Bab 13

6.9K 413 0
                                    


"Macam mana boleh tersasar?! Kau tak fokus ke hah?! Lain yang aku harap lain yang jadi!" Bergema ruang bilik itu dengan suara Abang Jeff sahaja. Kami hanya membisu. Tidak berani nak berkata apa apa.

Abang Jeff memang tengah naik angin sekarang ni. Semua sebab aku. Aku ulang sekali lagi. Sebab aku. Tembakan aku tersasar terkena pada cermin dan dah menyebabkan misi ni gagal. Arul yang tidak turut serta pun kena marah.

Fikiranku masih teringatkan tentang Aien tadi. Dia memang pandang aku. Wajah dia macam ketakutan bercampur marah.

"Kau tak fikir ke kalau terkantoi tadi?!"

"Tapi Jeff, dia terlepas tadi. Tak ada siapa yang perasan".celah Roy tiba tiba. Aku memandang wajahnya.

Berani sungguh Roy menjawab semasa Abang Jeff tengah meletus tu. Abang Jeff merenung tajam ke arah Roy. Macam nak telan je si Roy tu.

"Kau cakap apa tadi? Tak ada orang yang perasan? Habistu ni apa?!" Abang Jeff mencampak Ipad ke atas meja. Kami bertiga meneliti gambar yang terdapat pada Ipad itu.

Jelas terdapat seseorang sempat merakam aku yang berlari secara menunduk di tingkat atas tetapi hanya nampak seperti kelibat hitam.

"Tapi just nampak kelibat hitam. Tak nampak muka". Komen Arul. Abang Jeff merengus geram. Kenapa diorang semua makin nak naikkan darah Abang Jeff?

"Zaman sekarang dah moden. Macam macam orang boleh buat sekarang". Pintas Zim sebelum Abang Jeff berkata.

Aku hanya membisu dari tadi. Aku takut kalau tersalah cakap. Jadi lebih baik aku komen dalam hati je lah. Hanya aku saja yang tahu.

"Asy cakap la". Roy menyiku lenganku. Aku menghela nafas berat.

"Abang Jeff,  Asy minta maaf. Ya, Asy mengaku Asy tak fokus masa jalankan tugas. Salah Asy. Asy janji tak akan buat lagi". Aku memandang wajah Abang Jeff dan berharap agar dia maafkan aku.

"Ermm...keluar". Roy menarik tanganku. Kami menapak keluar dari bilik. Aku masih tidak berpuas hati.

"Rehat lah Asy. Biar Jeff tenang dulu". Bahuku ditepuk perlahan. Langkah diatur ke bilik tidurku. Badanku dihempas ke katil. Fikiranku melayang pada perkara yang terjadi semalam.

"Kenapa suara arwah mama tiba tiba muncul dalam fikiran aku?"

"Asyraff!! Tolong mama!!!"

Wajahku ditekup dengan bantal. Air mata jernih mengalir dengan tiba tiba. Aku rindu arwah mama dan papa.

******

Seharian Aien tidak menelefon atau mesej aku. Dia sakit ke? Dia sibuk ke? Aku ambil keputusan untuk pergi ke rumah dia. Angin Abang Jeff masih belum sejuk. Biarkan lah dia.

Kereta Tan Sri tiada di garaj kereta. Maknanya Tan Sri masih belum pulang. Selama ni seharian aku tinggalkan Aien seorang diri. Baru aku perasan. Aku terlalu marahkan Abang Jeff semalam sehingga lupa akan tanggungjawab aku pada Aien.

"Aien?" Pintu rumah dikuak. Aku menapak masuk ke dalam. Sunyi saja. Mataku tertangkap pada sesusuk tubuh seseorang di penjuru dinding. Aien duduk memeluk lutut. Dia menangkat wajahnya.

"Aien? Kau okay tak?" Perlahan lahan aku mengatur langkah ke arahnya.

"Pergi!! Keluar!! Kau pembunuh!!" Pisau diacukan padaku. Aku tersentak. Mana dia dapat pisau tu?

"Aien...relax..ni aku Asyraff. Letak pisau tu ke bawah". Aku cuba nak tenangkan diri Aien. Tangannya terketar ketar mememang pisau. Aku cuba mengambil pisau dari tangannya tetapi Aien cepat mengelak dan mata pisau itu tertoreh pada lengan kiriku.

"Akhh...". Pedih. Luka itu aku biarkan dulu.

"Pergi!! Pergi laa...!" Suara Aien makin lemah. Air matanya masih mengalir. Pisau ditangannya terjatuh di atas lantai.

"Aien...".

Kenapa dia boleh jadi macam ni? Dulu dia tak pernah pun macam ni. Ada perkara yang menyebabkan dia takut. Tapi apa?

"Asy...aku takut...". Aien memeluk tubuhnya. Aku duduk berdekatan dengannya.

"Jangan risau. Aku ada. Aku akan jaga kau".

"Aku nampak...orang pakai mask....senjata...dia nak bunuh aku".

Kejadian kelmarin. Aien tidak perasan orang itu ialah aku. Berita bagus tapi sampai bila aku nak terus menipu macam ni?

BODYGUARDWhere stories live. Discover now