Aku mengatur pulang ke ruman sendiri. Joe sudah hilang entah ke mana. Mungkin dia pergi cari aku. Tak apa lah nanti aku mesej dia yang aku dah balik. Langkahku terhenti bila melihat sepasang kasut lelaki di luar pintu rumah."Siapa pula kali ni?"
Tapi yang pasti bukan kasut papa. Papa tak pernah balik siang hari. Papa akan balik pukul 7 malam dan ke atas. Hanya mama yang balik pada waktu sekarang. Papa dan mama akan pilih waktu yang berlainan semasa bekerja. Mama kerja malam balik pagi. Papa kerja pagi balik malam. Mereka tak akan bertemu.
Jantungku mula berdegup kencang. Aku rasa tak sedap hati seperti ada sesuatu yang aku tak inginkan akan berlaku di dalam rumah. Pintu rumah dikuak perlahan. Sunyi. Aku mengatur langkah naik ke tingkat atas. Di bilik mama aku terdengar suara seorang lelaki.
"Mama buat lagi".
Aku mengeluh berat. Lebih baik aku masuk dalam bilik terus sebelum lelaki tu nampak aku dan paksa aku jadi 'penonton' projek mereka berdua. Pintu bilik dikunci dari dalam. Aku terduduk. Wajahku diraup.
Iphone di atas meja belajar aku capai lantas aku membuka aplikasi whatsapp. Aku menghantar mesej pada Joe.
Joe..aku dah balik..sorry tak cakap dekat kau √√ 3:03 p.m.
Iphone dicampak ke atas katil. Kenapa aku ada keluarga macam ni? Kasih sayang mak ayah hilang begitu saja. Hanya disebabkan nafsu dan duit saja. Mama dan papa lupa akan segalanya. Mereka hanya mahu keseronokan. Hanya mahu puaskan niat mereka.
Gambar di atas meja aku ambil. Senyuman terukir di bibirku. Bila lah aku dapat tengok wajah mama dan papa tersenyum seperti dalam gambar ni? Tak akan terjadi.
Aku membuka album gambar. Satu per satu gambar aku perhati. Semuanya menyimpan kenangan yang indah buat aku. Sekeping gambar terjatuh dari album lantas aku ambil.
"Gambar ni?"
Sudah tujuh tahun aku tak berjumpa dengan dia. Mana dia sekarang? Dia masih hidup ke? Aku tak dapat nak tipu perasaan aku. Ya, aku rindu dia. Sejak dia pindah, hidup aku mula rasa kosong. Semuanya berubah sekelip mata.
"Aien. Mana kau".
******
Mama dan papa sama saja. Dua dua curang sama sendiri dan dua dua tak kesah jika berlaku apa apa antara mereka. Kenapa mama tak minta cerai dengan papa sedangkan mama tahu papa curang di belakang mama?
Buku latihan hanya dibiarkan terbuka. Helaian demi helaian ditiup angin. Aku mengelamun. Pandanganku melekat di luar tingkap. Angin malam menerpa ke tubuhku. Jam menandakan pukul sembilan malam. Papa sudah pulang ke rumah.
Nasib aku baik hari ni sebab papa tak lepaskan marahnya padaku. Aku boleh tenangkan diri aku. Fikiranku teringatkan pada Aien. Sejak aku lihat gambar dia tadi aku asyik terfikir fasal dia pula. Ah anggap lah dia dah tak ada.
"Asyraff! Turun bawah!"Ah sudah papa dah panggil. Aku baru nak relax malam ni. Lebam semalam pun belum baik hari ni kena tambah lagi.
"Ada apa pa?" Aku tercegat di tangga.
"Turun la sini! Kau ingat kau anak raja ke apa nak diri situ?!" Aku menurut. Papa bersama seorang wanita dalam lingkungan 20-an di hadapanku. Aku memandang mereka berdua.
"Aku nak mandi kejap. Kau layan dulu bakal mak kau". Papa naik ke tingkat atas.
Wait papa cakap apa tadi? Bakal mak? Habis tu mama? Haa mulut aku masin betul. Mama dah minta cerai ke apa?
"Eh diri je? Tak pandai layan tetamu datang ke? Tolong la ambilkan air". Aku menapak ke dapur. Air oren yang sudah dibancuh aku tuang ke dalam gelas. Gelas dihulurkan padanya.
Dengan sengaja dia menumpahkan pada bajunya. Aku terkejut dengan perbuatannya tadi. Dah kenapa mak cik ni? Mulut dia memang dekat peha eh?
"Apa ni?! Tumpah pula!"tengkingnya.
"Kenapa bising ni?" Papa turun dari tingkat atas.
"Tengok la ni. Budak ni memang saja nak naikkan darah I". Papa merenungku.
"Asy..."
"Naik atas!"
Perempuan tadi menarik senyuman jahat. Aku menurut arahan papa. Kalau papa tak ada dah lama aku bunuh perempuan tadi.
Ergh!
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...