Setahun selepas Syiqa meninggalkan Kuala Lumpur , banyak benda yang sudah dia terlepas . Contohnya seperti hubungan Ezzah dan Sufian . Alhamdulillah selepas memujuk dan memujuk akhirnya Ezzah dan Sufian dapat disatukan dengan sekali lafaz di Masjid Al Haram . Sekarang Ezzah disahkan mengandung 2 bulan hasil mereka berdua ( HAHAHAHA ) . Orang pertama yang paling gembira ialah Sufian kerana sudah lama dia ingin mempunyai anak sendiri . Sufian juga sekarang sudah menjadi CEO di syarikat ayahnya . Walaupun baru berumur 20-an tetapi IQnya seperti orang yang sudah mempunyai pengalaman di syarikat .
" Bie ! Tolong sayang kejap ! " laung Ezzah dari dapur . Sufian yang berada di garaj , segera berlari ke dapur . Takut kalau apa-apa terjadi pada isterinya .
" Ya sayang kenapa ? " soal Sufian termengah-mengah . Dia cuba mengambil nafas
" Ni ha ikan ni dari tadi sayang potong still tak boleh . See ? dah hancur kepala dia sayang buat " ujar Ezzah manja .
Sufian merengus kecil
" Kan bie dah cakap , sayang duduk je depan tu . Biar semua kerja bie buat , sayang tu kan mengandung , karang kalau buat kerja terberanak dekat sini nanti siapa susah ? Bie jugakkan ? " tegas Sufian dan mengambil alih tempat Ezzah selepas Ezzah bergerak ke meja makan .
" Sayang bukan nak menyusahkan tapi sayang nak tolong . Yelah , sayang tengok bie balik kerja penat-penat , terus kemas rumah , basuh baju , masak untuk sayang . Sayang kesian tengok bie " balas Ezzah perlahan . Merajuk la kononnya sebab kena marah dengan cik suami
Sufian bergerak ke arah isterinya yang sedang menunduk , tangannya menarik dagu runcing itu untuk pandang ke atas
" Bie bukannya kata sayang menyusahkan tapi sayang tu mengandung anak kita , kalau jadi apa-apa nanti susah . Takpayah nak kesian , bie dah biasa buat benda ni . Sayang cuma rest je okay " kata Sufian kemudian mencium dahi isterinya itu . Selepas itu dia melanjutkan kerja isterinya yang tertangguh itu .
+++++++++++++++++
Nalin dan Redza sekarang sudah mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Shazwan Riqmal . Itulah , kononnya nak sambung belajar la bagai , akhirnya kahwin jugak . Dapat anak awal pulak tu ! Mereka sekarang hidup bahagia tanpa diganggu oleh orang ketiga . Sekarang Redza sudah berkerja dibawah syarikat Sufian . Mereka lebih senang berkerja bersama daripada berkerja dibawah orang lain . Nalin juga sekarang disahkan hamil anak kedua dan dipastikan anak yang dikandungnya adalah perempuan . Sekarang usia kandungannya sudah mencecah 8 bulan , hanya tunggu masa untuk melahirkan
" Riqmal , jangan duduk atas riba ibu tu . Kan dalam perut ibu tu ada adik " tegur Redza apabila tiba di pondok taman milik isterinya . Dia meletakkan dulang yang berisi air teh dan milo bersama biskut oat crunch dan chipsmore untuk anak lelakinya .
" Ala , iq nak duduk atas ibu jugak . Iq sayang ibu " jawab Riqmal , masih lagi di atas riba Nalin .
Nalin tersenyum , gembira mendengar jawapan dari anaknya .
" No , meh sini duduk dengan papa . Kesian ibu penat nak riba Iq " pujuk Redza sambil menarik tangan anak kecil itu . Riqmal akhirnya mengangguk dan bergerak kearah Redza .
" Sayang , due sayang bila eh ? " tanya Redza sambil mencapai biskut chipsmore untuk diberi kepada Riqmal .
" Lagi 1 bulan setengah . Lambat lagilah abang , sabarlah sikit " balas Nalin . Dia melihat suaminya seperti tidak sabar menanti kehadiran anak keduannya .
