Daguku ditongkat. Pandanganku dilemparkan ke luar tingkap. Hujan renyai mula membasahi bumi. Aku membuka tingkap lalu mengeluarkan tanganku. Terasa titisan air hujan di tapak tanganku.Selalunya semasa aku kecil, aku dan mama suka bermain hujan bersama. Papa pula sering memarahiku jika aku pulang ke rumah dengan keadaan basah lecun. Aku tersenyum sendiri.
Masa dah tidak boleh diputar semula. Mama dan papa telah pergi buat selamanya. Bahuku dipegang dari belakang. Aku menoleh. Abang Jeff.
"Kau ada problem ke? Senyap je dari pagi tadi". Abang Jeff menarik kerusi lalu duduk di sebelahku. Nafas panjang dihela. Tangan dibawa masuk ke dalam.
"Tak ada apa. Cuma terfikir fasal something"."Fasal Aien kan?" Macam mana Abang Jeff dapat teka dengan tepat? Dia seakan akan boleh membaca fikiran seseorang.
"Kenapa dengan Aien? Korang ada gaduh ke?"soal Abang Jeff bertubi tubi.
"Asy tak tahu nak mula dari mana. Panjang sangat cerita". Aku melepaskan keluhan berat."Senang je. Kau pendekkan. Biar pendek asalkan padat dan senang nak faham".
"Asy dulu pernah berkawan dengan Aien tapi sekejap je sebab dia pindah. Asy pernah janji pada dia yang Asy akan cari dia. Tak sangka pula Asy dapat jumpa dia. Asy ingatkan dia dah mati ke apa".
"Eh kau mulut jaga sikit. Tampar nanti sia sia je kau hidup". Abang Jeff mengangkat tangannya. Aku tersengih.
"Tapi sangkaan Asy salah. Dia ada rupanya dan masa Asy jumpa dia dekat rumah hari tu, dia tak tunjuk sebarang reaksi pun. Asy punya lama cari dia tapi bila dah jumpa dia macam dah tak kenal siapa Asy".
Aku rasa sakit sangat. Dia memang sengaja lupa aku ke?
"Wait kau pernah kawan dengan dia? Kejap.... Haa!! Kau la budak hingusan yang kawan baik dengan Aien dulu tu kan. Yang pembawa malang tu kan". Abang Jeff mengacukan jari telunjuknya padaku.
Budak hingusan dia panggil aku? Kejap pembawa malang? Kejam sangat dia ni.
"Haah". Abang Jeff memukul lenganku."Laa ada depan mata je sekarang. Lain eh kau. Dulu comot sekarang upgrade dah". Abang Jeff tergelak sendiri. Dah berapa lama Abang Jeff ni perhatikan aku?
"Asy nak tahu...ada sesuatu yang berlaku pada Aien ke dulu?"soalku. Riak wajah Abang Jeff berubah serta merta. Aku tersalah cakap ke?
"Masa umur dia sebelas tahun, dia kemalangan dengan ayah dia. Keadaan ayah dia tak teruk mana cuma patah kaki. Tapi Aien...".
"Kenapa dengan Aien?" Aku mula tidak sabar.
"Aien tercampak keluar dari kereta. Hentakan di kepalanya sangat kuat dan dia koma di hospital".
Mataku hampir saja tersembul keluar bila mendengarnya. Aku dapat rasakan kesakitan yang Aien alami.
"Jadi....kenapa Aien tak kenal Asy?"
"Lepas dia tersedar dari koma, doktor dah sahkan dia amnesia disebabkan hentakan di kepalanya".
"Amnesia?"
******
Pandanganku dilemparkan ke luar tingkap kereta. Dagu ditongkat. Fikiranku jauh melayang. Kata kata Abang Jeff masih lekat di mindaku.
"Aien tercampak keluar dari kereta. Hentakan di kepalanya sangat kuat dan dia koma di hospital".
"Jadi... Kenapa Aien tak kenal Asy?"
"Lepas dia tersedar dari koma, doktor dah sahkan dia amnesia disebabkan hentakan di kepalanya".
Patut lah Aien tak kenal aku bila kami berdepan. Aku tak tahu perasaan aku sekarang.
Gembira sebab aku dapat jumpa orang yang aku sayang setelah berapa tahun terpisah.
Sedih sebab dia langsung tak ingat siapa aku.
Handphoneku berbunyi tanda mesej masuk. Aku segera membuka aplikasi whatsapp. Aien.
Aien
Malam nanti boleh tk teman aq? √√5:30p.m.Asy
Sorry...aq busy malm nanti..ada kerja√√5:31p.m.Aien
Alaaa😭 boleh laa👉👈√√5:32p.m.Asy
Kau tk tkut ke kluar mlm buta?√√5:32p.m.Sengaja aku nak takutkan dia sebab malam ni memang aku ada kerja dengan Abang Jeff. Tak kan la aku nak bawa dia ikut kerja aku sekali.
Aien
Kau kn bodyguard aq..boleh jg aq 😃√√5:33p.m.Keluhan berat dilepaskan. Kenapa dia degil sangat?
Asy
Ye la... Nnti aq dtg ambil kau √√5:33p.m.Aien
Yeayyy!!! 🎉 √√5:33p.m.Terpaksa lah aku bawa budak tu ikut aku sekali. Harap Abang Jeff tak marah la.
YOU ARE READING
BODYGUARD
Mystery / ThrillerAku pembunuh upahan dan dalam pada masa yang sama aku juga seorang bodyguard. Aku menjadi bodyguard pada seorang perempuan yang trauma akan pembunuhan. Setiap kali aku membunuh orang dia akan jauhkan diri dia daripada aku. "Kau pembunuh! Keluar!" "...