Pagi itu Syiqa bersiap-siap kerana Hanafi ada mengajaknya breakfast di luar sekaligus berjumpa dengan mak mentuanya . Bercakap tentang mak mentuanya , jujur dia katakan yang dia belum bersedia untuk berjumpa dengan wanita itu . Takut akan kata-kata yang akan keluar dari mulut wanita itu akan menyakitkan hatinya .
Syiqa membuat keputusan untuk memakai baju kurung moden bercorak kosong dan berwarna biru cair dipadankan dengan shawl putih sesuai dengan kulitnya yang putih coklat itu . Selesai mencoletkan sedikit lipbalm di bibir mungilnya , dia mencapai handbag kecilnya kemudian melangkah menuruni tangga mendapatkan suaminya yang sedang menunggunya di kerusi yang tersedia di luar rumahnya .
" Abang , jomlah gerak . " ujar Syiqa sambil menyarung kasutnya . Tangannya pula mengunci pintu dan pagar rumah . Hanafi sudah bergerak masuk ke dalam kereta dan bersedia untuk mengundurkan kereta sebelum Syiqa masuk . Kereta Lambhorgini kemudian bergerak membelah jalan .
Suasana di dalam hanya bertemankan suara radio . Suaminya dari tadi hanya diam membisu , sepatah pun tidak keluar dari mulutnya sejak dari pagi tadi . Kami berhenti di persimpangan jalan . Hanafi menarik handbrek sebelum matanya memandang Syiqa sayu .
" Syi , lepasni kita sarapan syi tahu kan kita akan kemana lepastu ? " soal Hanafi . Dia mengusap lembut tapak tangan isterinya . Sejuk seperti baru keluar dari peti ais .
Syiqa mengangguk perlahan .
" Tahu . Pergi rumah ibu kan ?" soal Syiqa kembali .
Hanafi mengeluh kecil . Dia risau dengan keadaan isterinya yang masih lagi belum sembuh dari sakitnya kelmarin . Nak dibawa ke klinik , taknak pula . Ditambah pula nak berjumpa dengan ibunya . Dahlah hubungan isterinya dan ibunya agak regang sejak akhir-akhir ini .
" Abang .. jangan risaulah . Syi okay . Syi kuat nak hadapi benda ni walaupun disuruh bermadu . Syi dah tahu apa yang ibu nak sampai suruh kita pergi sana jumpa dia . Kalau ibu nak jumpa syi untuk mintak persetujuan syi supaya abang kahwini bekas tunang abang , syi izinkan tapi please abang tolong adil . Adil bila ada abang dah isteri dua . Syi tahu abang mampu untuk berpoligami . "ujar Syiqa tiba-tiba . Dia membalas pegangan tangan suaminya yang masih lagi di tapak tangannya .
Hanafi tersentak . Selama ni isterinya tahu tentang kehendak ibunya yang ingin dia menikahi bekas tunangnya dulu ? . Tapi kenapa gadis ini diamkan ? . Tak cukup sakitkah engkau wahai isteriku ? . Kenapa mesti kau rahsiakan segala benda ini ? Apa guna aku sebagai suami kalau bukan tempat kau meluahkan rasa sakit yang kau alami ? . rintih hati lelakinya .
Kereta kembali bergerak menyusuri jalan dan kami masih lagi berdiam diri kerana masing-masing sedang memikirkan cara untuk menghindari masalah ini .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami sampai di rumah ibu tepat pada pukul 10.00 pagi . Apabila sudah berdiri di luar rumah agam itu , kakinya seperti terkaku , digam . Gelak tawa yang menghilai dari dalam menyentakkannya . Hanafi masih lagi didalam kereta . Dari dalam Hanafi memerhati gerak geri isterinya yang teragak-agak untuk masuk ke dalam rumah itu . Dia tahu isterinya hanya berpura-pura kuat walhal dalam hati hanya dia dan Tuhan saja yang tahu betapa peritnya bila terpaksa diduakan .