Redza tersengih
"Ha abang , dah dapat contact Hanafi belum ? " tanya Nalin . Fikirannya tiba-tiba teringat akan sahabatnya yang jauh di Kuala Pilah bersama suami . Apa khabarlah sahabatnya itu
" No la sayang . Susah nak contact dia orang " balasan daripada Redza membuatkan Nalin mengeluh kecil . Rindunya pada sahabatnya itu , semoga kau gembira di sana wahai sahabat .
***********************************
Ana dan Saiful selamat ditunangkan . Kenapa tunang ? alasannya sebab Ana nak sambung belajar dekat UK sebelum kahwin . Saiful juga mempunyai alasan tersendiri . Dia mahu mencari duit untuk menanggung kehidupannya nanti bersama Ana walaupun dia anak Dato Sharifuddin tapi dia tetap mahu berdikari tanpa bantuan dari keluarganya .Saiful menghantar Ana ke airport untuk berlepas ke UK .
" You jangan nak mengatal dengan perempuan bila i takde dekat sini eh ? " ujar Ana garang .
Saiful tergelak
" Takde masa la I nak cari perempuan lain sedangkan dekat depan mata I ni dah cukup sempurna " balas Saiful .
Ana tersenyum senang .
" You pun kalau dekat negara orang tu , sedar sikit . Jangan nak berfoya-foya , habiskan belajar lepastu balik sini kita kahwin dan dapatkan anak banyak-banyak ! " ujar Saiful selamba . Ana menepuk kuat lengan lelaki itu . Isy takde kerja betul !
" kalau macamtulah gayanya , i taknak balik ! " gurau Ana pula . Ha nak bergurau dengan aku ye ?
" Eleh taknak balik konon , nanti rindu I buat videocall jugak . Macamlah I tak kenal siapa Anatasha Edmiera ni " balas Saiful . Dia menjeling gadis disebelahnya itu
Giliran Ana pula tergelak . Pandai ya kau ni
" Yelah-yelah , i kalah . Nanti jangan lupa tau videocall dengan i sebelum i masuk tidur , sebelum i pergi class , sebelum i-- " segera Saiful memotong bicara gadis itu
" Iya sayang iya , i call you everytime you free okay . dah , flight you dah sampai , now get ready untuk pergi ke negara orang . " balas Saiful .
Ana diam memandang saiful . Dia langsung tidak berganjak dari tempat duduk . Tak lama kemudian dia menarik tubuh tegap Saiful ke dalam pelukan .
" I will miss you bae , jangan nakal-nakal dekat sini . Takecare sayang , jaga makan you . Jangan makan sushi , ketam ball , everything pasal western . I sayang you " ujar Ana sebelum menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Saiful .
Saiful tersenyum
" You jugak , jangan makan benda yang tak halal . Takecare dekat sana , i sayang you sangat-sangat " kata Saiful lalu mencium dahi Ana .
Baru saja beberapa langkah , namanya dipanggil
" Ana ! " panggil saiful
" Yes sayang ? " sahut Ana lalu menghampiri Saiful semula .
" Tadi dekat pipi , now nak dekat ni . Nanti rindu dengan ciuman you , 2 tahun kot kempunan dengan kiss you " ujar Saiful sambil menunjukkan bibirnya .
Ana menjeling sebelum mencium bibir Saiful sekilas . Dia berlalu pergi ke lapangan terbang selepas diberitahu yang kapal terbang akan berlepas tak lama lagi .
Saiful tersenyum girang
" I simpan ciuman you ni sampai 2 tahun yang akan datang ! "
OKAY NI DAH NAK ENDING , LEPASNI TURN AYUNEE , IZZAH DENGAN NAJWA PULAK .
YOU ARE READING
TEENS IN LOVE [ C ]
Teen FictionFIRST PUBLISH ; 22 Dec 2016 END PUBLISH ; 15 June 2017 P/S : This story will be private , so please follow me before you read my story. Chapter 1-10 i will be unprivate . Keep readings