Kereta diparkir di sebuah taman permainan di bandar. Taman itu diterangi cahaya lampu yang berwarna warni di pokok. Enjin kereta dimatikan."Kita nak buat apa dekat sini?"
"Ikut je la". Aku menapak keluar dari dalam perut kereta. Aien menurut dengan arahanku. Dia berjalan di belakangku. Mataku meliar mencari sesuatu. Jam ditangan ditilik.
"Mana ni? Patutnya sekarang dah sampai". Aku terpandang seseorang di sebalik pokok. Dia memberi isyarat jari dan aku mengangguk faham.
"Aien jom pergi restoran tu. Aku belanja kau makan".
"Ni yang makin sayang dekat kau. Jom!" Aien mendahuluiku berjalan ke restoran. Langkahku diatur menuju ke meja yang dah siap ditempah. Kami duduk di meja di bahagian tengah restoran. Ramai pelanggan pada malam ini. Memang betul lah restoran ni popular dekat sini.
Tiba tiba sahaja seluruh lampu di restoran ini terpadam. Kedengaran beberapa orang sedang bertanyakan hal ini. Terdapat juga yang merungut sebab mengganggu waktu makan mereka.
"Asy gelapnya. Jom makan tempat lain. Aku tak selesa la. Asy? Asyraff? Mana kau?" Aien tercari cari kelibatku di hadapannya. Dia meraba raba tangannya ke hadapan.
"Joe dah siap?" Joe berlari anak bersama kotak di tangannya.
"Okay done. Jom!"
Lampu dibuka semula. Aku dan Joe berjalan beriringan ke meja Aien dengan bercahayakan lilin pada kek.
"Happy birthday to you.... Happy birthday to you... Happy birthday to Aien... Happy birthday to you..."
Seluruh restoran itu meriah dengan tepukan orang ramai. Kotak yang berisikan kek diletakkan di hadapan Aien. Kelihatan Aien tidak terkata kata.
"Asy.... Kau..."
Kerusi ditarik lalu aku dan Joe melabuhkan punggung di meja makan. Aien meraup wajahnya.
"Kau okay tak?"soal Joe risau. Aien mengangkat wajahnya. Ternyata air matanya mengalir.
"Macam... Ah... Sampai hati korang tak cakap pun... Saja kan". Aien tersenyum sendiri sambil menyeka air matanya. Aku dan Joe tergelak kecil.
"Dah la. Daripada kau nangis tak berhenti lebih baik makan. Dari dekat rumah lagi aku tahan lapar sebab kau. Tunggu kek sampai lagi... Nak acah blackout lagi. Ingat senang ke nak berpakat dengan owner restoran ni?"
"Orang tua cakap tak elok membebel depan rezeki. So better kau diam". Joe menepuk perlahan pipiku. Aku mendengus geram.
"Thanks korang. Ingat juga dekat birthday aku".
Senyuman kembali terukir di bibir Aien. Sudah lama aku tidak lihat dia gembira seperti ini selepas arwah Tan Sri Roslan pergi. Dari balik dari kubur hingga semalam, dia asyik senyap dan suka menyendiri. Hari ni aku dapat lihat semula senyuman di bibirnya. Itu yang aku harapkan.
"Asy aku balik dulu. Aien happy birthday. Jaga diri". Joe melambai tangannya sebelum bayangnya hilang setelah masuk ke dalam perut keretanya.
"Dah jom aku hantar kau balik". Kami mengatur langkah ke tempat parkir kereta. Aku tersentak bila melihat keretaku tiada di tempat parkir. Memang tak silap lagi aku memang parkir kereta di sini.
"Mana kereta kau?" Aien menggoncang lenganku beberapa kali. Fikiranku buntu.
"Mana aku tahu!" Lenganku dilepaskan perlahan lahan. Telefon bimbit diambil dari dalam poket lantas aku mendail nombor Arul.
Entah kenapa emosi aku tidak stabil sekarang. Aien hanya berdiam diri di sebelahku. Perasaan serba salah mula timbul dalam diriku.
Ah, Asy kereta je.
"Mana Arul ni?" Sudah beberapa kali aku menelefon Arul, tapi satu pun tak berjawab. Keluhan berat dilepaskan. Nombor Roy dan Zim dicari. Namun kedua dua tidak berangkat. Tak kan lah aku nak call Abang Jeff? Confirm dia tak jawab.
"Kita balik naik teksi la". Aien menurut. Nasib baik hari masih awal. Ramai lagi orang di sekitar bandar ketika ini. Tidak lah rasa curiga sangat. Kalau apa apa jadi boleh minta tolong orang ramai di sini.
Sebuah teksi kelihatan dari jauh. Tangan dilambai bagi menahan teksi itu. Ternyata tiada penumpang. Aku menyuruh Aien masuk ke dalam terlebih dahulu. Telefonku berdering lantas aku menjawab panggilan dengan segera.
"Haa Roy kenapa? Tadi aku call banyak kali kau tak angkat pun. Sama je dengan yang lain. Kau tahu kereta aku hilang". Belum sempat Roy berkata kata aku terus 'menembak'nya.
"Ah lupakan pasal kereta kau tu. Sekarang pasal Aien. Dia dalam bahaya".
Dalam bahaya? Baru tadi dia dengan aku. Tak ada apa apa pun yang berlaku.
"Kau ni dia elok je ada dengan aku".
"Teksi tu... Bukan driver betul... Dia orang Fong. Lebih baik kau tahan dia cepat!"
Talian dimatikan. Tahan dia cepat? Aku menoleh ke belakang. Okay sekarang baru aku faham kenapa Roy suruh tahan teksi tu sebab teksi tadi dah bergerak jauh.
"Mampus aku".
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...