Harini adalah hari terakhir mereka mengambil kertas bagi SPM dan STPM . Ezzah dan Izzah teruja untuk menjawab kerana subjek paling senang bagi mereka adalah Addmath tapi tidak bagi Nalin , Syiqa , Najwa , Ana dan Ayunee . Mereka mengeluh berat , kenapa mesti subjek ni jugak yang akhir ? Erghh
Mereka bertujuh bergerak ke dewan peperiksaan bersama-sama . Apabila sampai di meja masing-masing , mereka melabuhkan duduk . Kertas soalan diedarkan dan dengan doa ditadahkan , mereka mula menjawab
Syiqa menyelak kertas soalan itu sehelai demi sehelai sambil mulutnya tidak berhenti mengeluh . Bapaklah susah ! Ni kalau aku berak pun tak lepas-lepas jawab benda ni
Najwa mengangkat kepalanya memandang siling bumbung dewan itu . Woi najwa , dekat situ takde jawapan bro
Ana mengaru kepalanya yang tidak gatal , soalan ni macam nak bagi aku arwah cepat doh . Susah dia macam nak berak tak lepas !
Nalin memandang kawan-kawannya yang tekun menekan kalkulator sebelum mulut kecilnya bergerak untuk bernyanyi kecil . Gila kau nak nyanyi kuat-kuat , mahu dewan sebelah pun dengar . Buat malu je .
Ayunee pula bertindak meletakkan kepala apabila selesai menjawab , entah apa yang di jawabnya . Mukanya kelihatan tenang ketika menjawab . Apabila dia meletakkan kepala , airmatanya menitis . terdengar esakan yang kecil darinya . Dia merasakan dirinya akan gagal
Izzah yang berada disebelahnya menoleh .
Aduh , minah ni kenapa pulak menangis ? Rindu Wazir ke ?
Ah siapkan dulu baru fikir pasal minah ni .
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Akhirnya mereka mengakhiri peperiksaan itu pada petangnya . Mereka keluar daripada dewan dengan menghela nafas lega . Nalin tersenyum bangga
" Finally tadi aku berjaya jugak buat fizik even soalan dia susah gila " ujar Nalin .
" Same bruh . Senang kacang je soalan dia " sambung Ezzah pula .
" Hekeleh kau zah senang kacang konon , tadi aku tengok macam mak hilang anak je nak jawap " balas Syiqa selamba . Kau nak membongak baik-baik sikit
Ezzah tersengih . Kantoilah pulak
" Gais , aku gerak dulu okay nak jumpa epul " ujar Ana lalu melangkah pergi meninggalkan kami .
" Aku pun ! Nak jumpa Afdzal " kata Najwa pula lalu bergerak ke koridor bahagian kiri .
" So kau ez , taknak jumpa Sufian kau ? " soal Syiqa sambil mengangkat keningnya
Ezzah tersenyum
" gila kau taknak ! mestilah nak , aku rindu my prince charming ! " balas Ezzah lalu mengalas beg galasnya dan berlalu pergi .
" Kau pulak ayu , iz dan alin ? " tanya Syiqa lalu memandang mereka bertiga yang sedang duduk di bangku batu .
Serentak mereka memandang ke arah Syiqa .
Mereka mengangguk dan berlalu meninggalkan Syiqa
Syiqa mengeluh perlahan
" So biarkan aku sorang-sorang dekat sini macam tunggul , korang senang senang jumpa boyfriend , balik dengan boyfriend . Aku nak balik dengan siapa ? " omel Syiqa . Geram bila melihat kawan-kawannya lebih pentingkan lelaki daripada kawannya sendiri .
" Tak cantik kalau mulut asyik membebel je " ujar satu suara dari belakang dan Syiqa kenal dengan suara ini . Dia was-was dengan apa yang dia rasakan sekarang ini , Takkan Sir Hanafi kot ? ke Furqan ?!
Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang lalu menghelakan nafas lega
" Sayang ! terkejut saya ! " kata Syiqa bila melihat orang yang menegurnya itu Hanafi .
" Alolo , sorrylah . Awak buat apa dekat sini waktu sekarang ? " tanya Hanafi .
" Saya habis paper petang , ni baru je habis paper . Kawan saya semua dah pergi melencong dengan boyfriend diaorang hm jeles " balas Syiqa . Dia memuncungkan sedikit bibirnya tanda protes .
" Eh jangan goda saya dengan bibir awak , tiba-tiba tulang rusuk kiri saya bergetar " kata Hanafi .
Syiqa tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu . Ada je nak buat dia blushing , ish malulah !
" ha jomlah kita keluar , alang-alang tu hantar saya sekali boleh ? " soal Syiqa . Dia berharap agar Hanafi berkata ' ya ' kerana melihat dari keadaan yang sudah sunyi mungkin sudah tiada orang di sekolah .
Sebersalah Hanafi hendak memberitahu . Sejujurnya dia tidak boleh menghantar gadis itu pulang kerana ada hal yang perlu dia selesaikan .
Syiqa yang dapat meneka dari riak muka lelaki itu , mengangguk faham .
" Its okaylah , awak banyak kerja lagi eh ? Sorrylah ganggu . Saya balik naik Ezzah je . " ujar Syiqa . Kecewa didalam hatinya di pendam .
Hanafi tersenyum tawar dan berharap gadis ini faham dengan keadaannya .
" Takecare sayang . Malam saya call awak ya " balas Hanafi .
Syiqa hanya mengangguk dan berlalu pergi . Dalam masa yang sama airmatanya jatuh menitik . Kecewa . Tipulah kalau dia tak kecewa mendengar jawapan daripada lelaki itu . Tapi dia hanya diamkan dan tidak layak untuk mengatur hidup lelaki itu .
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE [ C ]
Teen FictionFIRST PUBLISH ; 22 Dec 2016 END PUBLISH ; 15 June 2017 P/S : This story will be private , so please follow me before you read my story. Chapter 1-10 i will be unprivate . Keep readings