Chapter 46

2.1K 139 3
                                    


Syiqa duduk di pangkin yang tersedia ada di pantai Pulau Pangkor . Dia menghirup udara segar , dalam masa yang sama juga dia melepaskan keluhan . Pening dengan perangai Hanafi yang cuba mendekatinya . Tadi semasa aktiviti diadakan , dia mahu satu kumpulan dengan syiqa tapi Ezzah menariknya masuk kumpulannya . Alhamdulillah . Sekarang , lelaki itu cuba mengekorinya ke mana saja dia pergi , nasib sekarang dia pun tak ikut . Kalau ikut jugak , penyepak aku bagi !

Syiqa memerhati matahari yang kian terbenam . Seronok jadi matahari , hanya boleh melihat dari jauh tapi tak boleh disentuh .

" Sayang .. " panggil Hanafi dari belakang . Syiqa mendengus kasar . Kenapa mana mana aku pergi , mesti ada dia ?

" Hey pandang saya please ? " ujarnya .

Syiqa menoleh kepala memandang Hanafi disebelahnya .

" Sorry for hurting you heart " katanya sambil mengenggam tapak tangan syiqa .

Syiqa diam mendengar penjelasan lelaki itu .

" Saya tahu saya orang paling bodoh sebab pilih perempuan lain padahal depan mata saya dah cukup sempurna . Tapi tu semua terpaksa , saya taknak . Saya cuma ikutkan kata ibu yang nak saya kahwin lepas saya habis practical . Sumpah i love you so much syi , tapi saya tak boleh. Tak boleh teruskan hubungan ni , saya nak akhirkan hubungan ni tapi saya sayang awak . I'm so sorry syi " terangnya .

Syiqa terdiam . perlahan-lahan airmatanya mengalir lesu . Hanafi cuba untuk menyapu airmata itu tapi ditepis kasar oleh Syiqa .

" Buat apa awak lap air mata saya sedangkan awak sendiri yang buat dia mengalir ? Oh kalau macam kita break up jelah , itu yang awak nak kan ? " sinis syiqa membalas .

Hanafi tertunduk .

" Awak tak sayang saya ke syi sampai sanggup break up ? " soalnya .

" Sayang ? saya dah tak kenal erti sayang tu apa lepas kena khianat " balas Syiqa dengan nada perli . Ah lama-lama duduk sini boleh kena kanser hati aku

Hanafi cuba mencapai tapak tangan gadis itu tapi laju ditepis .

" don't touch while discussing " ujar Syiqa . Dia menjarakkan jarak antara dia dan hanafi .

" Hey janganlah macam ni syi , jangan jadi budak-budak please " kata Hanafi .

" Saya budak-budak ? Habis awak ? Buat keputusan tanpa fikir perasaan saya . awak ada fikir perasaan saya bila nampak awak dengan perempuan tu ? awak ada fikir tak masa buat keputusan tu ?! " marah Syiqa . Tangannya digenggam mencari kekuatan .

" Tapi say- " tak sempat dia membalas , syiqa membantah .

" I'm not done anymore .. "

" Awak tahu tak perasaan saya malam tu hancur sangat bila Ezzah bagitahu dia nampak awak dengan perempuan lain . Perasaan saya lagi hancur bila benda tu betul-betul jadi depan mata saya dan awak .. awak tak mengaku saya ni girlfriend awak depan ibu awak . Kenapa ? jijik sangat ke saya sampai awak taknak mengaku . Teruk sangat ke perangai saya ? . Honestly , saya sayang pada awak masih ada tapi kalau awak jadi saya , hati awak terus disakitkan , awak rasa ada lagi tak perasaan sayang tu dalam hati ? Its over , hanafi . Macam tulah saya rasa sekarang ni . Hati ni sakit sangat , macam kena cucuk dengan pisau tajam yang baru diasah . Pedih . " luah Syiqa . Dia tersedu-sedu menahan tangisan .

Hanafi terdiam .

" Awak buat saya macam patung tak bernyawa yang tiada perasaan . Saya manusia yang mempunyai perasaan dan satu hati . Tapi sayang hati saya dah hancur kerana dikhianati . Perasaan saya makin lama makin pudar . Dan akhirnya saya menjadi manusia yang tak berguna kerana mempercayai cinta . " sambung syiqa lagi . Dia bangkit dari duduk lalu menarik tangan lelaki itu supaya turut berdiri .

Dia memeluk erat lelaki dihadapannya ini . Lelaki inilah yang berjaya mencuri hatinya , lelaki ini jugalah yang memberikan harapan yang palsu .

" Bahu ni yang selalu saya menangis bila ada masalah , badan ni yang selalu saya peluk bila saya rindu dengan tuan dia . Muka ni yang selalu saya rindu setiap kali saya nak tidur . Tapi lepasni bahu ni dah ada orang baru , badan ni akan ada orang lain yang akan peluk bila dia rindu dengan tuan dia . Muka ni jugak yang selalu dia rindu setiap kali dia nak tidur . " luah Syiqa lalu melepaskan pelukan . Dia memandang anak mata Hanafi dalam . Sungguh dia sayang lelaki ini .

Dia kembali memeluk lelaki ini untuk melepaskan tangisan . dan mungkin itu pelukan yang terakhir ?

" Pertama kali saya jumpa awak , saya dah jatuh cinta . Entah kenapa masa tu saya rasa senang sangat nak bagi hati saya dekat awak padahal dekat lelaki lain susah . Im sorry for everything i do for you . Ilove you , hanafi . " bisik syiqa lalu dia menjengketkan kakinya untuk mencium dahi lelaki itu buat kali terakhir . Ah sakitnya ! Perlahan-lahan airmatanya menitik di pipi lelaki itu semasa syiqa mencium dahinya .

" Takecare dunia akhirat sayang , saya sayang awak " ujar Syiqa lalu melangkah pergi meninggal Hanafi yang tidak sempat bercakap apa apa .

Hanafi meraup mukanya kasar .

Senangnya awak lepaskan saya syi , perasaan saya jugak sakit




TEENS IN LOVE  [ C ]Where stories live. Discover now