P&P Special - 8

1.7K 89 25
                                    


1 tahun kemudian

Kisah silam telah membuatkan Syiqa berubah . Berubah 360 darjah paksi hidupnya . Prinsip hidupnya sekarang adalah tidak akan berpaling semula kepada benda yang sudah menghancurkan hidupnya . Dia bahagia dengan cara hidupnya sekarang . Mempunyai orang yang paling disayangi disisi . Dua bayi kecil yang sedang tidur membuatkan dia tersenyum sendiri . Apabila terpandangkan wajah gadis kecil itu teringatkannya tentang peristiwa dahulu . Peristiwa yang telah menghancurkan hatinya . Luka yang ada dihati masih lagi bernanah . Tak semudah itu untuk kembali pulih .

Antara dia dan Furqan hanyalah kawan biasa tak lebih dari itu kerana hatinya masih lagi tidak dapat menerima mana-mana lelaki buat sementara ini . Furqan harus menerima dengan hati yang terbuka dan menunggu sehingga gadis itu bersedia memberi peluang kedua kepadanya .

Esakan dari bayi yang sedang baring di atas pehanya membuatkan fikirannya yang tadi hilang . Kini pandangannya teralih pada bunyi tangisan itu .

" Hei wardina , anak Mommy .. " ujar Syiqa lalu mengusap pipi anak kecil itu .

Wardina tersengih kecil apabila Syiqa mengusap kecil pipinya . Geli

Syiqa kemudian mengangkat Wardina apabila melihat adik perempuan masih lagi tidur . Takut tidurnya terganggu .

" Hannah Wardina .. " panggil Syiqa apabila anak kecil itu leka memerhatikan sekeliling ruang .

Dia mengendong Wardina keluar daripada bilik sebelum duduk di atas kusyen yang berada di ruang tamu itu .

" Dah bertahun Dina daddy tak cari kita . Mungkin dia dah bahagia kot dengan isteri baru dia . Yelah siapalah mommy nak cakap apa-apa pasal dia . Hati mommy sakit sangat bila teringat apa yang dia buat dekat kita dulu , sayang . " luah Syiqa lalu mencium lembut pipi anaknya .

Wardina seperti faham keadaan mommy hanya diam memerhati .

" Kalau masa boleh diputarkan balik , mommy takkan jatuh cinta dengan daddy , mommy takkan sayangkan daddy . Susah mommy nak lupakan pekara itu walaupun dah setahun berlalu . Perasaan benci dek-- " kata-kata Syiqa terhenti apabila bunyi loceng rumahnya kedengaran .

Laju dia melangkah ke arah pintu sebelum memulas tombol .

Dia menoleh ke kiri dan kanan , masih lagi tiada siapa di situ . Tetapi matanya tetancap pada bunga rose dan barang-barang bayi yang berada di atas kerusi batu yang ada di luar . Syiqa segera mengambil barang itu sebelum kakinya laju masuk ke dalam rumah . Takut-takut ada orang memerhati gerak-gerinya .

Tanpa Syiqa sedari , ada satu mata yang sedang memerhati gerak-gerinya dari awal kehidupannya tanpa Hanafi . Gerangan itu tersenyum . Semakin hari semakin cantik bekas isterinya itu . Muka gadis itu kelihatan matured apabila sudah menjadi ibu kepada anak-anaknya . Bercakap tentang anak-anak , dia teringin sekali untuk berjumpa dengan anak-anaknya . Sudah berapa tahun dia menanti tapi dia masih lagi belum bersedia untuk menghadapi reaksi yang akan diberikan oleh Syiqa .

' Abang akan dapatkan balik hak abang semula . Itu janji abang '


*************************************

Syiqa bersiap-siap ingin keluar membeli barang keperluan mereka di rumah . Dia hanya memakai seluar jeans hitam dan blouse berwarna putih . Dikenakan dengan tudung berwarna turqoise . Kedengaran suara tangisan Wardina dari bilik sebelah iaitu bilik anak-anak perempuannya .

" Kenapa ni sayang ? Mummy tak siap lagi ni , janganlah buat hal " pujuk Syiqa sambil mendukung Wardina dalam pelukannya . Bayi itu masih lagi tidak berhenti menangis . Syiqa bingung dibuatnya .

TEENS IN LOVE  [ C ]Where stories live. Discover now