dia saja buat macam tu dekat korang kan?"

Aku melepaskan keluhan berat. Perlu ke Abang Jeff buat macam ni sekali? Arghh!! Aku benci hidup aku asyik kena kawal. Semua arahan kena ikut.

"Aien masih trauma sebab kejadian tu. Bahaya kalau korang terus berjumpa. Biarkan Aien tenang dulu. Kalau korang terus berjumpa, macam macam perkara buruk boleh terjadi".

"So, Asy tolong lah faham. Jeff tak berniat nak pisahkan korang dan dia tahu apa yang terbaik untuk anak buah dia juga. Jeff tak sekejam tu sampai nak halang korang berkawan".

Aku mendengar satu per satu perkataan yang keluar dari mulut Roy. Semua dia cakapkan itu semua betul. Aku tak pernah nafikan kata kata Roy. Dia ibarat penasihat peribadi aku. Tapi itu lah, aku yang keras kepala tak nak dengar nasihat dia.

"Kalau sesuatu perkara terjadi pada Aien macam mana? Asy tak ada nak lindungi dia. Sampai bila Abang Jeff nak buat macam ni?! Asy penat lah! Hidup Asy semua dia yang kawal. Asy tak pernah rasa bebas!"

Apabila api makin marak, segala perkataan akan keluar dari mulut aku. Semua perkara yang aku tidak puas hati aku luahkan. Secara tak sengaja. Riak wajah Roy sedikit berubah dari yang asal.

"Asyraff....Aien tak akan apa apa. Dia selamat. Jeff tahu apa yang dia buat ni betul. Tak lama pun. Buat sementara waktu saja. Okay?"

Aku mendengus geram. Ya. Aku masih tak dapat terima fasal Abang Jeff.

"Jeff atur hidup kau ada sebab. Kau anak yatim piatu Asy. Jeff dah ambil kau dari kau sekolah lagi sampai sekarang. Dia jaga kau dengan baik. Dia atur hidup kau sebab dia tahu apa yang terbaik untuk kau. Jangan lah kau fikir negatif fasal perkara ni".

"Kalau kau rasa tak selesa hidup kau kena kawal, kau terus terang saja dengan Jeff. Kau luah semua pada dia. Mana tahu dia akan ubah semua benda ni. Kau tak cuba. Kau simpan perasaan kau".

Aku terdiam dengan kata kata Roy. Kata kata dia memang tak pernah silap. Roy memang hebat memberi motivasi. Lidahku kelu. Tak dapat nak melawan kata kata Roy.

"Aku nak rehat". Selimut ditarik menutup seluruh tubuhku. Aku baring mengiring membelakangi Roy. Mataku dipejam rapat.

"Aku minta maaf kalau kata kata aku sakitkan hati kau tapi itu saja yang aku mampu tolong nasihatkan kau. Rehat la. Petang nanti Arul datang ambil kau. Aku pergi dulu". Bahuku ditepuk perlahan. Roy menapak keluar dari wad.
Tanpa aku sedar,cecair jernih keluar dari mataku.

"Maafkan Asy...Roy".

BODYGUARDWhere stories live. Discover now