Syiqa menoleh ke arah suaminya yang masih lagi di dalam kereta memerhatikannya . Matanya memberi isyarat supaya menyuruh suaminya dahulu melangkah masuk ke rumah . Hanafi tersenyum nipis sebelum melangkah keluar dari kereta kemudian menghampiri isterinya . Pinggang kecil milik Syiqa dipeluk rapat ke sisinya . Syiqa memandang Hanafi pelik . Dah kenapa pulak laki aku ni ?
Tiba-tiba suara nyaring yang tidak asing bagi telinganya menegur .
" Eh anak ibu dah sampai ! Anne , meh sini bakal suami kamu dah sampai ! " tegur ibu kemudian memanggil Anne . Mungkin bekas tunang suaminya ? . Sengaja ibu mentuanya menekankan perkataan ' bakal suami ' supaya jelas di pendengaran Syiqa . Hanafi yang melihat perubahan riak wajah isterinya terus menyampuk .
" Err ibu , saya datang ni pun sebab ibu suruh . Ada benda penting ke nak cakap ? . Kenapa si Anne ni ada dekat sini ? dan kenapa ibu suruh saya bawak Syiqa dalam masalah ni ? " soal Hanafi bertalu-talu . Dia menjeling sekilas Anne yang berada disebelah ibunya . Menggeletis gadis itu apabila pandangan mereka bersatu .
Syiqa yang berada di sebelah Hanafi hanya menahan perasaan .
" Amboi kamu ni , banyaknya soalan . Kalau ya pun masuklah dulu . " ajak ibu . Dia menjeling sinis ke arah menantunya itu . Kolot .
Mereka semua melangkah masuk dan melabuhkan duduk di kusyen coklat yang ada di rumah itu . Ibu pula beransur ke dapur untuk membuatkan air untuk kami . Anne yang masih lagi duduk di kusyen satu beralih ke sebelah Hanafi yang kebetulan kosong .
Hanafi terkejut . Syiqa hanya memberikan pandangan kosong pada keadaan itu . Malas berlama-lama di situ , Syiqa bergerak ke luar rumah untuk mengambil angin . Duduk dekat dalam rumah tu sesak nafas beb !
Hanafi juga ingin turut bangun tapi ditahan oleh Anne
" you ... Nak pergi mana ? Temanlah i dekat sini " ujar Anne gedik . Dia sengaja menjatuhkan tangannya di atas peha lelaki itu kemudian menggosoknya .
Hanafi yang kurang selesa dengan keadaan begitu terus bangun dan berlalu keluar untuk mendapatkan isterinya yang sedang duduk di buaian . Dia melabuhkan punggung di sebelah isterinya sebelum menarik isterinya dalam dakapan hangatnya .
Nasib baiklah rumah ibunya ini jauh dari jiran tetangga , kalau dekat takdenya dia nak berpelukan dengan Syiqa disini .
" Abang .. kalaulah ditakdirkan abang kena lepaskan syi , abang sanggup tak ? "
Hanafi terkedu dengan soalan yang diberikan oleh Syiqa . Nafasnya tersekat .
So gais , ni jelah yang sis mampu payung . Chillah belum part sedih lagi . Insyaallah okay tengah malam ni but not promise ya girls . So keep vote&comments . Anyway , sis suka baca comments korang dekat P&P special-2 tu . Benci jugak eh korang dekat si Hanafi tu . HAHAHA . It okay . Kalini je korang benci , lepasni sukalah . Ok enough . Nah this special chapter . Jemput baca & adios baby muahhh

ANDA SEDANG MEMBACA
TEENS IN LOVE [ C ]
Teen FictionFIRST PUBLISH ; 22 Dec 2016 END PUBLISH ; 15 June 2017 P/S : This story will be private , so please follow me before you read my story. Chapter 1-10 i will be unprivate . Keep readings